Pages

Friday, June 20, 2014

Terkini ! TPM berundur hanyalah rekaan politik - @NajibRazak



Kenyataan Akhbar

1.  Laporan media sosial bahwa YAB Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin akan berundur dari Kabinet hanyalah "rekaan politik"  pihak tertentu.

2. Ini memandangkan saya sebenarnya mempunyai  hubungan dan persefahaman yang amat baik dengan YAB Tan Sri Muhyiddin.

3. Sebagai Timbalan Perdana Menteri,  YAB Tan Sri Muhyiddin sentiasa  mendokong dan telah menjayakan segala dasar dan agenda pembangunan nasional terutama yang berkait dengan rancangan transformasi negara yang dibawa oleh saya.

4. Sebagai Timbalan Presiden UMNO dan Timbalan Pengerusi Barisan Nasional pula, YAB Tan Sri Muhyiddin sentiasa bersama-sama dengan saya dalam segala usaha memperkukuhkan dan memantapkan lagi perjuangan UMNO dan Barisan  Nasional. Ini merupakan satu usaha yang berterusan dan masih banyak yang perlu dilakukan oleh saya dengan bantuan YAB Tan Sri Muhyiddin.

5. Dengan adanya hubungan dan persefahaman yang amat baik di antara saya dengan YAB Tan Sri Muhyiddin, saya yakin kita dapat menghadapi segala cabaran untuk membangunkan negara seterusnya meningkatkan lagi kepercayaan rakyat terhadap kepimpinan kerajaan Barisan Nasional.

Dato' Sri Mohd Najib
20 Jun 2014

2 comments:

  1. kalau berita TPM nak berhenti tu satu fitnah, patut akhbar itu di saman sebab mengelirukan dan menipu rakyat, cukup cukuplah rakyat di perbodohkan oleh macai PR termasuk publication mereka, selagi ketua penipu bebas kita rakyat akan terus di tipu dan diperlekehkan.lihat saja cara cakap sombong dan anggkuh ketua penipu kita boleh baca apa matlamat dia. semoga cepat dia masuk penjara.

    ReplyDelete
  2. Selagi Najib tidak letak jawatan,selagi itulah kita umat islam dan bangsa melayu akan sentiasa dihina oleh kaum lain dibumi sendiri. Setiap hari ada saja hinaan yang dibuat dan najib buat tak tau aje.Sebab apa?Sebab bagi Najib undi bukan Melayu amat penting bagi dia kekal kuasa dan dia sanggup gadaikan maruah bangsa dan agama asalkan dapat undi bukan melayu.Dia hanya pentingkan diri sendiri dan isterinya yang gemuk itu yang sedang mengumpul kekayaan di luar jangkaan. Percayalah negara kita akan hancur begitu saja kerana Najib.

    ReplyDelete