Pages

Thursday, February 6, 2014

VIDEO BERANI PENDEDAHAN PEMAIN T TEAM SENDIRI ISU PERGADUHAN DI LARKIN


Menjelang mesyuarat khas FAM esok mengenai insiden Larkin ini , pemain T Team Irfan Ghani pulak tampil membuat pendedahan berani menceritakan perkara  sebenar tentang pergaduhan didawak hidung berdarah  dan juga mengapa  T Team tidak meneruskan perlawanan separuh masa kedua .




Pemain T-Team Muhammad Irfan Abdul Ghani mengesahkan tiada rakan sepasukannya mengalami pendarahan hidung seperti yang didakwa selepas insiden di terowong Stadium Larkin pada 1 Februari lalu.

Bagaimanapun, dia mengakui tidak dapat mengesahkan sama ada insiden terbabit benar-benar berlaku atau sebaliknya. 

Jelasnya, keadaan di bilik persalinan pasukannya sejurus tamat separuh masa pertama tidak kelihatan sebarang kecederaan kepada rakan dan juga jurulatih kecergasan pasukannya.

Menurutnya, hanya penolong jurulatih Azlan Johar yang mengarahkan pasukannya tidak meneruskan perlawanan di separuh masa kedua.

"Saya tampil untuk menyatakan kebenaran dan bersediakan untuk berhadapan dengan tindakan daripada T-Team," katanya.

Muhammad Ifran ditemui selepas tampil memberi keterangan mengenai insiden pergaduhan itu di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor di sini, tengah hari tadi.







Tetapi ia pantas dijawab  oleh pengurusan T Team yang mempertikaikan kredibiliti Irfan yang hanya bermain simpanan dan kenyataannya memihak pasukan lawan . GPB rasa T Team tak perlu meroyan sangat sebab perkara ini masih lagi dalam siasatan Polis .


Sekarang ini sebagai peminat , kita tunggu laporan FAM &   POLIS yang sudah  menyiasat insiden ini .







PENGURUSAN T-Team kesal dengan kenyataan pemain pertahanannya, Ifran Abd Ghani yang jelas menyebelahi Johor Darul Takzim (JDT) berhubung insiden perlawanan pusingan kedua Piala FA di Stadium Hassan Yunos, Larkin, Johor, Sabtu lalu.

 Ketua Pegawai Operasi T-Team, Syahrizan Mohd Zain, berkata tindakan pemain yang berasal dari Johor itu hanya memburukkan keadaan apatah lagi seolah-olah dia memihak pasukan lawan.

 Katanya, kenyataan Ifran itu menimbulkan tanda tanya kerana pemain itu tidak diturunkan dalam kesebelasan utama pada perlawanan itu.

 Irfan mendakwa tidak melihat sebarang kecederaan dialami pemain import dari Brazil, Evaldo Rodrigues dan jurulatih kecergasaan, Stefano Impagliazzo yang kononnya dikasari oleh pengurusan tertinggi JDT

. "Sebagai pemain simpanan, mereka kebiasaannya memanaskan badan di padang ketika kesebelasan utama menuju ke bilik persalinan pada waktu rehat separuh masa," katanya di Kuala Terengganu, hari ini.

 Syahrizan berkata, pemain yang berusia 25 tahun itu juga didapati tidak memaklumkan tindakannya membuat kenyataan itu kepada pengurusan T-Team. Katanya, perkara terbabit akan dibincangkan dengan pengurusan tertinggi T-Team untuk tindakan susulan.

 Hari ini, Irfan membuat satu kenyataan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor berhubung kejadian Sabtu lalu tanpa pengetahuan pihak pengurusan T-Team.

 Pada perlawanan itu, T-Team enggan meneruskan saingan babak kedua atas faktor keselamatan selepas mendakwa Rodrigues dan Impagliazzo dikasari oleh pengurusan tertinggi JDT ketika menuju ke bilik persalinan. JDT mendahului 2-1 pada ketika itu.

 Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) akan mengadakan mesyuarakat khas berhubung insiden berkenaan, esok. - Bernama

No comments:

Post a Comment