Pages

Monday, October 21, 2013

WALAUPUN KALAH PRU13, UMNO PERMATANG PAUH TERUS BERBAKTI @NajibRazak @dzainalabidin



Kelmarin banjir teruk di 7 buah kampung di dalam Parlimen Permatang Pauh disebabkan hujan lebat hingga ke malam pada hari Sabtu .

 Ketua UMNO Bahagian Permatang Pauh yang baru, Mohd Zaidi Hj Mohd Said bersama barisan kepimpinannya termasuk Pemuda telah turun padang melawat & memberi sumbangan barang keperluan harian & wang saguhati   kepada mangsa banjir .

 Antara kawasan yang terjejas terus ialah Kampung Permatang Rawa , Kg Tun Sardon dan Kg Terus .

 Bila ditanya kepada penduduk yang terjejas ini  , mereka agak  kecewa  dengan  wakil rakyat iaitu Ahli Parlimen Permatang Pauh , Datuk Seri Anwar Ibrahim  yang tidak turun menjenguk langsung kesusahan ditanggung akibat banjir ini . Masa mahu undi mereka ketika berkempen ,  boleh berjalan kaki dari rumah ke rumah tapi bila banjir terus hilang !

Sebaliknya  , mereka begitu teruja &  gembira dengan kehadiran barisan kepimpinan  UMNO Bahagian  yang diketuai  Mohd Zaidi Hj Mohd Said atau lebih mesra Cikgu Zaidi yang sanggup   meredah air  melawat ke rumah mereka .

Jika pendekatan  sentuhan rakyat seperti ini dibawa Cikgu Zaidi sebelum PRU14  , tak mustahil  pengundi di Permatang Pauh akan kembali menyokong UMNO & BN .


Kg Permatang Rawa 











Penyampaian sumbangan di pusat pemindahan sementara
banjir Kg Permatang Rawa 

Turut sama bergotong royong menyiapkan  makanan 
kepada mangsa banjir 


Kampung Tun Sardon




menggunakan motorsikal untuk memudahkan 
bertemu mangsa banjir 







Kampung Terus



Ditemuramah oleh wartawan Al Hijrah 






kredit gambar : FB Pemuda UMNO Permatang Pauh 

No comments:

Post a Comment