Tiga penguat kuasa syariah dipercayai mengaut puluhan ribu ringgit sebulan hasil suapan pasangan yang melakukan kesalahan khalwat. Mereka yang bertugas di Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dipercayai sudah lama melakukan kegiatan itu bersama berdasarkan buku simpanan bank masing-masing.
Ketiga-tiga mereka ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Ahad minggu lalu dan difahamkan akan didakwa minggu depan.
Menurut sumber, mereka menyasarkan pasangan khalwat yang akan didakwa sebelum meminta suapan kononnya bagi membebaskan mereka daripada dakwaan. - Bharian -
*** patut la kes khalwat meningkat sebab yang kaki sangap ni boleh rasuah kepada pengkhianat dalam penguatkuasa agama..syabas SPRM kerana berjaya mengesan kaki duit haram ini !!
No comments:
Post a Comment