Pages

Friday, August 16, 2013

BAPA ULTRA KIASU KENA TIBAI BERAPI DENGAN DR RIDHUAN TEE !!




SAYA begitu teruja untuk mengulas pendapat Lee Kuan Yew ketika melancarkan buku terbaharunya bertajuk, One Man's View of the World pada 6 Ogos 2013.

Sebelum itu, nasihat saya bekas Perdana Menteri ini, beritahu anak, jagalah orang Melayu Singapura baik-baik ketika usia emas ini. Pastikan mereka boleh duduk sama rendah, berdiri sama tinggi dengan Cina di sana. Tidak perlulah banyak komen sangat tentang keadaan politik di Malaysia sehingga menuduh kerajaan Malaysia sanggup korban talent (bakat) semata-mata untuk menaikkan orang Melayu. Ketuanan Melayulah yang menyebabkan Malaysia mundur, kehilangan bakat dan sebagainya.

Asyik-asyik salahkan Melayu. Saya pun ada hak untuk menyalahkan ultra kiasu Cina Singapura, yang menyebabkan Melayu di sana dan Malaysia dikhianati. Tanpa Malaysia, Singapura tidak ke mana-mana jua. Justeru, berterima kasihlah kepada Malaysia.

Sejak dahulu, Kuan Yew tidak pernah berubah, sering menjadi isu hak istimewa orang Melayu atau ketuanan Melayu untuk menghentam Malaysia. Pada beliau, inilah yang menjadi Malaysia tidak maju seperti Singapura. Alah, sekadar menguruskan negara sekangkang kera, sesiapa pun boleh buat. Justeru, janganlah terlalu bongkak.

Apa yang berlaku di Singapura, mempunyai kaitan yang rapat dengan kita di Malaysia.
Apa yang menjadi masalah dengan hak istimewa Melayu atau ketuanan Melayu? Adakah dengan hak dan ketuanan ini, bukan Melayu merempat dan menjadi hamba? Tidak juga. Malah, siapa yang lebih hebat hari ini? Melayu yang bergelar 'tuan'? Atau Cina yang bergelar 'hamba'.


Sedarlah isu ini tidak ada apa-apa, melainkan soal kedengkian dan soal hati untuk memadamkan sejarah negara. Sebab, setiap negara ada asal-usulnya. Setiap bangsa ada tanahnya. Jika tidak, tidak adalah nama-nama seperti Tanah Melayu, Tanah China, Tanah India dan tanah-tanah yang lain mengikut bangsa.

Lagi soalan saya kepada Kuan Yew, jika benar-benar mahu mengangkat Melayu, sudah tentu institusi Islam seperti madrasah (sekolah agama) dan masjid diberikan perhatian. Ini tidak, jika umat Islam Singapura tidak mengambil inisiatif sendiri, sudah lama kedua-dua institusi ini terkubur.

Itupun kedudukan institusi Islam semakin menghimpit. Pihak berkuasa Singapura memaksa institusi ini mengikut kehendak mereka. Jika tidak, ia akan ditutup. Tanah akan dirampas. Berapa banyak tanah Melayu telah dirampas (beli) dan dijadikan tanah Cina Singapura?

Akhirnya, untuk mengelakkan keadaan menjadi lebih buruk, mahu tidak mahu, institusi Islam terpaksa mengikut pihak berkuasa Singapura. Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS) tidak dapat berbuat apa-apa. Orang agama yang bekerja di situ sudah mati kemelayuan dan keislaman. Cari makanlah katakan. Jika tidak percaya pergilah buat kajian di Madrasah Wak Tanjung. Dengar rintihan mereka.

Bakat-bakat Melayu yang menjadi pak turut disimpan dalam kerajaan. Manakala talent Melayu yang cuba membela Melayu dan Islam Singapura, dibuang jauh-jauh. Ke manakah talent seperti Dr. Lily Zubaidah? Kenapa beliau tidak diberikan tempat?

Kenapa banyak sangat orang Islam yang bukan berwajah Melayu (India Muslim) yang mendapat tempat di Singapura? Hanya Kuan Yew dan anaknya sahaja yang boleh menjawab. Janganlah terlalu menonjolkan diri sendiri hebat. Tanpa Malaysia, Singapura tidak akan ke mana-mana.

Itupun nasib baik saya bukan menjadi PM dalam menyelesaikan isu perebutan Pulau Batu Putih. Jika tidak, pasti saya tidak akan membawa perkara ini ke Mahkamah Antarabangsa (ICJ). Penyelesaian pertikaian pulau ini adalah perang. Malangnya, kita sudah terlepas. Dunia telah menyaksikan hilangnya sebuah pulau milik Melayu terlepas kepada ultra kiasu. Di manakah maruah Melayu? Hari ini Melayu dihina lagi, kita terus diam.
Tersangat jauh bezanya antara layanan kerajaan Malaysia terhadap SJKC dengan kerajaan Singapura terhadap madrasah dan masjid. Jika umat Islam di sana tidak mengambil inisiatif sudah lama institusi ini ditutup. Lihat di Malaysia, SJKC bukan sahaja diberikan keutamaan setanding dengan Sekolah Kebangsaan (Agama).

