Pages

Friday, March 14, 2014

#MH370 : KRITIK & HENTAM MALAYSIA MEMANG SENANG, KUATKAN SEMANGAT ANDA @HishamuddinH20 @NajibRazak





Selepas krisis pencerobohan Lahad Datu ,  anak PM ke 3   DS  Hishamuddin terus diuji dengan tragedi pesawat MH370 hilang .
Beliau bukan seorang tetapi termasuk CEO MAS   Ahmad Jauhari ,  Pengarah DCA Datuk Azharudin Abd Rahman  dan juga Panglima2 Tentera kita.

Mereka dikritik begitu teruk   bukan sahaja media asing tetapi juga  pembangkang & macainya yang berlagak seperti  Profesor dalam industri penerbangan .

Memang awal ada sedikit kelemahan dalam PC  mungkin disebabkan kurang maklumat  tetapi sehingga hari ini penyampaian mereka dari segi fakta yang didedahkan baik  dah berjaya merungkai spekulasi tak tepat .

Ramai yang mengkritik mereka  kononnya pihak berkuasa cuba menyebunyikan maklumat tetapi sebenarnya tidak  . KLIK DI SINI

Mereka  ini  lebih percaya  maklumat dari media asing dan negara tertentu walhal ia bukannya tepat pun. 
Contohnya ,  satelit China didakwa  berjaya  merakam imej satelit  pesawat MH370 di laut sebenarnya adalah kesilapan diakui sendiri Dutanya hari ini   .



Sebenarnya kita kena realistik dan jangan hanya pandai mengkritik .

Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad  juga   berkata adalah tidak wajar mengkritik Malaysia dan syarikat penerbangan nasionalnya berhubung cara mereka menangani kehilangan pesawat penerbangan MH370. 

 "Memang mudah untuk mengkritik tetapi kita menghadapi satu keadaan yang tidak pernah dialami oleh mana-mana negara di dunia.

 "Jika anda kata Malaysia gagal (menangani kehilangan pesawat ini), itu bermakna Amerika Syarikat, New Zealand, Australia, Singapura dan negara-negara lain (yang membantu usaha mencari dan menyelamat) juga gagal, kenapa anda tidak menyalahkan mereka juga,


Apapun GPB bangga dan respect kepada DS Hisham , DCA , CEO MAS , Panglima2 Tentera kita  kerana berani berdepan  menjadi tukang jawab mewakili   NEGARA .  Bukan senang sebenarnya  nak menjawab setiap hari soalan  yang kadang tak masuk akal oleh media asing . 


)


Syarikat pembuat kapal terbang MH370 Boeing, dan pembuat enjin kapal terbang tersebut Rolls-Royce menafikan laporan akhbar kapitalis, Wall Street Journal bahawa rekod mendapati enjin pesawat masih berfungsi empat jam selepas dilaporkan hilang.
Dalam sidang media petang Khamis, Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein memberitahu kali terakhir enjin dikesan adalah pada 1.07 pagi Sabtu lepas.
Hishammuddin berkata, isu berkenaan tidak pernah ditimbulkan oleh team Rolls-Royce dan Boeing  yang tiba sejak Ahad lalu untuk membantu MAS mengesan MH370.
"Transmisi terakhir daripada pesawat itu ialah pada pukul 1.07 pagi yang memberi indikasi ia adalah dalam keadaan normal.
"MAS telah bertanya hal ini kepada Rolls-Royce dan Boing dan mendapati laporan ini adalah tidak benar," kata Hishammuddin.
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MAS, Ahmad Jauhari Yahaya yang berada dalam sidang akhbar tersebut juga menolak laporan tersebut.

"Kerana transmisi terakhir yang kita dapat ialah 1.07 pagi. Kita telah bekerjasama dengan Rolls-Royce dan Boeing dan mereka tidak menerima sebarang data," tegas Ahmad Jauhari.

Sebuah media asing hari ini mendakwa penyiasat penerbangan dan pegawai keselamatan percaya pesawat MH370, yang membawa 239 orang - 227 penumpang dan 12 anak kapal, berada di udara untuk jumlah masa lima jam termasuk sejam daripada lokasi terakhir.
Ini berdasarkan data yang dimuat turut secara automatik dan dihantar oleh enjin pesawat Boeing 777 itu.
Dalam sidang media itu juga Hishammuddin membaca kenyataan Duta China ke Malaysia yang mengakui penyiaran imej satelit macam pesawat MH370 dlm Laut China Selatan SATU KESILAPAN-13/3/2014

2 comments:

  1. Menteri Amaran, baek duduk diam2 bagi amaran aje la......Biar orang lain yang uruskan

    ReplyDelete
  2. Syabas Bro, jiwa besar dan positif. Kita rakyat Malaysia wajib bersatu menghadapi ujian besar ini. Aku nampak kesungguhan Kerajaan dalam menangani perkara ini. Hakikatnya kejayaan Kerajaan adalah tragedi bagi pembangkang !

    ReplyDelete