Pages

Sunday, June 22, 2014

SUAMI ISTERI GAGAL ZIARAH JENAZAH BAPA GARA-GARA DIHALAU PILOT AIR ASIA





Tidak lama dahulu, AIR ASIA yang merupakan syarikat penerbangan tambang murah terhebat di dunia yang gagal menjelaskan cukai lapangan terbang bertindak zalim dengan menghalau penumpang, iaitu seorang wanita yang hamil. Wanita berkenaan bagaimanapun, diselamatkan oleh MAS, syarikat penerbangan negara yang cuba diambilalih oleh Air Asia dan sentiasa diburuk-burukkan oleh Air Asia.

Dalam kejadian di Denpasar, Bali, Indonesia pada tahun 2011, Air Asia diarahkan membayar faedah lima peratus setahun mulai 27 Disember 2011 apabila seorang suri rumah yang hamil diarahkan turun dari sebuah pesawat Air Asia di Denpasar, Bali, Indonesia. Alasan penghalauan tersebut adalah, surirumah tersebut tidak mempunyai sijil perubatan yang menyatakan dia layak dari segi kesihatan untuk melakukan perjalanan.

Air Asia diarahkan membayar gantirugi sebanyak RM43,999 kepadanya apabila syarikat penerbangan Tony Fernandes itu didapati bersalah, kejam dan tidak berperi kemanusiaan oleh mahkamah.  

Pada Mei 2013, seorang ibu dan seorang anaknya, dihalau keluar dari kapalterbang oleh kakitangan Air Asia di Ho Chin Minh City, Vietnam dengan alasan, anaknya menghidap demam campak, walaupun dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Ho Chin Minh City sebelum itu, penerbangan yang digunakan oleh ibu-anak itu adalah Air Asia.

Semalam, Air Asia sekali lagi menghalau penumpang. Sepasang suami isteri yang melakukan perjalanan dari Seoul ke Kuala Lumpur selama 5 jam dengan menggunakan MAS, tidak berhadapan dengan sebarang masalah. Tetapi apabila mereka cuba menaiki pesawat Air Asia dari Kuala Lumpur ke Kuala Terengganu yang perjalanannya hanya mengambil masa kurang dari 40 minit, si isteri yang sedang hamil 7 bulan, dihalau keluar dari pesawat oleh juruterbang.


Apakah alasan 'TIADA SURAT PENGESAHAN DOKTOR' menjadi alasan buat juruterbang bernama AHARON YARIR BIN AHMAD untuk menghalau pasangan tersebut?

Mengapa hanya Air Asia yang bermasalah sedangkan MAS yang membawa pasangan tersebut dari Seoul ke Kuala Lumpur untuk perjalanan selama 5 jam, tidak pula berhadapan dengan sebarang masalah?

Pasangan suami isteri tersebut yang dihalau dari pesawat itu, perlu mengambil contoh PATRICIA KAREN CHIEW MEI YIK dan suaminya, MICHAEL JANUARIUS yang menyaman AIR ASIA dan menang kerana penganiayaan yang dilakukan oleh syarikat penerbangan Tony Fernandez itu. (BACA DI SINI)



SUMBER :
http://selangorchronicle.blogspot.com/2014/06/air-asia-perlu-diajar-dan-perlu-diboikot.html






*** GPB simpati nasib sepasang suami isteri ini  tidak sempat menatap wajah bapa mereka yang meninggal dunia gara-gara sikap tidak prihatin  Air Asia . 

Itu lah beza MAS dengan Air Asia ..semua orang nak  benda yang  murah tapi adakah anda berpuas hati service mereka ?? 




5 comments:

  1. This airline is being operated by morons.

    MAS should provide a similar air service to counter this kurang ajar airline.

    ReplyDelete
  2. Forget about air asia, there are many other airlines can serve us.

    ReplyDelete
  3. Aharon Yarir is the culprit! There are so many other animal out there, why should air asia hire this stupid bastard to be their aeroplane driver?

    ReplyDelete
  4. itu adalah dasar perniagaan yg dipentingkan oleh air asia kerana mereka lebih mementingkan business shj. begitu juga dgn pentadbiran dap di Pulau Pinang yg lebih mementingkan keuntungan perniagaan shj iaitu kerajaan pulau pinang ditadbir mengguna kaedah perniagaan yg mementingkan keruntungan shj iaitu atas perkiraan untung dan rugi. jadi lain kali pilih lah syarikat atau dap yg memerintah Pulau Pinang kalau nak pentingkan untung shj tanpa memikirkan kebajikan rakyat dan pengguna pada masa depan.

    ReplyDelete
  5. 1. Yang dah pergi (arwah) biarkan pergi. Keselamatan yang bakal lahir itu patut diutamakan dulu. Jika bapa sanggup menanggung risiko, terpulanglah pada kebijaksanaan bapa.

    Jangan terlalu emosi sampai lupa yang mana satu priority. Memang tidak ada apa yang berlaku dalam 5 jam flight, tapi apa-apa pun boleh berlaku dalam 40 minit flight seterusnya.

    2. Kapten Kapal hanya mengikut peraturan syarikat. Kalau tiada surat kebenaran etc, dia yang bertanggungjawab kalau jadi apa-apa. Oleh kerana dia tidak mahu ambil risiko yang sama macam si bapa, maka dia pilih untuk ikut undang-undang syarikat.

    3. Kalau dah tahu syarikat macam gampang yang kau nak jugak servis syarikat tu apsal? Orang dah lama la boikoit syarikat ni. Dah tau Air Asia memang bangang yang dok pegi beli tiket dia lagi apsal.

    Kalau dah tade tiket lain, orang pun faham la ko fly dari jauh. Dah tak sempat nak buat macam mana. Itulah pengajaran pada semua. Masa ayah kita hidup kita tanak jenguk2 dan tolong mana yang patut. Dah mati baru nak menangis. Masa dia hidup ko tanak layan dia puas2.

    ReplyDelete