Pages
▼
Tuesday, June 25, 2013
Hot ! Hilang akal ke Ostazah Eby Pas pertahan penghina Islam Sally Yeh !!
Apa punya bangang la tweet minah kesayangan Pas , Ostazah Ebby..
Penghina Agama Islam & Rasulullah dari Red Bean Army bernama Sallu Yeh Red Bean dipertahankan ..
inikah cara baru pejuang Islam Pas?
Orang Cina seperti Huan Cheng Guan lebih tahu hormat agama Islam dengan membuat laporan polis terhadap Sally Yeh.
Monday, June 24, 2013
Terkini ! Perusuh #Blackout505 berarak serbu Parlimen pagi ini !
Pagi ini akan diadakan majlis angkat sumpah dan pembukaan persidangan pertama Parlimen selepas PRU13. .
Ketua perusuh Blackout505 diketuai penghasut Chegubard dan Hariss Ibrahim bersama 200 orang pencacai upahan merema dah mula bergerak daripada pdg merbok ke parlimen .
GPB yakin Polis Malaysia sudah bersedia menyambut kehadiran perusuh2 yang mahu membuat kacau ini.
Depa ini kalau kena macam polis turki baru ada akai ..haha
Thursday, June 20, 2013
Sekolah vernakular tidak memupuk perpaduan nasional
- Bekas Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Mohd. Noor Abdullah mencadangkan agar kerajaan menjenamakan semula Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Cina dan Tamil menjadi sekolah pengajian bahasa yang terbuka kepada semua rakyat Malaysia.
Katanya, SJK wajar dijadikan sekolah kerajaan yang masih mengekalkan aspek fizikal, namun mengutamakan pembelajaran berkaitan bahasa ibunda berbilang kaum di negara ini.
"Kalau kita bercakap tentang polisi pelajaran, kini ada tiga aliran iaitu sekolah swasta, sekolah kebangsaan dan SJK. Tetapi apa peranan SJK? Apa keperluan tentangnya?
"Saya cadangkan SJK ditukar kepada sekolah di mana kita boleh belajar bahasa. Apa sahaja telah sekolah kebangsaan sediakan, SJK tidak perlu lagi menyediakannya, semua orang akan pergi ke sekolah yang sama. Ini boleh memupuk perpaduan," katanya.
Beliau berkata demikian ketika menyampaikan syarahan Percambahan Minda bertajuk 'Kedudukan Sekolah Vernakular daripada Perspektif Artikel 152 Perlembagaan Persekutuan' di sini hari ini.
Mohd. Noor dalam pada itu berkata, kewujudan SJK sebenarnya tidak selari dengan Artikel 152 (1) Perlembagaan Persekutuan yang berkaitan dengan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.
Sambil mempersoalkan dasar pendidikan yang membenarkan sistem persekolahan vernakular wujud di negara ini, Mohd. Noor berkata, dasar itu sebenarnya memecahbelahkan masyarakat berbilang kaum di negara ini.
"Kenapa adakan sekolah berasingan untuk masyarakat? Bukankah baik jika kita pergi ke satu sekolah dan belajar apa sahaja yang kita hendak di sana," katanya.
Katanya, penyatuan sudah pasti akan berlaku apabila semua rakyat Malaysia pergi ke sekolah yang sama kerana tiada lagi jurang perbezaan antara pelbagai kaum.
"Masa rehat dan sekolah habis boleh bersama-sama. Bayangkan rakyat Malaysia boleh hidup begitu. Keadaan inilah yang tidak ada masa kini," katanya.
Beliau berkata, berdasarkan Perlembagaan Persekutuan juga, kewujudan SJK merupakan satu bentuk diskriminasi kerana memberikan keutamaan kepada kaum tertentu sahaja, namun tidak memperoleh kelebihan kepada komuniti lain.
