Keputusan ini dinantikan GPB dalam Operasi SAR MH370 yang sudah memasuki hari ke 12 bila MINDEF sudah bagi Green Light arahkan sekumpulan komando elit ATM dihantar membantu operasi .
Kalau disebut Komando sudah tentunya dihantar mungkin dari GGK iaitu pasukan khas naungan ATM kerana ia ditugaskan mengesan di kawasan Koridor Utara iaitu meliputi negara India , Kazakstan , Pakistan & lain-lain . Lokasi dituju dalam misi ini sudah tentunya rahsia kerana membabitkan keselamatan.
Walaupun beberapa negara di koridor utara mendakwa gagal mengesan pesawat MH370 memasuki ruang udara mereka contohnya India , penghantaran pasukan komando ini dibuat sejurus selepas taklimat tergempar dengan pegawai tertinggi pasukan keselamatan negara .
GPB tidak mahu membuat sebarang spekulasi berhubung taklimat tergempar ini tetapi sebagai rakyat kena yakinlah dengan usaha kerajaan & pasukan keselamatan kita.
Kadang-kadang ada perkara yang tak boleh diberitahu kerana ia boleh ganggu operasi selain menambah lagi kerisauan ahli keluarga penumpang .
Sekumpulan anggota pasukan komando Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sudah dihantar ke kawasan Koridor Utara bagi membantu merungkai misteri kehilangan pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH370 yang masuk hari ke-12, hari ini.
Menurut sumber, anggota pasukan elit terbabit berlepas malam kelmarin sejurus selesai satu taklimat tergempar dengan pegawai tertinggi pasukan keselamatan negara.
Bagaimanapun, sumber itu enggan mendedahkan lokasi dituju pasukan berkenaan dan berapa jumlah anggota terbabit.
“Penghantaran pasukan itu sebahagian usaha membantu mengesan penerbangan MH370. Tindakan menghantar pasukan itu pula dilakukan selepas ada maklumat menunjukkan pesawat berkenaan memasuki kawasan udara sebuah negara dalam lingkaran Koridor Utara,” katanya kepada Harian Metro.
Sabtu lalu PM memberitahu bahawa misi mencari dan menyelamat (SAR) diperluas ke Koridor Utara dan Selatan berikutan data daripada radar tentera mengesahkan bahawa pesawat yang berpatah balik dari pusat kawalan trafik udara Vietnam adalah penerbangan MH370. - hmetro -
“Penghantaran pasukan itu sebahagian usaha membantu mengesan penerbangan MH370. Tindakan menghantar pasukan itu pula dilakukan selepas ada maklumat menunjukkan pesawat berkenaan memasuki kawasan udara sebuah negara dalam lingkaran Koridor Utara,” katanya kepada Harian Metro.
Sabtu lalu PM memberitahu bahawa misi mencari dan menyelamat (SAR) diperluas ke Koridor Utara dan Selatan berikutan data daripada radar tentera mengesahkan bahawa pesawat yang berpatah balik dari pusat kawalan trafik udara Vietnam adalah penerbangan MH370. - hmetro -
'Kadang-kadang ada perkara yang tak boleh diberitahu kerana ia boleh ganggu operasi selain menambah lagi kerisauan ahli keluarga penumpang.'
ReplyDeleteLucu juga kenyataan itu.
Sepatutnya semua tindakan yang dibuat patut diberitahu kepada umum. Baru nampak kita buat kerja. Kita cari di udara, darat dan dalam air? Di mana?
Dikatakan ada 600+ landasan yang boleh digunakan untuk pendaratan cemas. Dah check habis? Semua negatif? Tak dengar berita pun! Tak buat lagi kot!
Kalau nak siasat semua aspek pun, jangan lupa perkara remeh temeh yang tak dijawab. Kadang2 perkara ini yang menyakitkan hati. Tunjuk yang kita prihatin dalam semua hal, bukan setakat mau cari black box di perut lautan saja.
bukan sekadar menambah kerisauan, juga untuk menjaga keselamatan mereka dan semua yang terlibat. Apa? Tak pernah dengar teknik gerila?Kalau kita hantar perisik nak kena bagitahu satu dunia? Itu bukan risikan namanya. Bila ada kaitan dengan soal keselamatan dan kepentingan negara, memang patut ada rahsia!!
ReplyDeleteNampak sangat buta militari qalam qabut ni,tak pernah dalam sejarah dunia operasi sulit tentera terutama komando kena war2kan satu dunia.Supaya 'musuh' boleh bersedia atau menukar strategi?
