Pages

Saturday, September 21, 2013

APA KEJADAHNYA TORA-TORA INI SUMPAH LAKNAT DI PWTC , MAHU MALUKAN PEMUDA UMNO ??





GPB nak tanya  siapa dia  tora-tora yang bikin panas hari ini  buat  sumpah laknat sempena  nak lawan KP UMNO Malaysia , Khairy Jamaluddin  ??  

Kalau setakat nak bersumpah laknat  hanya untuk  bikin provokasi di PWTC   dan cari  publisiti murahan  depan puluhan pihak  media , itu sebenarnya tak ikhlas . 

Agenda tora -tora ini bersumpah sebenarnya hanya nak malukan institusi Pemuda UMNO  . Kalau dia nak bersumpah tak   makan rasuah jika menang Ketua Pemuda  itu boleh hak dia tapi dengan menuduh semua keseluruhan institusi  Pemuda UMNO itu rasuah  itu sudah melampau !! SIAL !!

Perwakilan Pemuda perlu tolak tora-tora ni !!


Proses penyerahan borang pencalonan bagi pemilihan Umno 2013 sedikit kecoh berikutan pencabar jawatan Ketua Pergerakan Pemuda, Syed Rosli Syed Harman Jamalullail, membuat provokasi di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini.

Syed Rosli, 37, yang juga Penolong Setiausaha Cawangan Pusat Bandar Taman Chempaka, Pandan dilihat cuba menarik perhatian media apabila seolah-olah menyampaikan ucapan di ruang kaunter mengambil nombor giliran selepas menyerahkan borang pencalonan bagi jawatan itu pada 8.20 pagi.

Beliau turut melafazkan sumpah laknat berbunyi: "Wallahi, Watallahi, Wabillahi. Bahawa sesungguhnya saya, Syed Rosli Syed Harman Jamalullail, bersumpah laknat bersama Al-Quran sekiranya saya menjadi Ketua Pemuda, saya tidak akan melakukan perbuatan seperti rasuah.

"Saya juga mencabar Ketua Pemuda dan barisan kepimpinan Pemuda untuk sama bersumpah laknat sekiranya mereka merasakan mereka memimpin dengan bersih," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Syed Rosli mendakwa Pergerakan Pemuda di bawah kepimpinan Khairy Jamaluddin, yang juga Menteri Belia dan Sukan, dilihat lemah dan lesu selain terpalit dengan isu rasuah.

"Kalau tak bersih, jangan pimpin Umno. Rakyat tengok Umno ini rasuah. Saya ahli biasa tetapi saya dah jemu dengan gelagat Pemuda Umno. Saya menawarkan diri bertanding Ketua Pemuda kerana saya mahu melihat Pemuda lebih berani dan membuktikan Umno ikhlas memperjuangkan nasib orang bawahan," katanya.


Syed Rosli menafikan hasratnya untuk bertanding jawatan utama sayap itu adalah bagi kepentingan diri.

Pemilihan Umno kali ini menyaksikan sejumlah 24 jawatan dipertandingkan di peringkat sayap Pemuda terdiri daripada Pengerusi Tetap, Timbalan Pengerusi Tetap, Ketua Pemuda, Naib Ketua Pemuda dan 20 Exco.

Mesyuarat perwakilan dan pemilihan Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri Umno Bahagian serta pemilihan bagi jawatan Exco pusat bagi ketiga-tiga sayap parti itu akan diadakan serentak pada 12 Okt.


4 comments:

  1. Ini suatu tindakan yang wajar..kalau tak makan rasuah kenapa nak respon lebih...sepatutnya lebih bersyukur ada hamba Allah yang berani macam ni

    ReplyDelete
  2. kalau dah kaki rasuah mana nak berani sahut cabaran..
    elok sangat diluahkan depan wartawan macam tu

    ReplyDelete
  3. Itu songkok kasi bukak la , bikin malu aje la .

    ReplyDelete