Pages

Friday, September 27, 2013

Nazri jawab isu anak dituduh beli rumah RM 7 juta !



 Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Nazri Abdul Aziz sekali lagi menepis tuduhan yang mendakwa anaknya memiliki harta di luar kemampuan.
Kali ini, Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) mengeluarkan kenyataan dengan bukti dokumen kononnya Mohamed Nedim Abdul Aziz membeli sebuah banglo berharga RM7.2 juta.
“Dia boleh beli istana, bukan masalah saya,” kata Nazri kepada wartawan apabila ditanya di lobi Parlimen hari ini.
Bagaimanapun, beliau kelihatan seperti terpinga-pinga mengenai tuduhan terbaru itu.
Pada mulanya Nazri seolah-olah terkejut dan bertanya: “Rumah apa?”
SAMM menerusi ketua penyelarasnya, Badrul Hisham Shahrin hari ini meminta Nazri menjelaskan bagaimana anaknya mampu memiliki hartanah mewah itu.
"Ini bukan tuduhan tetapi sebagai seorang Menteri sudah tentu rakyat berhak bertanya kepada Nazri mengenai banglo anaknya ini.
"Bagaimana anaknya dapat membeli banglo ini? Adakah dia layak?” katanya melalui kenyataan media.
Badrul juga tidak menolak kemungkinan wujudnya dakwaan itu berkait rapat dengan pemilihan Umno yang bakal berlangsung Oktober nanti.
Ini bukan kali pertama Nedim mendapat perhatian media.
Baru-baru ini beberapa pemblog mempersoalkan keputusan Nazri melantik Nedim sebagai pegawai di Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan.
Bagaimanapun, Nazri menjelaskan Nedim hanya dilantik sebagai pegawai penyelaras di kawasan Parlimennya di Padang Rengas dan tidak dibayar gaji oleh kerajaan.
Tahun lalu pula, Nedim didakwa memiliki sebuah kereta mewah sumbangan ahli perniagaan kontroversi Michael Chia.
Bagaimanapun, Nazri menepis tuduhan itu dengan menyatakan beliau tidak “tidur” dengan anaknya.

8 comments:

  1. dia nak beli banglo 10 juta pon lantak dia la..duit dia..orang cina beli rumah berjuta2 takde pulak orang nak bising...

    ReplyDelete
  2. Bro, bukan senang nak senang bro.

    ReplyDelete
  3. Bah. Pertama:

    MANA PEMIMPIN UMNO, terutamanya kat P. Pinang tu – apahal BALA ini boleh terjadi?!! Malangnya ada pemimipin yg. sibuk kumpul harta sampai BERJUTA, sdgkan masih ada umat Islam/Melayu hidup MELARAT!

    Di Selangor dan P. Pinang, PEMBELAAN mesti segera dilakukan, terhadap Bumiputera Islam/Melayu MISKIN, termasuk kpg. nelayan Islam/Melayu PUSAKA kita ( kpg-kpg sawah padi juga disasarkan dgn.pembuangan najis BABI dan sisa kimia kilang/penternakan udang) yg. makin TERHALAU/TERTINDAS di P. Pinang dan Selangor; SEDIH betul! Ini memang perancangan amat DAJAL, disyaki dari puak SYAITAN Kristian Zionis DAP/PKR [dan sekutu PAP-Barat-Israell mereka – jugadisyaki utk. MENGKRISTIANkan Selangor dan P. Pinang (juga Sabah/S’wak) utk- jadi satu lai S’pura]! Lihat di -

    1. http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130927/dn_12/Seharian-di-laut-pulang-tangan-kosong, Seharian di laut pulang tangan kosong:

    PULAU PINANG 26 Sept. - Pencerobohan bot pukat tunda ke kawasan nelayan pantai yang semakin berleluasa menyebabkan kehidupan keluarga pasangan nelayan Mohd. Ismail Lai Abdullah dan Siti Fatimah Abdullah, 51, menjadi semakin rumit.

    Apa tidaknya, walaupun seharian di laut, hasil yang diperoleh ialah sekitar RM15 sahaja, malah terpaksa pula membayar kos minyak serta kos-kos lain seperti pinjaman daripada persatuan nelayan.

    Lebih teruk, ada kalanya mereka pulang tangan kosong....."Jika dahulu nelayan pantai boleh mendapat hasil tangkapan sehingga mencecah RM100 sehari, namun, kini kami hanya boleh memperoleh sekitar RM15 ke RM30 atau lebih teruk pulang tangan kosong.

    "Malah, ada kalanya kami terpaksa menanggung kerugian kerana pukat hilang atau rosak dilanggar pukat tunda," katanya ketika ditemui di jeti nelayan Gertak Sanggul di sini baru-baru ini.......Sementara itu, Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP), S. M. Mohamed Idris berkata, dianggarkan 4,000 nelayan pantai di Pulau Pinang terjejas pendapatan mereka akibat kes pencerobohan terbabit.

    "Di Pulau Pinang, nelayan yang banyak terjejas ialah mereka yang berada di bahagian Barat Daya iaitu mereka di sekitar Pulau Betong, Sungai Pinang, Pantai Acheh dan Jalan Baru," ujarnya......

    2. Di http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130927/dn_11/Bot-pukat-tunda-kebal-kaut-hasil, Bot pukat tunda 'kebal' kaut hasil, Oleh AZRAI MOHAMMAD:

    PULAU PINANG 26 Sept. - Kegiatan pencerobohan bot pukat tunda di kawasan kurang sembilan kilometer dari pantai atau dikenali sebagai Zon A di seluruh negara dilaporkan semakin berleluasa sehingga menjejaskan pendapatan ribuan nelayan kecil.

