Pages
▼
Tuesday, September 3, 2013
2 pengkhianat Jalur Gemilang dibebaskan pagi ini !
- Aktivis politik, Hishamudin Rais dan aktivis mahasiswa, Adam Adli telah dibebaskan jam 3.00 pagi tadi selepas ditahan semalam untuk membantu siasatan kes mengibarkan bendera Sang Saka Malaya pada malam ambang Merdeka.
Hishamudin melalui status laman mikro Twitternya menulis, "dibebas jam 3 pagi - rumah digeledah cari SANG SAKA - bebas di rumah - tak ada-apa ditemui - seorang penjamin - terima kaseh."
Semalam, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar mengesahkan penahanan kedua-dua aktivis itu untuk membantu siasatan di Ibupejabat Polis Polis (IPD) Dang Wangi.
Sementara itu, Jumaat lalu, tersebar dua video yang menunjukkan Hishamuddin menyatakan bahawa bendera Sang Saka Malaya adalah bendera sebenar Malaysia dan bukannya Jalur Gemilang.
Sebuah lagi video menunjukkan seorang lelaki merampas bendera Sang Saka Malaya yang sedang dikibarkan ketika Sasterawan Datuk A Samad Said berucap.
Menurut Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Zainuddin Ahmad berkata, pihaknya akan menyiasat kejadian itu serta motif tindakan individu tersebut.
Kenapa Samad Said tidak dtangkap?What so special about him?
ReplyDelete2 arr polis x rapa nk pndai nih...siasat per plak orng yg rampas bendera haram 2.....ptutnya siasat kepala apak yg tayangkn bendera haram 2......hahaha......bangang.....!!!
ReplyDeleteaik takda bukti kat rumah boleh bebas?
ReplyDeletetakkan semua orang dah kena santau dgn hadi awang...video besi takleh jadi bukti???
LEPAS...LEPAS....LEPASAS....MENYAMPAH....TAKDE HUKUMAN KE ?
ReplyDeletetangkap...lepas... tangkap... lepas... drama saja ker atau apa agenda?
ReplyDelete