Politik air liur terus menjadi senjata PAS di Sg Limau melalui ceramah2 besar mereka.
Semalam semasa GPB berada di PDM Kabu 10 berdepan Rumah UMNO P.Pinang , mereka terus tarik GEAR 5 menghentam BN iaitu isu nasional & negeri .
Bila petang kelmarin PM membentangkan Bajet 2014 , segala apa yang baik nak dilakukan kerajaan dikutuk mereka .
Pemberian BR1M 3.0 kepada isi rumah berpendapatan bawah RM3000 yang dinaikkan sebanyak RM650 menurut mereka akan habis dalam masa 2 MINIT sahaja oleh rakyat . Ia tak cukup untuk tampung kos sara hidup rakyat dan kerajaan BN adalah ZALIM ! Ini lah seekor contoh pemimpin yang tak ikut cara Islam yang mengajar kita apa itu bersyukur .
Selain itu , isu kenaikan harga gula juga terus dihentam mereka . Yang bangang tu depa kata orang UMNO ini kaya & sokong kenaikan ini sebab mereka banyak kena kencing manis .
Itu lah tahap pemikiran ala budak tadika PASTI yang didendangkan di ceramah mereka walhal mereka lupa Arwah TS Azizan kena potong kaki disebabkan kencing manis .
Isu negeri pulak mereka menghentam Muhkriz kerana tak meneruskan amanah TS Azizan iaitu dengan tutup KUIN & tak meneruskan pembinaan Maahad Tahfiz Pulau Tuba . Mereka kata Muhkriz perintah Kedah tak pentingkan pendidikan & hanya pembangunan.
Kita nak tanya puak-puak PAS ini ke mana pergi duit yang telah diluluskan untuk pembinaan Maahad Tahfiz ?
Nak tahu lebih lanjut tentang projek ini baca cerita blog hebat Kedah , Medan Tempur Kedah
Sebenarnya duit yang Pas dah luluskan nak bina projek ni dari tahun 2011 sampai 2013 dah habis dikerjakan oleh Pas untuk tujuan lain.. FAHAM TAK DUIT PERUNTUKKAN UNTUK BINA MAAHAD TAHFIZ NIE PUAK PAS DAH SEBAT UNTUK BUAT BENDA LAIN....
Hangpa pikiaq tengoklah Pas cadang projek pembinaan Maahad Tahfiz ni tahun 2011 lepastu majlis pecah tanah pada 12 Feb 2012 dan dijangka siap pada akhir tahun 2013..Tapi awat masa awal tahun 2013 pun Pas tak buat jugak.. Sebab apa ?? Duit takdak lahhh...
Duit peruntukkan guna untuk apa tu elok hangpa tanya Exco Pas yang bertanggungjawab sebelum ni, nama dia Taulan Rasul.. Ce tanya dia..Tu pun kalau dia berani jawablah..
Bila Pas tangguh projek ni sampai bertahun tahun hangpa tak bising.. Tapi bila Kerajaan BN Kedah yang baru pegang 40 hari cakap nak tangguh hangpa kata BN zalim.. Zalim apanya kalau duit yang hangpa kata dah lulus tu puak hangpa sendiri perabih guna kat tempat lain...
Kerajaan BN yang baru ni kata tangguh bukannya nak batal pun.. Dah hangpa perabih duit kot lain sebab tulah tangguh.. Lainlah kalau duit tu tak usik dah tentu projek ni berjalan seperti biasa..
Aku rasa elok Ketua Pemuda Pas Kedah Mad Ya tu pi tanya dulu Taulan Rasul duit tu pi kemana.. Jangan tunjuk sangat kebodohan tu.. Buat malu ja kena punggai..
Sebelum tu lupa pulak nak habaq, bini Ust Mad Ya ni pengetua sekolah Maktab Mahmud Pendang kan ?? Nak kami dedah penyelewengan dalam Maktab Mahmud pulak ka ??
No comments:
Post a Comment