Mr Bean Mahfuz semakin tertekan di PRK Sg Limau . Selepas kantoi menipu gambar super impose calon mereka jumpa TS Azizan , kali ini fitnah susu pekat expired pulak jadi bahan mereka .
Gambar ini dalah jenama susu pekat yang bakal diberikan pada penduduk pada program yang dianjurkan UMNO Bahagian Baling hari ini . Nampak besar sekali lagi jenama antara susu Mahfuz Bean dengan susu yang dipamerkan ini .
Tarikh luput yang tertera pada susu pekat diatas adalah pada 03.03.2014.
KENYATAAN MEDIA
Kenyataan Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar berhubung pemberian susu tamat tempoh merupakan satu pendekatan terdesak parti itu dalam menagih sokongan dan simpati rakyat di Sungai Limau menjelang hari pengundian pada 4 November ini. Ketua UMNO Baling, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim berkata, ini merupakan satu isu yang sengaja diadakan untuk mewujudkan sentimen kebencian pengundi.
"Saya dimaklumkan hanya seorang sahaja tampil, kononnya menerima pemberian bungkusan makanan yang mengandungi satu tin susu yang telah tamat tempoh. Aduan tersebut datangnya daripada mereka yang mempunyai hubungan keluarga dengan salah seorang kakitangan media pembangkang, Harakahdaily,"
"Adalah amat memalukan apabila Mahfuz selaku Naib Presiden Pas hanya mampu menggunakan susu tamat tempoh bagi menarik sokongan pengundi sedangkan banyak lagi isu-isu besar seperti pembangunan yang perlu diperjuangkan oleh Pas di Sungai Limau," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Beliau mengulas tentang sumbangan bantuan barangan keperluan asas oleh jentera parti Barisan Nasional (BN) kepada penduduk Sungai Limau di sekitar kawasan Sungai Dedap yang dicemari dengan penemuan susu pekat, didakwa telah luput tarikh. Tambah Abdul Azeez yang juga Ahli Parlimen Baling, menjelang pilihan raya, bermacam-macam perkara boleh terjadi, tambahan pula perkara yang tidak ada pun boleh diadakan.
Contohnya, menurutnya, gambar-gambar 'superimposed' menggunakan teknik 'Photoshop' di antara calon Pas dengan Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak yang dimainkan oleh jentera parti itu bagi menunjukkan kononnya ingin membawa legasi Allahyarham.
"Selain itu, Pas yang kononnya memperjuang Islam, sekali lagi didapati berbohong apabila menggunakan isu bapa kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom yang dikatakan menyokong calon Pas.
"Saya bertemu dan bertanya sendiri kepada bapa Datuk Seri, dia (Baharom) menafikan dakwaan tersebut,'' katanya.
Sementara itu menurut Abdul Azeez, Mahfuz mungkin sedikit kecewa dengan pendedahan yang dilakukan ketika membahaskan Belanjawan 2013 semalam, berhubung sikap segelintir pemimpin Pas yang suka berbohong dan gemar memperalatkan ayat-ayat suci al-Quran demi kepentingan politik.
No comments:
Post a Comment