Kementerian Dalam Negeri akan mengumumkan senarai nama kumpulan kongsi gelap serta jenayah yang dilakukan mereka, kata menteri berkenaan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Beliau berkata ia akan diumum dalam waktu terdekat selepas proses pewartaan selesai dibuat.
“Kami dah ada senarai nama kumpulan yang dikategorikan sebagai pertubuhan haram serta senarai aktiviti jenayah dilakukan,” katanya kepada pemberita selepas menerima kunjungan ahli kongres Amerika Syarikat Eni Faleomavaega di sini hari ini.
Ahmad Zahid berkata, langkah mendedahkan senarai itu kepada umum ialah untuk membolehkan masyarakat faham bahawa polis bersungguh-sungguh dalam usaha menangani jenayah.
“Ia juga untuk membangkitkan kesedaran bahawa masyarakat perlu bersama-sama mendokong usaha polis membanteras jenayah,” katanya.
Menerusi senarai itu juga, beliau berkata masyarakat dapat mengetahui bahawa kegiatan kongsi gelap bukan hanya membabitkan sesuatu kaum sebaliknya melibatkan kaum-kaum lain.
“Ramai yang mengatakan kongsi gelap hanya membabitkan kaum India sedangkan kongsi gelap Melayu dan Cina juga banyak,” katanya.
Mengenai Ops Cantas, Ahmad Zahid berkata operasi itu dijalankan di seluruh negara dan bukan hanya tertumpu di Pulau Pinang.
“Tumpuan turut diberikan di seluruh negara dan polis sudah bersiap sedia untuk bertindak kerana telah menghidu beberapa lagi jenayah terancang yang akan dilakukan,” katanya.
Dalam perkembangan lain, Ahmad Zahid menjelaskan keselamatan keseluruhan rakyat lebih penting daripada menjaga jumlah mereka yang akan dikenakan pemakaian peranti pengawasan elektronik (EMD).
“Dalam hal ini bukan soal hak asasi manusia tetapi bagaimana identifikasi untuk menentukan keamanan itu dapat dilaksanakan di negara kita,” katanya.
Beliau mengulas mengenai EMD yang akan digunakan ke atas penjenayah tertentu yang ditahan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma), menerima kritikan pihak tertentu.
EMD bertujuan mengesan suspek jenayah terancang dan kejam bagi memastikan mereka tidak melakukan jenayah lain semasa dalam jaminan. – Bernama
04 - penang, kedah & perlis
ReplyDelete05 - perak
07 - johor
03 - lembah kelang
06 - n9
012 - maxis
019 - celcom
negeri2 & telco lain, tambah sendiri la.
Sudah pasti nama waytamoorty paling atas.
ReplyDeleteAmik ko.. kali ni bru dpt Menteri KDN yg Jantan lagi TEGAS. No more Amaran dan kacau keje Polis mcm KerisModin.
ReplyDeleteSyabas buat POLIS dan Menteri KDN. Mana boleh nk hapuskan taring Polis dgn bg rakyat xrasa gerun dgn POLIS. Klu xde gerun jd mcm skrglah sesuka hati langgar undang2. Sama je mcm puak berok BERSHIT, skrg main lah dgn polis Bukit Aman terus. Polis2 Negeri mana2 pegawai2 yg main duit dgn Taukeh2 kongsi Gelap tunggulah akan terbongkar jugak..
.
ReplyDelete..
...
Tahniah KDN.
Senaraikan dan publisitikan nama Kongsi Gelap yang membawa mudarat kepada negara. Berikut adala petunjuk agar KDN dapat kenal pasti senarai utama harus di tangkap.
1. Kongsi Gelap.
2. Kongsi Terang ( Rasuah )
3. Kongsi Kelabu ( Cronies )
4. Kongsi Sex ( Ambiga & Gang LBGT)
5. Rumah Kongsi
6. Kongsi Kongkek ( Rumah Perlacuran )
7. Kongsi Tunjuk ( Alvin & Vivian )
8. Kongsi Kurang Ajar ( Namawee anak haram )
9. Kongsi Fitnah ( DAP Red Beans )
10. Kongsi Tipu ( Ketua Umum Aljubs )
Definasi Kongsi ini banyak - jika perhalusi hanya Salleh Yaakop sahaja yang merupakan Ahli Kongsi yang halal dan patut di contohi...Kongsi Suami.
Apa pun...tahniah.
.
.
...
.
ReplyDelete..
...
Tahniah KDN.
Senaraikan dan publisitikan nama Kongsi Gelap yang membawa mudarat kepada negara. Berikut adala petunjuk agar KDN dapat kenal pasti senarai utama harus di tangkap.
1. Kongsi Gelap.
2. Kongsi Terang ( Rasuah )
3. Kongsi Kelabu ( Cronies )
4. Kongsi Sex ( Ambiga & Gang LBGT)
5. Rumah Kongsi
6. Kongsi Kongkek ( Rumah Perlacuran )
7. Kongsi Tunjuk ( Alvin & Vivian )
8. Kongsi Kurang Ajar ( Namawee anak haram )
9. Kongsi Fitnah ( DAP Red Beans )
10. Kongsi Tipu ( Ketua Umum Aljubs )
Definasi Kongsi ini banyak - jika perhalusi hanya Salleh Yaakop sahaja yang merupakan Ahli Kongsi yang halal dan patut di contohi...Kongsi Suami.
Apa pun...tahniah.
.
.
...
102 tu lagi cekek darah, mengenakan caj yang tak manasabah. tu genster berdaftar dah halal.
ReplyDelete