Pages

Tuesday, March 18, 2014

TERKINI ! PENEMUAN DIEGO GARCIA ANTARA 5 LANDASAN DI SIMULATOR KAPTEN #MH370


1. Teori MH370 mendarat di Diego Garcia semakin mendapat petunjuk bila simulator milik Kapten Zaharie turut  dijumpai  landasan milik tentera AS itu .

2.  Nampaknya simulator Kapten MAS  ini  menjadi petunjuk utama membantu Malaysia mengesat pesawat berkenaan .

3.  5 landasan berkenaan adalah pendek iaitu jaraknya 1000 meter dan  simulator ini mungkin digunakan beliau untuk  latihan mendarat pesawat MH370 di situ  . 


4.  Naluri GPB  terhadap lokasi pesawat ini mendarat  di Diego Garcia . 




Cabal Times juga dakwa pesawat ini di Diego Garcia .klik di sini





Hasil siasatan daripada simulator milik juruterbang penerbangan MH370 yang diambil dari rumahnya Sabtu lalu, penyiasat menemui lima landasan latihan dalam perisiannya, dan salah satu daripadanya ialah milik Amerika Syarikat (AS), lapor akhbar Berita Harian.

Selepas 10 hari gagal menemui MH370, penyiasat kini menumpukan siasatan ke arah juruterbang dan anak kapal serta penumpang bagi meneliti punca kehilangan pesawat Boeing 777-200ER itu daripada sudut lain.

"Antara perisian yang diperiksa setakat ini ialah Lapangan Terbang Antarabangsa Male di Maldives, lapangan terbang milik Amerika Syarikat (Diego Garcia), serta tiga landasan di India dan Sri Lanka, yang semuanya mempunyai jarak landasan 1,000 meter," kata sumber yang dipetik akhbar Berita Harian, hari ini.

Sabtu lalu, pegawai penyiasat Polis Diraja Malaysia (PDRM) merampas simulator penerbangan Kapten Zaharie Ahmad Shah di rumahnya di Shah Alam.

Ia kemudian dipasang semula semalam di ibu pejabat Bukit Aman bagi mencari petunjuk kehilangan MH370 yang masih misteri.

Sebelum ini, AS menafikan kemungkinan pesawat yang membawa 239 penumpang tersebut mendarat di pangkalan mereka.

Menurut sumber itu, siasatan dilakukan oleh PDRM bersama Suruhanjaya Komunikasi Multimedia (SKMM) bagi mencari petunjuk dalam usaha mencari MH370. -Utara news-

4 comments:

  1. cuba tengok kedudukan runway tu, semuanya berada didalam lingkungan maksimum fuel MH370.
    bukan mahu menuduh tapi apa logiknya berlatih mendarat pada landasan yg sangat pendek apatah lagi landasan yg di khaskan untuk kegunaan tentera US sahaja.

    ReplyDelete
  2. MH370 hanya refuel di Diego Garcia. Selepas tu pesawat itu terus ke benua Afrika.

    ReplyDelete
  3. Kerajaan perlu siasat setiap sudut ., kemungkinan penglibatan kuasa asing dengan individu tempatan. 'amerika ada didalam pasukan mencari,,,Kemungkinan penglibatan perisikan asing dan kumpulan ini tidak akan meninggalkan bukti , mereka sanggup menghapuskan bukti sekira nya kerja2 jahat mereka dapat dikesan AWAS....

    ReplyDelete
  4. jangan salahkan pilot MAS sahaja

    ReplyDelete