Pages
▼
Monday, June 2, 2014
JAKIM PULAK DAKWA CADBURY BEBAS UNSUR DNA BABI !! @dsjamilkhir
Dua produk Cadbury yang dilaporkan mengandungi DNA babi disahkan bebas daripada unsur haram itu berdasarkan analisis yang dijalankan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).
Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom, kedua-dua sampel produk coklat dengan kacang hazel dan coklat susu dengan buah badam diambil dari kilang pengeluar produk tersebut di Shah Alam.
"Bukan hanya dua sampel dihantar untuk dianalisa Jabatan Kimia tapi 11 sampel. Keputusan analisa keluar pagi tadi.
"Keputusan analisis makmal terhadap Cadbury Dairy Milk Hazelnut dengan nombor kelompok 200813 M01H12, DNA babi tidak dikesan.
"Bagi Cadbury Dairy Milk Roast Almond dengan nombor kelompok 221013 N01RI1, DNA babi tidak dikesan," katanya dalam sidang media tergempar, sebentar tadi.
Menurutnya, pemeriksaan menyeluruh akan dibuat semula ke atas seluruh rantaian pengeluaran produk syarikat Cadbury.
"Bagaimanapun, memandangkan perkara ini melibatkan tanggungjawab dan integriti syarikat, pemeriksaan menyeluruh akan dibuat semula merangkumi bahan mentah aliran pemprosesan, penyimpanan, peralatan dan lain-lain bagi memastikan syarikat benar-benar mematuhi piawaian pensijilan halal Malaysia.
"Laporan pemeriksaan menyeluruh tersebut akan dibentangkan semula dalam Mesyuarat Panel Pengesahan Halal Malaysia sebelum Sijil Pengesahan Halal Malaysia dua produk tersebut dikembalikan," katanya.
Jamil Khir menegaskan, kerajaan tidak akan melindungi mana-mana pihak dalam soal halal haram di negara ini.
"Kerajaan tidak melindung mana-mana pihak sebab bukan ringan nak tanggung soal halal haram ini.
"Kita akan panggil semua pihak untuk menyelaraskan semua perkara. Saya nak tegaskan, hanya Jakim yang boleh mengumumkan tentang halal bukan pihak lain," katanya.
Sebelum ini, Kementerian Kesihatan telah mengesahkan penemuan DNA babi dalam produk makanan Coklat Susu dengan Kacang Hazel – Cadbury Dairy Milk Hazelnut dengan nombor kelompok (batch no 200813M01H I2) yang bertarikh luput 13 November 2014 dan Coklat Susu dengan Buah Badam - Cadbury Dairy Milk Roast Almond dengan nombor kelompok (batch no 221013N01R I1 yang bertarikh luput 15 Januari 2015.
Sample yang diambil oleh jakim terus dari kilang. dan dah tentulah pihak pengurusan kilang memberi sample yang tidak tercemar dengan dna babi.
ReplyDeletePengarah jakim perlu letak jawatan.
Iklan pun tak mencermin susila orang timur. Ajar jenerasi muda bercinta kerana coklat.
ReplyDeleteMemperbodohkan pengguna dengan konsep iklan merapu. Jenama besar tapi nilai ciput.
Cadbury mau ingat umat Islam walau apa pun fahaman politik babi adalah sesuatu yang amat sensitif.
pulak....jakim keluar kenyataan berdasarkan ujian yg dikeluarkan oleh makmal yg ia bergantung sepenuhnya.....senang cerita..... ginilah....kita bandingkan ujian yg dikeluarkan oleh makmal tersebut.....ada kesah ceritanya lembu mati bergelimpangan hasil ujian negatif.....ikan mati berapongan dalam kolam hasil ujian negatif.....ujian sayur yg hendak dihantar ke Singapura hasil analisis negatif bila sampai ke sempadan singapura kena tahan tak dibenar masuk kerana ada pestisid.....cukuplah satu dua cerita yg didengar.....sekarang hasil ujian yg didakwa ada dna babi negatif.....siapa kita rakyat bawahan nak pertikai pakar2 saintis makmal yg berpendidikan tinggi.....terserahlah kepada org islam hendak menggunakannya semula....pada aku masih ragu2 dan perlu ditinggalan.....ini bab soal halal haram melibatkan najis yg haram kepada org islam...
ReplyDeleteSalam.Memanglah kalau periksa dalam kilang dalam tempoh terdekat ini semua sudah clear dan baik saja. Tapi yang dijual serata Malaysia macam mana. Dah periksa tak yang dijual kat pasar raya? mini market? kedai runcit? 7 eleven, dll? saya dan keluarga sudah pasti tidak akan makan coklat ni tak tahulah sampai bila. Ia melibatkan benda syubahah. maaf saya was-was dan bimbang untuk memakannya. Jika dulu dikesan adanya DNA babi, baru terkini ia dikesan, sudahkah mesin di kilang tersebut disamak?
ReplyDeleteCadbury is out of my shopping list. Fullstop
ReplyDeletekementerian kesihatan dan jakim tolong duduk baik2 bincangkan pekara ini dan pemantauan dimasa akan datang pastikan pihak mana yang ambil sample,makmal mana yang buat analisis,keputusan makmal dibincangkan dan pihak mana akan umumkan pada masyarakat..
ReplyDeleteHal Cadbury ini cukup memalukan...
mmg JAKIM yg berKUASA, biarkan JAKIM yang buat hukum, yg lain ikut je.
ReplyDeletepekerja rendah awam
kkm
Ha3x... dah kecoh baru nak cek? Kompom le takde dna babi. Apsal sblm ni tak buat spot cek? Kepercayaan rakyat sudah musnah... lbh baik perkasakan produk muslim dan bantu pengeluar muslim.
ReplyDeletebeginikah persediaan malaysia utk jadi hab halal antarabangsa?kkm kata ya,jakim kata tidak.....bagi saya was was itu pun dah cukup haram hukumnya.
ReplyDeletesekarang tarik balik semua sijil halal kepada pengilang bukan muslim untuk makanan halal orang muslim, dan kuatkuasakan mana2 kilang yang bukan muslim nak buat produk untuk orang muslim mestilah membuka kilang lain yang dikongsikan dengan orang muslim dan diberikan kuasa mutlak.
ReplyDeleteNO More cadbury for me, family and friends..... noktah...
ReplyDeletepegawai jakim sanggup makan coklat cadbury. suruh dia makan sampel yang di kementerian kesihatan tu...
ReplyDeletesejarah melayu tak makan 2 minggu sahaja seperti kisah hotdog dulu.
ReplyDelete