    Malah seperti sudah 'dibeli', pihak berkuasa pula langsung tidak mampu melindungi nelayan-nelayan tradisional yang menjadi mangsa sejak bertahun-tahun lalu.

    Laporan demi laporan yang dibuat nelayan pantai pula telah 'dibakulsampahkan' tanpa sebarang tindakan tegas daripada pihak berkuasa.

    Siasatan Utusan Malaysia selama dua hari di tiga perkampungan nelayan iaitu di Sungai Batu, Gertak Sanggul dan Pulau Betong di sini baru-baru ini, jelas menunjukkan peraturan itu tidak dipedulikan.

    Ketua Unit Nelayan Pulau Betong, Arshad Omar berkata, setiap kali bermesyuarat bersama nelayan, alasan yang diberikan pihak berkuasa ialah mereka perlu menjaga isu yang lebih besar di perairan negara.

    "Malah, ada juga yang memberi alasan mereka sudah tiada aset bagi mengawal kes seumpama itu," katanya ketika ditemui di sini baru-baru ini......Malah, rata-rata nelayan yang ditemui juga mendakwa, apabila ada rondaan dilakukan oleh pihak berkuasa, kumpulan itu akan menghilangkan diri seolah-olah sudah menghidu lebih awal pergerakan pasukan tersebut.

    Lebih malang, ada antara nelayan terbabit mendedahkan mereka 'dikacau' oleh pihak berkuasa sekiranya membuat laporan terhadap kegiatan tersebut.....

    Makcik Sambal Belacan – PERTAHAN Islam dan umatnya, Raja-Raja Melayu/PM/UMNO/Bahasa Melayu/K‘jaan BN, hak BUMIPUTERA Melayu dan BUMIPUTERA lain; dan hak orang miskin dari semua bangsa yang hormat Islam, dan bangsa dan hak Bumiputera.

    ReplyDelete
  4. Bah. kedua:

    Kita mahukan pejuang Islam/Melayu UMNO yg. BERANI dan TULEN, seperti zaman Allahyarham-Allahyarham Pendekar Hang Tuah, Dato' Maharaja Lela, Dato’ Sagor, Datu Mohamed Salleh, Tun Abdul Razak, Tun Dr. Ismail dsbnya!

    Lihat di http://www.utusan.com.my/utusan/Politik/20130916/po_04/Pusat-boleh-halang-DAP-tindas-rakyat, Pusat boleh halang DAP 'tindas' rakyat, 16/09/2013:

    PULAU PINANG 15 Sept. - Kerajaan Pusat diminta menggunakan kuasa melalui Warta Kerajaan yang diwujudkan pada 1971 dengan mengarahkan kerajaan DAP Pulau Pinang mematuhi peruntukan di bawah perkara berkenaan.

    Penasihat Koperasi Nelayan Bahagian Tanjong Berhad, Wan Zaharizan Wan Zan berkata, perkara itu perlu memandangkan perkembangan terkini di negeri ini menyaksikan kelulusan tebus guna tanah oleh kerajaan negeri didakwa semakin menekan kehidupan nelayan dan rakyat miskin.

    Menurut beliau, akta berkenaan diwujudkan Perdana Menteri kedua, Tun Abdul Razak yang prihatin dengan kehidupan nelayan.

    Dalam konteks di Pulau Pinang, tambahnya, warta itu penting kerana memperincikan hampir keseluruhan kawasan di bahagian pulau bagi menjaga kebajikan nelayan.

    "Apa yang menjadi masalah apabila kelulusan diberikan kerajaan negeri kepada pemaju untuk menebus guna tanah laut, nelayan hilang mata pencarian kerana jeti pendaratan ikan musnah. Tanah yang ditebus itu pula kemudiannya dimajukan untuk projek perumahan mewah mencecah nilai jutaan ringgit yang tidak mampu mereka beli," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

    Makcik Sambal Belacan.

    ReplyDelete
  5. SUDAH TERANG LAGI BERSULOH.

    NELAYAN, PENOREH GETAH, PEMETIK KELAPA SAWIT SERTA BURUH AM PUN TAHU MENELAIKAN PEMBELIAN BUNGALOW TERSEBUT.

    JAWAPAN MENTERI KANAN INI MEMBUKA MATA KALIAN

    ReplyDelete
  6. Kerajaan dan ada sultan bina Istana 1Billion tak de orang kisah pun, ni Anak dia lantak lah. Anak bapak ada duit , kalau, dengki buat apa, pilah cari duit banyak banyak, berniaga la asal jangn tipu orang sudah, kemudian beli lah banglow 1 billiom tak de orang kisah.. Tapi kesian , dalam Malaysia masih ada orang miskin yang lebih memerlukan.Kais pagi makan pagi ada jugak yang sakit kronik tak mampu bayar bill hospital sampai kena minta derma dalam surat khabaris is is silalah renungkan menteri sampai lah ke atas atasan yang sanggup berbelanja 1 billion

    ReplyDelete
    Replies
    1. Klu macam ni negara x maju lh..rakyat miskin bnyk lg kt Malaysia ni,sume pk tengkolok sendiri aje..klu berniaga Blom tntu boleh beli evantador,huhu...tp klu rasuah boleh kot...hihik.

      Delete
  7. Bguih bebenor macai ni..

    ReplyDelete