Pages

Tuesday, July 16, 2013

BAGAIMANA PENDAKWAH KRISTIAN BOLEH SEBAR RISALAH KEPADA ANAK MUDA MELAYU ??


Seorang pembaca telah menghantar printscreen dan gambar seorang lelaki yang didakwa rakyat Perancis tetapi fasih berbahasa Melayu yang berjaya dirakamkannya.

Pembaca berkenaan mendakwa, lelaki Perancis yang fasih berbahasa Perancis itu, sedang menyebarkan dan mengedarkan risalah-risalah agama Kristian kepada orang ramai, terutama sekali kepada golongan muda Melayu.

Apabila diberitahu bahawa perbuatannya itu adalah salah di segi undang-undang dan Malaysia sebagai sebuah Negara Islam, tidak membenarkan perlakuan seperti itu, lelaki Perancis tersebut terus bersikap angkuh.

"Undang-undang itu dalam Artikel berapa?" herdiknya.

Pembaca kemudiannya hilang sabar dan mencabar lelaki Perancis itu. Lelaki Perancis itu kemudiannya segera melarikan diri dengan menunggang sebuah motosikal.

Sebenarnya itulah perilaku yang ditunjukkan oleh pendakwah-pendakwah Kristian yang didatangkan dari luar negara. Berbekalkan kefasihan mereka dalam Bahasa Melayu, mereka cuba menipu dan memperdayakan masyarakat tempatan yang lebih cuak dengan masyarakat tempatan sendiri berbanding orang luar.

Dalam Perlembagaan Persekutuan, tercatat bahawa Perkara 11 (4) yang melarang penyebaran agama lain selain Islam kepada umat Islam di negara ini.

Siapa sebenarnya yang empunya angkara? Rasa-rasanya ramai yang boleh meneka dengan tepat!!!

sumber : the flying kick

No comments:

Post a Comment