Datuk Abdul Azeez atau lebih dikenali sebagai Azeez Putra diantara calon yang terawal yang menyerahkan borang pencalonan untuk mempertahankan jawatan Majlis Tertinggi (MT) Umno, di PWTC hari ini.
Datuk Azeez yang cukup dikenali sebagai tokoh yang banyak membuat kerja amal diseluruh pelusok negara dan diseluruh dunia. Sebutlah mana mana tempat yang berlakunya bencana alam atau pun krisis kemanusiaan. Beliau diantara yang terawal bersama rombongannya turun membantu walaupun diketahui amat merbahaya dan mengancam nyawa.
Antaranya termasuk menyelesaikan masalah melibatkan keldai dadah, penipuan kad kredit dan membantu rakyat Malaysia yang lari ke negara luar untuk berkahwin.
Bantuan yang ditawarkan ini diharapkan memberi alternatif selain bantuan serupa yang ditawarkan Datuk Seri Michael Chong menerusi Biro Pengaduan Awam MCA yang juga sering menerima aduan dan menyelesaikan masalah masyarakat.
Mempertahankan jawatan MT pada pemilihan kali ini adalah bertujuan untuk meneruskan kelangsungan aktiviti kemanusiaan di dalam dan luar negara yang giat dilakukan selama ini.
Setakat ini, sudah 32 negara telah dilawati bagi misi kemanusiaan melibatkan Kelab Putera 1Malaysia yang dinaunginya.
Sensitif dan bertanggungjawab terhadap permasaalahan kuota haji,Abdul Azeez yang juga Pengerusi Tabung Haji (TH), baru-baru ini turut mengumumkan bahawa kesemua ahli lembaga pengarah TH tidak akan ke Mekah untuk musim haji tahun ini, sebagai salah satu langkah bagi memastikan pengurangan kuota jemaah oleh kerajaan Arab Saudi ekoran pelaksanaan kerja-kerja menaik taraf kawasan Masjidil Haram di Mekah dapat digunakan sepenuhnya oleh rakyat Malaysia. sumber
No comments:
Post a Comment