oleh : Dr MIM
Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang hari ini berkisar kepada insiden rempuhan Dewan oleh beberapa ahli UMNO dan NGO Melayu. Lim Guan Eng memulakan dewan dengan membawa usul seperti di bawah :
MiM menanyakan YB Farid Saad tentang perkara yang sebenarnya kerana portal-portal pro-pembangkang dilihat telah bersikap berat sebelah di dalam laporan mereka.
YB Farid berkata ADUN-ADUN BN meminta supaya dimasukkan perenggan 6 yang turut meminta R S N Rayer supaya meminta maaf.
YB Farid juga mencadangkan agar usul dipinda melalui perbincangan di antara Lim Guan Eng, ADUN Padang Kota dan YB Datuk Jahara Hamid sebagai ketua Pembangkang tetapi Lim Guan Eng berkeras tidak mahu meminda usul yang beliau kemukakan sendiri.
Kenapa Lim Guan Eng bersikap demikian sedangkan beliau tahu insiden ini berpunca daripada keceluparan rakan beliau sendiri iaitu R S N Rayer?
Kenapa Lim Guan Eng bersikap berat sebelah yang hanya mencari salah orang lain sedangkan pencetus isu ini ialah R S N Rayer?
Dan jika kita baca usul Guan Eng itu, kita akan nampaK 'kegembiraan' Guan Eng yang menuduh UMNO secara pukal.
Dan sebagai seorang pemimpin, Rayer sepatutnya tidak memanjangkan isu keceluparan mulut beliau itu dan meminta maaf dengan kadar segera. Jika beliau berbuat demikian, insiden merempuh Dewan Undangan Negeri tidak mungkin akan berlaku.
Tetapi beliau berdegil!
Dan semasa MiM mengikuti sessi di dalam Dewan DUN tadi, ADUN-ADUN BN telah berulang kali menyatakan tidak bersetuju dengan tindakan merempuh Dewan DUN itu dan tidak sesekali menyuruh atau mengetuai kumpulan tersebut tetapi pemimpin-pemimpin Pakatan haram Rakyat acap kali menuduh mereka.
MiM tergelak dengan modus operandi pihak tersebut yang mengambil kesempatan sepenuhnya untuk menghentam UMNO demi harapan R S N Rayer terlepas daripada keceluparan melampau beliau. Come on Guan Eng.... you can do better that.
Mungkin mereka terlupa bahawa demonstrasi-demonstrasi mereka mempunyai elemen-elemen yang menghina institusi raja perlembangan Malaysia seperti bendera Malaysia dan institusi raja negara ini tetapi kepimpinan BN bersikap waras dan tidak pula menuduh Pakatan secara pukal seperti yang dilakukan oleh Lim Guan Eng.
Dan yang MiM respect ialah ADUN-ADUN BN telah berjaya berbincang dengan kumpulan yang sepatutnya membuat demo di depan Dewan Undangan Negeri tadi dan demo tersebut tidak berlaku.
ADUN-ADUN BN berjaya berbincang dan meleraikan demo.
Apakah Lim Guan Eng dan geng-geng beliau peduli?
Apakah portal-portal pro-pembangkang akan melaporkan berita ini?
Yang 'hebatnya' kenyataan Lim Guan Eng ialah apabila berkata, jika mana-mana ahli DAP melakukan sesuatu seperti ini, beliau (sebagai setiausaha agung parti ) akan meminta maaf atas apa yang mereka lakukan dengan segera.
Pernahkah kita terdengar Lim Guan Eng meminta maaf apabila rakan-rakan beliau yang berjawatan ADUN berlaku samseng di Dewan Undangan Negeri Perak sebelum ini?
Come on Guan Eng....jangan jadi hipokrit.
Di antara laporan berita :
Jahara dan Datuk Mahmud Zakaria (BN -Sungai Acheh ) berkata,mereka tidak bersetuju selagi Rayer tidak membuat permohonan maaf manakala Farid menggelarnya usul berat sebelah.
Jahara ketika ditemui pemberita berkata, mereka kecewa PR tidak akan mengakui kesilapan tetapi hanya memberi tumpuan kepada kesilapan orang lain.
"Ia tidak adil dan mereka tidak melakukan apa yang mereka katakan," katanya.
Farid berkata, semuanya bermula daripada Rayer dan apa yang diperkatakan turut didokumentasikan.
Shariful Azhar Othman (BN- Bertam) berkata, terdapat niat yang jelas melanggar peraturan di Dewan tetapi tumpuan hanya kepada BN.
"Yang Dipertua Dewan tidak diberitahu untuk meminta maaf tetapi kita diberitahu untuk meminta maaf atas tindakan orang di luar dewan," katanya. – 22 Mei 2014.
No comments:
Post a Comment