Wakil Pergerakan Pemuda UMNO menasihati ahli-ahlinya agar tidak terus melenting jika UMNO dituduh sebagai parti bersifat perkauman.
Menurut Dr.Fathul Bari Mat Jahya, objektif sebenar perjuangan UMNO adalah untuk memperjuangkan hak melayu serta bumiputera, maka tuduhan oleh pihak pembangkang adalah tidak wajar.
"Sebagai contoh, Parti Tindakan Demokratik (DAP), apakah sumbangan mereka (DAP) terhadap bangsa mereka?
"Sudah tentu mereka membantu bangsa mereka, kita tidak menganggu mereka, oleh itu, jika kita membantu bumiputera dan melayu jangan ganggu perjuangan kami," katanya ketika menyokong usul dasar Presiden Umno di Pusat Dagangan Dunia Putra.
Sementara itu, beliau turut berkata, pihak pembangkang bersikap seperti yahudi yang tidak pernah berpuas hati dengan sebarang tindakan yang dilakukan Umno.
"Ini boleh dilihat berdasarkan pelantikan ahli Majlis Tertinggi (MT) Ustaz Mohd Kasim Elias oleh Presiden UMNO Datuk Seri Najib Razak, yang mahukan beliau menjadi pemimpin ulama dalam UMNO tetapi beliau terpaksa menolak tawaran tersebut kerana tidak mahu UMNO terus difitnah," katanya
Terdahulu, Ustaz Kazim telah diserang dengan pelbagai kata-kata kesat oleh pembangkang yang kononya merosakkan krediliti sebagai agama, sejurus selepas lantikan diberikan. -Rakyat News
No comments:
Post a Comment