Pages

Monday, October 14, 2013

KALIMAH ALLAH KEKAL TIDAK BOLEH DIGUNAKAN KRISTIAN !





Mahkamah Rayuan hari ini memutuskan kalimah Allah tidak boleh digunakan dalam majalah mingguan Herald.Panel tiga hakim diketuai oleh Datuk Seri Mohamed Apandi Ali memutuskan demikian selepas membenarkan rayuan kerajaan.




Mahkamah Rayuan hari ini memutuskan penggunaan kalimah Allah dalam majalah mingguan Herald bukan sebahagian daripada aspek penting dalam kepercayaan dan amalan agama Kristian. 

 Hakim Datuk Seri Mohamed Apandi Ali berpendapat, kalimah suci itu jika dibenarkan penggunaanya akan mencetuskan kekeliruan dalam masyarakat. Sehubungan itu, beliau berpuas hati bahawa tiada alasan mengapa majalah berkenaan berkeras untuk menggunakannya dalam penerbitan mingguan tersebut. - UTUSAN 


*** Berkat doa umat Islam negara ini ,  Allah masih lagi sayangkan umat Islam di Malaysia ..  Apa kata PAS yang sokong kalimah Allah digunakan kristian ??

No comments:

Post a Comment