Pages

Sunday, March 9, 2014

RADAR TUDM SAHKAN PESAWAT MH370 CUBA PATAH BALIK TAPI MENGAPA TIADA ISYARAT KECEMASAN ? #PRAY4MH370




Siasatan terkini kehilangan pesawat MH370 mendedahkan bukti dan kemungkinan baru bahawa pesawat berkenaan cuba berpatah balik ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) selepas radar milik Angkatan Tentera Malaysia (ATM) mengesan pergerakan pesawat itu.

Panglima Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Tan Sri Rodzali Daud berkata, perkembangan terbaru itu menyebabkan operasi mencari dan menyelamat diperluaskan ke sekitar perairan Pulau Pinang. 
Beliau berkata, ada kemungkinan bahawa pesawat berkenaan akan berpatah balik sekiranya ia tidak dapat meneruskan perjalanan. 
"Buat masa ini, kami sudah periksa dengan khidmat radar daripada beberapa negara jiran berhubung penemuan pergerakan patah balik pesawat berkenaan. 
"Pada masa sama, operasi mencari dan menyelamat turut dilakukan di kawasan darat," katanya pada sidang media sebentar tadi. 
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MAS Ahmad Jauhari Yahya berkata, pihaknya mengesahkan tidak menerima sebarang panggilan kecemasan berhubung kerosakan daripada pesawat yang memaksa pesawat berkenaan berpatah balik. 
"Berdasarkan siasatan kami, tiada sebarang hubungan dibuat antara pesawat dan pusat kawalan udara berhubung tindakan patah balik penerbangan itu," katanya. 
Sementara itu, Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam (DCA) Datuk Azharuddin Abdul Rahman berkata, pihaknya mengesahkan hanya dua identiti penumpang disiasat berhubung pemilikan pasport individu lain berbanding empat dilaporkan sebelum ini. 
Katanya, pasukan penyiasat sedang meneliti rakaman sistem litar tertutup bagi mengesan dan mengenal pasti dua penumpang yang menggunakan pasport palsu itu. 
Beliau berkata, lima lagi penumpang disahkan tidak menaiki pesawat MH370 ketika berlepas dan semua bagasi mereka telah dikeluarkan terlebih dahulu. 
Sebelum ini dilaporkan warga Itali Luigi Maraldi dan Austria Christan Kozel didaftar menaiki pesawat MH370 tetapi hasil pemeriksaan kedutaan negara terbabit mendapati pasport mereka telah dipalsukan. 
Sehingga kini, Jabatan Penerbangan Awam China mendakwa serpihan ditemui di koordinat 103.29 Timur 6.42 Utara di Laut China Selatan tetapi masih belum disahkan milik MH370 manakala pesawat APMM berjaya mengesan tompokan minyak di permukaan laut kira-kira 100 batu nautika dari Kuala Tok Bali, Pasir Puteh, Kelantan. 
Kesan tompokan kedua itu dikesan oleh Ketua Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia Datuk Mohd Amdan Kurish ketika melakukan tinjauan udara dengan pesawat Agusta di kawasan seluas 200 batu nautika, kira-kira jam 11 pagi tadi. 
Sampel tompokan minyak sudah diambil dan dijangka tiba di pangkalan maritim Tok Bali jam 7.30 malam nanti - Metro

2 comments:

  1. Kem. Luar diharap JANGAN membenarkan perisik Amerika/British mahupun S'pura menyiasat - kerana CIA-MI6 dan perisikan S'pura dikuasai Mossad-ZIONIS! Baik panggil Kedutaan Russia utk. membantu - yg. punya pakar terkemuka dan bukan pengampu Barat-Zionis! Lagipun kan ada rakyat Russia yg. juga penumpang MAS itu. Dan kenapa S'pura yg. nak beriya sangat menghantar kapal selamnya - apa, kita tak ada ke kapal-selam sendirikah?!

    Walaupun kita dalam kesedihan ini, jgn. lalai dgn. mempertahankan keselamatan agama, bangsa dan negara, dgn. memberi peluang kpd. musuh-musuh DALANG-DUA-MUKA KAPIR DAJAL mengambil peluang!

    Saya syaki, kejahatan perampasan pesawat MAS kita ini, mungkin perbuatan CIA-Mossad, yg. berkaitan politik Geopolitik yg. paling dajal, dgn. tujuan, seumpama peribahasa “killing two birds with one stone” (mensasarkan Malaysia dan China dgn. sekali gus - lihat bagaimana pengganas TALEBAN dan AL-QAEDA adalah diCIPTA oleh Barat-Israel sendiri, untuk tujuan MENJATUHKAN Islam/umatnya dan untuk melaksanakan PENJAJAHAN Barat-Israel, ke atas negara-negara Islam yg. kaya minyak gas - di http://www.globalresearch.ca/fighting-al-qaeda-by-supporting-al-qaeda-in-syria-the-obama-administration-is-a state-sponsor-of-terrorism/5339728, Fighting Al Qaeda by Supporting Al Qaeda in Syria: The Obama Administration is a “State Sponsor of Terrorism”, By Prof Michel Chossudovsky, Global Research, June 19, 2013):

    1. Menghuru-harakan China dan menambah kebencian pd. Islam/umatnya, oleh rakyat China dan Bukan Islam di M'sia serta seluruh dunia, kerana 'PENGGANAS' akan dituduh dari umat Islam Xinjiang kononnya. Tengoklah tuduhan si BETINABANGKAIBABIDAP!

    2. Maka, Malaysia dan China akan dipaksa utk. menerima kerjasama dari Barat-Zionis, terutamanya CIA dan MI6. dan inilah yg. dimahukan si PAP-DAPBANGKAI, yg. disyaki ditaja CIA-MI6-Mossad.

    3. UMNO, k'jaan Islam/Melayu dan MAS kita akan terus dipersalahkan. Bahkan rakyat Cina di China juga akan dihasut membenci BUMIPUTERA Islam/Melayu di Tanah Melayu ini.

    4. MAS akan dipaksa utk. bergabung dgn. syarikat Barat-Zionis - spt. sy. penerbangan Arab-Islam yg. telah di'Barat-Zionis'kan contohnya Emirate, Qatar dan Etihad Airlines.

    Saya juga berharap mana-mana pegawai k'jaan terutamanya yg. Islam/Melayu jgn. bagi lagi maklumat terutamanya di WhatsApp dan Facebook tentang maklumat peribadi yg. menyeluruh atau awam, terutamanya tentang tugasan diplomatik di luar negara dan dlm. negara juga. Facebk dan WhatsApp dikuasai Mark Zuckerberg, yg. disyaki antara Zionis plg. licik tapi plg. mrbahaya - yg. disyaki agen CIA-Mossad.

    Semoga ALLAH SWT menyelamatkan penumpang MAS ini semua, INSYA-ALLAH, tapi memang sedih betul.

    Makcik Sambal Belacan – PERTAHAN Islam dan umatnya, Raja-Raja Melayu/PM-TPM/UMNO/Bahasa Melayu, hak BUMIPUTERA Melayu dan BUMIPUTERA lain; dan hak orang miskin dari semua bangsa yang hormat Islam, dan bangsa dan hak Bumiputera (Bumiputera juga bermakna Pribumi/Orang Asal-Asli/Indigenous/Native/Aboriginal/First Nation).

    ReplyDelete
  2. saya sokong 100%...cam ader yg tak kena jah jahat permainan nh..sggh jahat

    ReplyDelete