Pages

Tuesday, March 11, 2014

PESAWAT #MH370 TERGANTUNG DI ALAM GHAIB OLEH BUNIAN KATA BOMOH




Seorang bomoh mendakwa pesawat MH370 yang dilaporkan hilang, tidak terhempas sebaliknya masih tergantung di atas paras Laut China Selatan berhampiran Vietnam.
Bomoh yang dikenali sebagai Mahaguru Ibrahim Mat Zin itu mendakwa pesawat tersebut berada di alam misteri kerana disembunyikan oleh bunian.

Dia yang sudah berpengalaman lebih 50 tahun sebagai bomoh berkata, disebabkan itu, pesawat tersebut tidak dapat dijejaki sehingga sekarang.

"Oleh itu, semua rakyat di negara ini tanpa mengira kaum perlu berdoa agar pesawat yang hilang muncul kembali.

"Kita berharap dengan usaha ini, pesawat itu akan muncul dalam masa terdekat selewat-lewatnya minggu ini," katanya yang datang bersama lima pengikutnya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), di sini hari ini.



Kehadiran bomoh itu di balai ketibaan secara tidak langsung menarik perhatian orang ramai yang berada di situ.

Dia melakukan ritual mencari pesawat di ruang legar di situ dengan menggunakan bubu buluh dan dua teropong buluh.

Ketika ritual tersebut dijalankan, dua orang awam dipanggil untuk membantunya bagi merungkai misteri kehilangan pesawat MH370.

Ibrahim berkata, segala ilmu dan pengalamannya akan digunakan untuk membantu kerajaan mencari pesawat yang hilang itu.

"Saya juga telah menyuruh 100,000 ahli Silat Gayung menunaikan solat hajat bagi membolehkan pesawat muncul segera.
"Semoga usaha ini dapat membuahkan hasil dan memudahkan pencarian," katanya


6 comments:

  1. boleh bagi tau sape pegawai tertinggi yg panggil bomoh umnok nie?.....ak tau jugak!

    ReplyDelete
  2. Ini satu lagi cerita katoon.Pesawat MH 370 ditawan oleh bunian dan di jaga oleh Upin & Ipin

    ReplyDelete
  3. salah tu.. bukan kat alam bunian tapi antara dua telo tok moh tu... dah takda kerojer ker apeyyy? teropong jerlah dari rumah kalau dah terer sangat.... hampehhh

    ReplyDelete
  4. mcm mcm org nk cari publisiti ni .dia soh 100k org solat hajat dia teropong mcm laksmana doremi intai menteri pasola . plawok plawok plawok baik panggil Pak Salam Erwin Joko

    ReplyDelete
  5. bkn ke ustaz fathul bari kata diorg ni ahli pkr

    ReplyDelete
  6. Sekiranya mh370 ditemui mana betullah RAM Alan turn, tunggu jelah as betul tak.....

    ReplyDelete