Hatta, kita pula terpaksa tunduk kepada SJKC. Niat kerajaan untuk menambah masa Bahasa Melayu bagi memandaikan anak Cina terus ditentang. Termasuk Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2013-2025 (PIPP). Dong Jiao Zong sedang aktif untuk mendapatkan tandatangan orang Cina seluruh negara bagi menentang PIPP.
Di Singapura, sesiapa yang tidak mengikut arus kebangsaan, bukan sahaja tidak relevan, malah akan dihumban ke penjara. Kita pula asyik melayan kerana mahukan undi dan mengekalkan kuasa kononnya. Apa hasil yang kita dapat? Dapatkah undi dan kuasa itu?

Jika Kuan Yew sangat menginginkan talent dari Malaysia, ambillah orang seperti Namewee, Alvivi dan sebagainya. Malaysia tidak perlukan orang yang kononnya mempunyai talent tersebut.

Kita mahukan talent yang membina bukan talent yang menghancurkan negara. Talent yang mempunyai semangat partriotisme yang tinggi. Bukan talent yang merosakkan negara dan membocorkan rahsia negara. Saya amat bimbang dengan trend pegawai kerajaan yang bekerja di bahagian keselamatan, kerana ramai juga orang seperti Si Kitol dan Mandaliar. Mereka ini ultra kiasu.

Si Kitol dan Mandaliar inilah yang telah melakukan khianat dan membentuk negara Singapura. Mereka tipu pemimpin kita dengan membuat perjanjian air yang tidak langsung munasabah. Atas sangka baik, kita bersetuju. Sehingga kini, air yang dijual kepada Singapura adalah wang Malaysia 0.03 sen setiap 1,000 gelens (4,500 Liter) sehingga tahun 2061. Perjanjian yang amat tidak masuk akal. Bayangkan ketika pemisahan tahun 1965, kita putuskan air, apakah Singapura wujud hari ini?

Berbanding kerajaan China menjual air kepada air kepada negara bangsanya sendiri Hong Kong, suatu ketika dahulu pada harga AS$5.8 setiap 1000 gelen. Saya ringkaskan, Melayu jual kepada Cina air pada kadar 0.03 sen setiap 1000 gelen. Manakala China menjual air kepada Cina pada kadar AS$5.8 setiap 1000 gelen. Siapa sebenar yang baik? Siapa sebenar yang tertipu? Apakah bangunan mereka boleh berdiri megah dengan menggunakan air masin? Sudahlah Kuan Yew, bertaubatlah kamu di akhir usia ini.

Kenapa Malaysia (Melayu) begitu bermurah hati? Inilah soal hati Melayu. Hati mulia Melayu yang saya amat kenali setelah lama berdamping dengan mereka. Hatinya terlalu baik sehingga orang lain mengambil kesempatan. Yang paling saya bimbang, kebaikan hatinya nanti akan menyebabkan negara ini tergadai.


Baru-baru ini, di bulan Ramadan, saya terserempak dengan bekas pegawai tinggi kerajaan sedang berjumpa dengan sekumpulan peniaga Cina pada jam 1.00 pagi di sebuah restoran di ibu kota. Dalam hati sudah dapat mengagak, apa lagi agendanya kalau bukan mahu menjadi 'pak pacak'. Maka akan dilantik menjadi pengerusi syarikat itu dan ini, dengan elaun puluhan ribu ringgit sebulan, bagi tujuan mendapatkan tender atau kontrak kerajaan.

Inilah dilema orang Melayu. Apabila sudah pencen, kerja tiada. Maka mereka akan mencari jalan pintas. Mereka tidak fikir bagaimana membangunkan Melayu. Mereka hanya fikirkan perut. Ultra kiasu akan menggunakan segala ruang dan peluang untuk memanipulasikan keadaan.

Kita hanya boleh berbangga menjadi pengerusi syarikat ini dan itu di bawah telunjuk syarikat Cina. Bila dapat projek kerajaan bernilai jutaan itu, siapa kaya? Melayu menjadi sekaya mana? Apakah kita akan dihargai selepas itu? Inilah pemikiran Kuan Yew.

Lihatlah perjanjian air antara Malaysia-Singapura, langsung tidak boleh diubah. Jika Malaysia bercadang untuk menaikkannya mungkin keadaan lebih buruk akan terjadi. Apakah Singapura atau Kuan Yew pernah berterima kasih kepada kita?

Apa sebenarnya yang Kuan Yew mahu? Beliau tidak pernah berhenti bersuara supaya Malaysia menghapuskan hak istimewa orang Melayu dalam keadaan usia emas beliau? Jawapannya, apabila hak ini dihapuskan dalam Perlembagaan, ketika itulah tidak mustahil, Singapura akan menawarkan diri untuk masuk semula ke dalam Persekutuan Malaysia.

