Pages

Friday, October 18, 2013

DATUK MUSA CALON BUKAN YES MAN DALAM MT UMNO JIKA DIPILIH PERWAKILAN !! #DM4MT

Datuk Musa Sheikh Fadzir satu nama yang tak perlu kita perkenalkan lagi dalam UMNO terutama di P.Pinang.

 Jika di Perhimpunan Agung Umno , perwakilan & pemerhati sentiasa menantikan ucapan perbahasannya yang berani membawa suara akar umbi & juga menegur kepimpinan demi kebaikan parti .

 Semasa menjadi orang No 2 UMNO negeri , beliau antara pemimpin yang lantang sekali membelasah kerajaan DAP sehinggakan ada pemimpin pembangkang mahu ugut nak saman . Dalam pemilihan UMNO kali ini beliau menawarkan diri selaku Setiausaha UMNO negeri untuk bertanding MT UMNO yang bernombor calon 12 .

Tak rugi perwakilan di akar umbi  jika mengundi Musa  kerana sudah beliau sendiri sudah jelaskan  dia tidak mahu menjadi YES MAN dalam mempejuangkan agama & bangsa jika diberikan tempat dalam MT UMNO.




Orang Melayu perlu mengelak daripada bersikap yes men dalam memperjuangkan nasib bangsa serta mereka juga mesti bersuara dalam hal-hal yang melibatkan kepentingan agama.
Atas kesedaran itu, Datuk Musa Sheikh Fadzir menawarkan diri untuk bertanding jawatan Majlis Tertinggi (MT) pada pemilihan Sabtu ini selepas Pengerusi dan Timbalan Pengerusi UMNO negeri, Datuk Zainal Abidin Osman dan Datuk Seri Dr. Hilmi Yahaya tidak bertanding.
“Kalau perkara tidak betul saya akan bersuara bagi akar umbi,” kata Setiausaha Perhubungan UMNO Pulau Pinang itu di sini hari ini.
Menurutnya, MT adalah penasihat kepada Presiden dan Timbalan Presiden parti dan kerana itu UMNO perlu mempertahankan landasan perjuangannya untuk orang Melayu dan Islam.

1 comment:

  1. LAKSAMANA MUKHRIZ MELAWAT AMPANG.... WOOOW, PERWAKILAN UMNO SOKONGLAH MUKHRIZ KERANA SESUNGGUHNYA MUKHRIZ ADALAH JADI LEBIH BAIK DARIPADA TUN M DI DALAM SEGALA SERBI..

    BERILAH PELUANG KEPADA BELIAU KERANA SEBELUM INI, PERWAKILAN UMUMNYA TELAH PON MENIDAKKAN LAKSAMANA MUKHRIZ DI MANA BELIAU TEWAS KEPADA SI KHAIRI ANAK MANJA DATUK RAMLAH VETERENG...

    APA KATA KITA CUBA BERI PELUANG KE MUKHRIZ SEKALI...ACU SEKALI JEA.. KALI INI KALI TERPENTING WAHAI SAUDARA PERWAKILAN SEMUAAA..

    APA2 PON JANGAN LUPA UNTUK MENGUNDI, MEMANGKAH LAKSAMANA ZAHID HAMIDI SEKALI YEA! INSYAALLAHU AMINIIIIN.

    ReplyDelete