Pages

Saturday, March 22, 2014

SELAWAT BERGEMA PUTRAJAYA DISERTAI 500 RIBU UMAT ISLAM #SELAWATPERDANA @NajibRazak



Dataran Masjid Putra di sini malam ini bergema dengan alunan merdu bacaan qasidah dan selawat ke atas Nabi Muhammad SAW oleh ratusan ribu yang menghadiri majlis Selawat Perdana Malam Cinta Allah dan Rasul yang merupakan perhimpunan selawat ter besar pernah dianjurkan di pusat pentadbiran negara. 

Majlis bertemakan ‘Kesatuan, Per paduan dan Persaudaraan’ itu diserikan dengan kehadiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor.

 Orang ramai yang majoritinya ber pakaian jubah warna putih mula membanjiri dataran Masjid Putra seawal pukul 6 petang walaupun hujan renyai bagi mengikuti pelbagai pengisian program berbentuk keagamaan dise diakan penganjur. Alunan qasidah dan selawat yang memuji Rasulullah SAW itu dipimpin oleh tokoh agama terkenal nusantara, Habib Syech Abdul Qodir Asseqaf dan Habib Ali Zaenal Abidin Al Hamid.

 Sepanjang program yang berlang sung hampir empat jam itu, para ha dirin turut menunaikan solat maghrib dan isyak berjemaah, selain disajikan dengan zikir terapi dan bacaan al-Quran berduet oleh peserta Imam Muda Amiril Md. Banin serta Pencetus Ummah (PU).

 Hadirin juga disajikan dengan dua tazkirah duet oleh para peserta rancangan PU iaitu Fakhrul Islam Md. Zarin, Rahmat Ikhsan Mohd. Sofyan, Salman Maslori, Shahul Hamid Seeni MD dan Attan Thowi Yusof. Selepas solat isyak, Perdana Menteri menyertai hadirin daripada pelbagai latar belakang dan usia menunaikan solat hajat serta bacaan doa bagi memohon supaya operasi mencari dan menyelamat pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 yang hilang sejak 8 Mac lalu dipermudahkan. -







2 comments:

  1. Syukur Alhamdulillah Allah sentiasa memakbulkan Hasrat umat Nya yg Ikhlas. Saya syorkan setiap selawat perdana ini dibuat setiap kali menyambut tahun Baru bagi menggantikan acara pasta yg banyak kemungkarannya. InshaaAllah

    ReplyDelete