Nasihat saya, Malaysia tidak bodoh lagi. Bakat-bakat di Malaysia sudah tidak boleh lagi dipermainkan dan diperbodohkan.


3 comments:

  1. Mana si rejim Cina PAP PENJAJAH ini tak mampu 'kayakan' S'pura - mereka ini kan pENJILAT kaki kudis si Barat-Israel-DAPBIAWAK/PKR - lihat di http://rainbowoftruth.blogspot.com/2009/09/singapore-israel-love-affair.html, THE SINGAPORE ISRAEL LOVE AFFAIR, Wednesday, September 2, 2009. Patutnya, SEWA air ke S#pura dikaji semula dan DIHARAMkan terus ROMPAKAN ini - biaq si rejim Cina PAP ini pi terus minta sedekah berterusan kat TUAN Barat-Israel dia!

    Memang si Cina PENJAJAH S'pura PAP ini MEMPERGUNAKAN umat Melayu/Islam S'pura mcm pengurus Sutera Resort itu dan ejen-ejen hartanah, utk memperbodohkan kita kat Tanah Melayu ini. Jadi senanglah syarikat-sy hartanah CINA S'pura untuk terus RAMPAS tanah pusaka kita kat seluruh Tanah Melayu ini! Buta betul si Bumiputera Melayu/Islam yg tak sedaq mereka dah jadi PENGEMIS/PENUMPANG MEREMPAT di S'pura, asalnya tanah PUSAKA warisan dan korban berzaman (dari sebelum dijajah British lagi) nenek moyang BUMIPUTERA Melayu/Islam dan BUMIPUTERA lain, di Tanah Melayu ini!

    Maka, Bumiputera Islam/Melayu Singapura memang dah dijahanamkan hak mereka oleh rejim PENJAJAH CINA PAP-ANJINGKURAP, termasuk dengan membawa jutaan imigran Bukan Islam Cina dan Kristian!

    Malangnya, akibat PENGKHIANATAN dari golongan TAMAK spt Melayu/Islam liberal DAPigs/PKR, yg. asyik cium kaki Bukan Islam RASIS DAPIGS/PKR (geng kuat si PAP), Bumiputera Melayu/Islam di seluruh Tanah Melayu ini pun makin jadi PENGEMIS/PENUMPANG MEREMPAT. Bakal kita jadi BUMIPUTERA Melayu/Islam di Singapura dan Palestin!

    Sila lihat bagimana bumi pusaka kita, termasuk P. Pinang, Selangor dan Johor (juga Kota Kinabalu, Sandakan, Miri, Kucing, Labuan dsbnya) makin TERGADAI kepada si PENJAJAH GELOJOH Cina Singapura!

    Lihat di
    http://www.thestar.com.my/Business/Business-News/2013/07/05/KL-Trillion-residential-units-unveiled-The-39storey-apartment-will-be-one-of-two-identical-residenti.aspx, KL Trillion residential units unveiled, By LIZ LEE, published: Friday July 5, 2013:

    KUALA LUMPUR: Singapore-based developer Sim Lian Group Ltd has launched the second portion of its maiden project KL Trillion – a block of luxury serviced residences located along Jalan Tun Razak.

    The 39-storey apartment will be one of two identical residential towers which have a combined gross development value of RM864mil. There will be 168 units of apartment in each block in eight different configurations.…The company’s subsidiary, Perumahan SLG Central Sdn Bhd, will be overseeing the construction of both towers.
    ……“We intend to acquire more land in Malaysia. Kuala Lumpur is always a good choice but we’re open to opportunities in Penang and Iskandar Malaysia, which is all the rage with Singaporeans now,” construction subsidiary SLC (M) Sdn Bhd director Lau Cheng Piw said…..

    Makcik Sambal Belacan – PERTAHAN Islam dan umatnya, Raja-Raja Melayu/PM/UMNO/Bahasa Melayu/K‘jaan BN, hak BUMIPUTERA Melayu dan BUMIPUTERA lain; dan hak orang miskin dari semua bangsa yang hormat Islam, dan bangsa dan hak Bumiputera (dulu saya MAKCIK Tempurung; tapi saya asyik mimpi kembali ke RUMPUN akar, keenakan masakan KAMPUNG Melayu kita, nasi sambal belacan dgn ikan masin, dan ulam petai/jering!)

    ReplyDelete
  2. lee kuan yew hanya bersuara di hujung senja usianya..tak lama dah tuuu...tak ke mana sikap kiasu cina songapork tu kalau buat nayaa ka org2 Melayu islam, maka bala Allah akan tiba jua lambat laun...tunggula...

    ReplyDelete
  3. Khusus untuk Melayu Islam, sebangsa denganKU......kalau nak bersatu, belajarlah berjemaah..bukan sahaja dalam solat tetapi dalam kehidupan...Islam Addin.....

    ReplyDelete