ReplyDeleteWahai dewi sue, aku tak cerita tentang nak serang dan takluk negara lain. Aku dok sembang pasal nak cari MH370. Bukan negara Malaysia saja yang cari. Bagi negara rantau ASEAN ni, tak ada negara pun yang cakap tak mau tolong cari...
ReplyDeleteAku ambil satu contoh yang dah ada kat atas.....
Dikatakan ada 600+ landasan yang boleh digunakan untuk pendaratan cemas. Dah check habis? Semua negatif? Tak dengar berita pun! Tak buat lagi kot!
Nak dirahsiakan buat apa kalau dah negatif. Yang nak disorok buat apa? Kalau IGP cakap dah siasat 239 warga MH370 tapi tak boleh nak umumkan hasilnya aku memang sokong. Dia tak boleh tuduh sebarangan sebab kena bawa masuk mahkamah. Tapi yang aku cerita kat atas adalah usaha mencari. Nak mencari MH370 pun kena sorok2 ke? Takut askar Thailand, Cina atau India tembak. Kenapa tak mintak saja askar negara tu tolong check. Kenapa bodoh sangat nak pergi masuk negara orang?
Siapa yang buta usin?
Ya aku setuju sngat.
ReplyDeleteYa aku setuju sngat.qalam qabut ang bernas dan bolih dtrima akal.
ReplyDeleteTerima kasih atas sokongan.
ReplyDeleteYang aku nak tunjukkan kat sini ialah penyebaran maklumat yang relevan dan terkawal kepada umum. Jangan ingat nak rahsiakan semuanya.
Satu dua hari ni baru nampak Hishammuddin nak bagi hand-out kepada media. Itu salah satu cara nak bagi dunia faham apa yang kita buat, kenapa ambil masa. Sepatutnya ada cabang Public Relations dalam komiti Hishammuddin. Sub-komiti ini yang edarkan penjelasan, perbetulkan maklumat salah, tepis tuduhan2 liar. Press Conference tak dapat buat semua tu.
Dari awal lagi aku dah syak Crisis Center ni tak ada koordinator yang berwibawa. Sebab tu timbul pula masalah2 sampingan yang tak dapat ditangani dengan baik. Jangan harap Hishammuddin sorang nak buat semua tu.
Sekarang ni baru terdengar pulak banyak pihak antarabangsa dijemput untuk jadi ahli komiti. Apa cerita ni? Sebelum ni ada Hishammuddin, Azharuddin dan Jauhari saja ke? Technical Committee sepatutnya dah ada wakil dari China, Boeing, Rollsroyce, FAA, NTSB dari awal2 lagi, dan dimasukkan lagi bila diperlukan. Tak kisahlah walaupun hingga 200 agensi
pun sebab kita kurang mahir dan kurang peralatan. Apa pun Malaysia masih chairman pada Main Committee.
Mampos Malaysia kalau ada tahap fikiran 60an macam ni. Hingga sekarang aku tak tau apa nama official komiti yang Hishamuddin ni... mungkin tak bernama...
KELAM KABUJT
ReplyDeletedunia di ambang peperangan,siasat dulu baru boleh war warkan
ReplyDeleteye kita prihatin,tapi jangan sampai lebih lebih
benda bangang kita kene kritik,kezaliman harus kita tentang
tapi bila rahsia negara,hati hati sebelum boleh rahsia kita keluarkan
pernah dengar komunis?pernah dengar gerakan militan?
siapa sorok pencarian pesawat tu,cume bila nak masuk negeri org,kene minx kebenaran.nak minx imej satelit kene mintak kebenaran
hantar komando,xgoyang lak org tu
gerakan ketenteraan seeloknya dijauhkan dari pengetahuan umum,
sume pun nak tahu.rakyat nak tahu,musuh pun nak tahu
sebab tu la dirahsiakan.
kita ni prihatin,tapi bagi aku,prihatin tu harus dipanjangkan jadi doa.
jangan sangka isu ni isu kecik
mh 370 boleh jadi modal peperangan
ko rasa lucu?
Hurmmm
DeleteDa la.... Jgn gado2 semua.... Berdoa keselamatan perwira kita di Sana... Suami saya Komando pasukan elit ATM dihantar ke sana.. Hatta saya isterinya tak tahu tugas ape ke sana... Da seminggu tanpa khabar berita.... Cuma di pesannya jaga diri elok2 , abg nk bertolak..... Tu shj.... Doakan yg terbaik buat semua.....
ReplyDeleteAnon 11:50... Kami sentiasa berdoa untuk perwira kita, tak kira di mana berada. Amin.
ReplyDeleteBila suami balik nanti, gado elok2 tau!
QalamQabut : typical betol otak ko..
ReplyDelete