Pages

Thursday, September 19, 2013

Abu Chin Peng : Pemuda UMNO sokong keputusan kerajaan , MCA boleh blah !! @khairykj




Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin menyokong penuh keputusan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan kerajaan tidak membenarkan mayat atau abu mendiang bekas setiausaha agung Parti Komunis Malaya (PKM) dibawa masuk ke Malaysia.

Beliau berkata tindakan membenarkannya hanya akan melukakan hati semua rakyat Malaysia terutama anggota keluarga, orang awam dan pihak keselamatan negara iaitu tentera dan polis yang terbunuh akibat kekejaman pihak komunis ketika zaman darurat dulu.

"Malah ia akan turut melukakan hati anggota keselamatan yang pernah berkhidmat pada waktu itu dan masih hidup sekarang," katanya di sini hari ini.

Khairy berkata mendiang tidak mengambil tawaran untuk kembali ke Malaysia dan menjadi warganegara Malaysia selepas termeterai perjanjian damai antara kerajaan Malaysia dan PKM pada 1989 di Hatyai, Thailand dahulu.

Mengulas cadangan MCA untuk membawa pulang sama ada jenazah atau abu mendiang, beliau berkata: "MCA boleh cakap apa saja mereka mahu dan itu kenyataan mereka...ini kenyataan daripada Ketua Pemuda Umno Malaysia dan saya menyokong keputusan dibuat Perdana Menteri dan kerajaan".

Di Kuala Lumpur, bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan berkata keputusan kerajaan itu adalah tepat dan wajar.

Beliau berkata masih banyak rakyat negara ini yang membenci tindakan PKM yang membunuh kira-kira 10,000 orang, termasuk 5,900 anggota keselamatan pada zaman darurat dari 1948 hingga 1960.

"Semasa penglibatannya dengan PKM, Chin Peng banyak melakukan keganasan tanpa memikir perasaan keluarga anggota keselamatan yang dibunuh," katanya kepada pemberita selepas menghadiri mesyuarat kedua Pertubuhan Keprihatinan Jenayah Komuniti Malaysia (MCCC) hari ini.

Mengulas tindakan pihak yang cuba mengagung-agungkan Chin Peng sebagai wira negara, pengerusi MCCC itu berkata golongan ini tidak tahu sejarah.

"Kalau tahu sekalipun, mereka buat-buat tak tahu sebab mereka ada agenda sendiri," katanya.

Di MELAKA, Presiden Persekutuan Silat Kebangsaan (Pesaka) Datuk Seri Mohd Ali Rustam berkata kematian Chin Peng tidak sepatutnya diratapi atau ditangisi, malah rakyat Malaysia yang berbuat demikian boleh disifatkan sebagai pengkhianat negara.

Beliau berkata keganasan terhadap rakyat Malaysia satu ketika dulu tidak boleh dimaafkan dan rakyat yang meratapi atau menangisi pemergian pemimpin komunis itu seolah-olah menyanjung keganasan yang dilakukannya.

"Kematiannya bukan kehilangan buat negara dan mereka yang menangisi kematiannya adalah mereka yang meredakan perbuatannya membunuh banyak rakyat Malaysia tidak berdosa.

"Banyak wanita menjadi balu, anak-anak jadi yatim disebabkan Chin Peng, adakah layak Chin Peng diratapi atau ditangisi terutamanya oleh generasi masa ini?," katanya dalam kenyataan.

"Pesaka menyokong penuh tindakan kerajaan yang menghalang mayat atau abu Chin Peng ditanam di negara ini," katanya.

Chin Peng, 88, yang tinggal dalam buangan di Thailand, meninggal dunia di sebuah hospital di Bangkok pada Isnin akibat sakit tua. - Bernama

2 comments:

  1. Sebagai rakyat, lebih2 lagi, Melayu, kita wajib menyokong seratus peratus keputusan Kerajaan, China Malaysia, kita sudah tahu, agenda mereka, kan China komunis juga, kebanyakan dari kalangan orang2 China, biarkan mereka, apa yang nak dibimbangkan, PRU13 telah membuktikan Melayu & Bumiputera yang memilih Kerajaan, walau pun badai Tsunami China, cukup hebat, menghentam Malaysia.

    ReplyDelete
  2. kpd cina yg sayang kan negara saya syorkan janganlah dijadikan isu ....rasyid maidin juga tidak dapat balik .....banyak lagi agenda besar yg harus kita sokong demi keharmonian negara dan rakyat malaysian......

    ReplyDelete