Pages

Thursday, September 12, 2013

DAP PERTAHAN TINDAKAN GUAN ENG KUTUK MALAYSIA DI HONG KONG !



Ahli Jawatankuasa Pusat DAP, Dr Tan Seng Giaw mempertahankan tindakan Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng mengkritik pentadbiran negara ketika lawatannya di Hong Kong baru-baru ini.

Tan berkata Guan Eng berbuat demikian sekadar mahu memberi teguran untuk perbaiki kelemahan kepimpinan negara. 

Tambahnya lagi, adalah satu perkara yang mustahil untuk Ketua Menteri Pulau Pinang itu memburukkan imej negara sedangkan tujuan pemergiannya ke Hong Kong adalah untuk menarik pelabur ke dalam negara. 

"Saya percaya pemimpin-pemimpin di Malaysia ini tidak akan merosakkan imej negara, tapi jika seseorang itu menyebut sesuatu kelemahan itu...itu bukan merosakkan negara mungkin memberi peringatan pemimpin di sini bahawa ia tak betul dan perlu perbetulkan, itu saja. 

"Sebagai insan yang menghargai nilai murni kita tak boleh cakap yang tidak betul, yang baik kita kata ia baik manakala yang tidak baik kita sebutkan ia kurang baik," katanya dalam satu wawancara eksklusif bersama media. 

Guan Eng baru-baru ini dilaporkan mengutuk pentadbiran negara dengan berkata ada empat masalah utama di Malaysia iaitu jenayah, rasuah, peningkatan hutang kerajaan dan isi rumah individu serta penurunan standard pendidikan, produktiviti dan kemahiran tenaga kerja Malaysia.

Beliau berkata pemerhatiannya di Hong Kong mendapati ramai pelabur dan penganalisis mengenal pasti empat isu berkenaan yang menyebabkan Malaysia kurang menarik atau kurang daya saing untuk pelabur.

Setelah dikritik pelbagai pihak, Guan Eng memberitahu beliau hanya berkata demikian kepada rakyat Malaysia yang bekerja Hong Kong sahaja.

Tan dalam pada itu bersetuju bahawa tindakan teguran Guan Eng itu boleh dibuat dengan cara yang lebih baik.

"Tapi kalau kita kata Malaysia itu baik tapi menteri ini tidak baik itu bukan menuduh Malaysia...itu orang.

"Bagi saya bila saya ke luar negara saya berikhtiar untuk memelihara nama Malaysia. Tapi saya bukan nak bercakap bohong, Malaysia pun ditadbir oleh seorang manusia kerana ini bumi manusia dan bila manusia mentadbir ada kelemahannya. 

"Kita tidak boleh beritahu orang luar bahawa semua ini sempurna, ekonomi baik sekali, pertanian cukup moden, pendidikan cukup baik dan sebagainya...kalau kita cakap begitu orang akan cakap ini pembohongan besar," ujarnya.

No comments:

Post a Comment