Syabas kepada JAIS yang menyerbu markas Syiah di lubuk mereka iaitu Gombak . Cuma yang menarik kali ini mereka menemui benda pelik iaitu tilam & pelincir seperti KY Jelly di dalam bilik hubungan pendidikan antara Imam Syiah dan anak muridnya .
Apakah berlaku gejala maksiat seks atau liwat disebalik ajaran Syiah ini ??
Dalam bilek 'Education Affairs' / 'Ulama Guest Room' terdapat sebuah tilam diatas lantai dan satu tin produk 'She is Sexy' .. Dua tiub lagi tidak kelihatan, cuma yang tinggal glittery body lotion (not for sale). Dalam breaking news melalui MMS Facebook saya sebutkan disitu 'KY Jelly'.
Ada orang Syiah mempersoalkan mengapa saya gunakan perkataan KY Jelly.. Jawapan saya mudah. Lihat foto yang terakhir.
Tidak kah anda berasa jijik? Cium tangan, cium pipi atau cium dahi tidak menjadi masalah kepada budaya kita, tetapi cium mulut sesama lelaki dengan gaya yang penuh berahi amat amat lah menjijikan.
Sekarang berbalik kepada soalan KY Jelly..lihat pada keseluruhan paparan ... apa yang terlintas difikiran anda semua...body lotion dalam bilek khas untuk ulama.... saya berhenti disini... persepsi saya sudah terbentuk...- minaq jinggo-
ROMPIN: Seorang imam dipercayai pengikut ajaran syiah ditahan Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) di kuarters kakitangan ladang Risda Pekoti Timur dekat sini Jumaat. Ketua Penguatkuasa JAIP, Ahmad Raffli Abdul Malek berkata imam berumur 64 tahun itu disyaki mengamalkan ajaran itu sejak enam tahun lepas. Menurutnya, turut dirampas dalam operasi kira-kira 2 petang ialah beberapa buku dan peralatan dipercayai berkaitan dengan ajaran itu.
"Antara barang yang dirampas ialah tiga ketul batu turba, sepaket tanah yang dipercayai dari Karbala dan sehelai kain kapan dipercayai dari Iran," katanya kepada pemberita di sini Sabtu. Beliau berkata lelaki itu berdepan kemungkinan tuduhan mengikut Seksyen 165 dan Seksyen 170 Enakmen Pentadbiran Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang 1982 yang jika disabit kesalahan boleh membawa hukuman denda sehingga RM3,000 atau penjara dua tahun.
Ahmad Raffli berkata Pahang telah mewartakan pengharaman ajaran syiah pada 12 September lepas. Mengulas lanjut, beliau berkata ketika ditahan, imam yang berasal dari Kelantan itu ada bersama anak lelakinya berumur 32 tahun manakala isteri imam itu dipercayai berada di kediaman mereka di Felda Selancar.
Imam yang bertugas di ladang itu mendapat tauliah daripada JAIP sejak 20 tahun lepas, kata Ahmad Raffli sambil menambah lelaki itu dipercayai hanya mengamalkan ajaran itu secara sembunyi dengan tidak menyebarkannya kepada orang ramai. Imam itu dipercayai aktif menyertai aktiviti sebuah kumpulan yang ada kaitan dengan ajaran itu serta kerap mengunjungi beberapa markas ajaran syiah termasuk di Gombak, Selangor.
Ahmad Raffli berkata JAIP akan sentiasa memantau pergerakan mana-mana kumpulan atau individu yang cuba menyebarkan ajaran itu di negeri ini dan akan bertindak tegas sekiranya terbukti mereka berbuat demikian. - BERNAMA
No comments:
Post a Comment