GPB sambut baik bila pemimpin Pemuda UMNO seperti YB Khairy & Khairul Azwan Harun bingkas bangun membantah kenaikan tol dan tambang pengangkutan awam ( LRT,monorel ) . Pemuda bantah tapi disertakan cadangan baik untuk kerajaan .
Ternyata Pemuda UMNO dapat merasai keresahan dan kesempitan golongan muda jika bebenan kenaikan tol & tambang pengangkutan dinaikkan tahun depan . Menteri Pemandu seperti Wahid Omar bukan tahu bebanan rakyat samada di bandar dan luar bandar mengenai segala benda yang mereka nak naik ini .
Pemuda Umno hari ini mengkritik Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Abdul Wahid Omar atas saranannya kepada pengguna lebuh raya menggunakan jalan alternatif sekiranya tidak bersetuju dengan kenaikan tol
. “Kami tidak bersetuju dengan kenyatannya.Beliau perlu lebih berhati-hati dengan apa yang dikatakan. Kenyataan itu memperlihatkan rasa tidak sensitif terhadap keperluan rakyat,” kata Naib Ketua Pemuda Umno Khairul Azwan Harun (gambar) dalam satu sidang media di Kuala Lumpur hari ini.
“Terpulang kepada rakyat untuk memilih dan jangan mengajar mereka,” katanya.
Terdahulu, Abdul Wahid berkata pengguna jalan raya yang tidak bersetuju dengan kenaikan tol boleh menggunakan jalan alternatif biarpun syarikat konsesi akan menyelaras kadar kenaikan mengikut jumlah trafik.
“Kami menyediakan jalan alternatif kepada mereka yang sanggup membayarnya. Kepada yang berasa kadar tersebut terlalu tinggi, mereka ada pilihan untuk tidak melaluinya,” katanya.
Khairul berkata Pemuda Umno mempunyai beberapa cadangan yang dapat diteliti oleh Putrajaya dan syarikat konsesi. Salah satu cadangannya adalah syarikat konsesi mengurangkan tol melalui Tanggungjawab Korporat Sosial (CSR).
“Kami tahu terdapat klausa dalam perjanjian membenarkan kerajaan mengurangkan harga. Apa yang kami tahu, hampir semua konsesi mendapat untung besar,” katanya. Media melaporkan kadar tol akan dinaikkan sebanyak 30 sen ke RM1.
Khairul berkata peningkatan harga hanya dapat dipersetujui jika kajian mendalam dilakukan berhubung peningkatan trafik dan ramalan keuntungan sesebuah lebuhraya.
“Lebuh raya seperti Lebuh Raya Baru Lembah Klang dan Lebuh Raya Damansara Puchong, tiada masalah untuk menjana keuntungan. “Mengapa syarikat konsesi tidak menunjukkan tanggungjawab mereka dan mengurangkan harga sebagai sebahagian daripada CSR?
Ia tidak terhad kepada sumbangan dan acara tahunan. Ini juga boleh dipraktikkan,” katanya.
Khairul berkata Pemuda Umno turut mencadangkan kepada Putrajaya agar pengangkutan awam dikecualikan daripada kenaikan tarif elektrik.
“Kerajaan mahu rakyat menggunakan lebih banyak pengangkutan awam akibat kenaikan harga minyak tetapi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) pula mahu mengkaji tambang LRT dan monorel,” katanya. Beliau berkata Pemuda Umno hanya memberi tekanan kepada kerajaan berhubung isu berkaitan rakyat tetapi cadangan penyelesaian juga diberikan.
Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin Abu Bakar sebelum ini berkata siri kenaikan tarif kerajaan akan memberi kesan kepada rakyat dan harus dibincangkan ke Kabinet. Khairy turut mengakui tsunami kenaikan harga adalah siri yang dirancang setelah ditunda dua ke tiga tahun lalu. Tenaga Nasional Berhad mengumumkan kenaikan 15% kadar elektrik bermula tahun hadapan.
Kerajaan juga membuat kejutan apabila mengumumkan kadar tol akan dinaikkan bermula tahun depan. – 16 Disember, 2013.
Cuma yang GPB ingin persoalkan Menteri lantikan Najib ini , dia tahu atau tidak Manifesto BN yang berjanji akan mengurangkan bayaran tol antara bandar secara berperingkat.
Harap Najib dapat membatalkan segala kerja gila idea PEMANDU berhubung kenaikan tol ini termasuk pengangkutan awam ( LRT-Monorel) ini .
Kalau Najib teringin nak beri kerusi Perdana Menteri secara free kepada ANWAR & DAP di PRU14 sebab tak mahu jadi kerajaan populis ...
Silakan NAIK kan segala benda di Malaysia ini tahun 2014 ini ....
Pihak pengurusan PLUS Malaysia Berhad mengesahkan bahawa syarikat konsesi lebuhraya terbesar itu tidak akan bercadang menaikkan kadar tol di semua lebuhraya kendalian syarikat itu pada tahun hadapan (2014), seperti yang dihebohkan baru-baru ini.
Menurut Pengarah Urusan PLUS, Dato' Noorizah Abd Hamid, syarikat konsesi itu memahami tekanan kos hidup rakyat dan tidak berhasrat menaikkan kadar tol di semua lebuhraya PLUS dalam tempoh terdekat.
"Kenaikan konsesi PLUS tidak akan berlaku kerana belum tiba masa ia diteliti. Jadi kenaikan yang diwar-warkan mungkin melibatkan konsesi lebuhraya lain, tetapi bukan PLUS," ujar beliau ketika diajukan soalan berkaitan kenaikan kadar tol.
kalau semuanya NAIK kerajaan BN akan DITURUNKAN oleh rakyat! tengok aje la nanti!
ReplyDeletementeri2 kabinet tak bayar semua tu... kerana semua kos tersebut termasuk gaji depa dibayar oleh rakyat.
ReplyDeleteKalau Najib terus terima idea2 jahanam punahsihat, siap sedialah BN bakal melingkup pada PRU 14.
ReplyDeleteAku bimbang takut tak sampai 4 tahun lagi.Kenapa kerajaan pada zaman Tun Mahathir aku lihat licin jer tak ada pun perkataan rasionalisasi subsidi tapi negara mencapai pertumbuhan KDNK memberansangkan.Ada kenaikan barang tetapi munasabah.
ReplyDelete