"SJK Cina dan India antara lain mengajar bahasa Cina dan Tamil. Sementara kerajaan tidak mewujudkan sekolah kebangsaan untuk kaum-kaum lain. Bagaimana pula dengan bumiputera Sabah dan Sarawak yang mempunyai pelbagai keturunan?," soal beliau.
Oleh kerana itu, Mohd. Noor menegaskan adalah penting sekolah satu aliran iaitu sekolah kebangsaan yang menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa penyatuan diwujudkan di negara .
Wednesday, June 19, 2013
Tubuh lagi Suruhjaya Siasatan serlahkan kerajaan DAP mahu politikkan tragedi runtuhan @dzainalabidin
Keputusan kerajaan DAP menubuhkan Suruhanjaya Siasatan P.Pinang hari ini jelas menunjukkan mereka mahu terus mempolitikkan tragedi menara runtuh ini walaupun sudah dijelaskan ia disebabkan faktor bencana alam .
Kerajaan DAP ternyata tidak mengendahkan laporan siasatan oleh Polis yang telah selesai hari ini sebaliknya terus memainkan sentimen politik hingga sanggup menubuhkan suruhanjaya sendiri .
senyuman Guan Eng ketika berdepan Zahid satupembohongan ..DAP tetap mahu campur aduk politik dalam isu bencana alam
Niat DAP mudah dibaca adalah untuk menuduh tragedi menara runtuh ini berpunca daripada UMNO secara langsung . Ini kerana bila laporan siasatan mereka ini siap , ia akan didedahkan sepenuhnya kepada rakyat .
GPB yakin laporan berkenaan akan menyalahkan sepenuhnya UMNO seperti yang dimahukan DAP .
Wajarkan barisan kepimpinan UMNO sekarang yang dipimpin Dato Zainal dan Timbalanya Datuk Musa Sheikh Fadzir dipersalahkan disebabkan runtuhan menara ini ??
Seperti yang dikatakan Dato Zainal , persoalan berhubungan bangunan ini termasuk pembinaan & namanya perlu diutarakan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim berikutan ia disiap dibina ketika ketua pembangkang itu menjadi Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri P.Pinang .
Mereka pemimpin sekarang hanya menjadi pewaris kepimpinan terdahulu malah tidak tahu mengapa bangunan ini dinamakan Menara UMNO . Patut kena tanya Anwar lah tentang Menara UMNO ini .
Kerajaan negeri bercadang menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Pulau Pinang bagi menyiasat kegagalan struktur sivil yang berlaku dalam dua kejadian runtuhan di negeri ini.
Ketua Menteri, Lim Guan Eng berkata, ia dicadangkan dalam mesyuarat exco semalam untuk menyiasat secara menyeluruh terhadap dua kejadian yang meragut nyawa orang awam itu.
Insiden runtuhan Jambatan Pulau Pinang mengorbankan satu nyawa manakala insiden di Menara Umno meragut nyawa dua orang awam.
Guan Eng berkata, penubuhan itu dibuat di bawah Seksyen 2 Akta Suruhanjaya Siasatan 1950 yang menetapkan tiga terma rujukan iaitu menyiasat punca kejadian itu berlaku, menyemak dan memastikan sama ada semua kelulusan dan kebenaran diperolehi dari jabatan berkenaan secara sah termasuk pengecualian yang diberikan, sekiranya ada.
“Selain itu, terma rujukan yang ketiga ialah menghukum pihak yang terlibat khususnya mana-mana jabatan atau pemilik bangunan jika terbukti ada kecuaian serta mencadangkan langkah perlu diambil bagi mengelakkan kejadian sama berulang sehingga berlaku kehilangan nyawa,” katanya kepada media, hari ini.
Menjawab soalan media sama ada siasatan oleh suruhanjaya itu bakal mengganggu siasatan dilakukan Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Dosh), Guan Eng berkata, perkara itu tidak timbul berikutan siasatan yang dilakukan pihaknya bersifat kebajikan awam di negeri ini.
“Siasatan kita tidak akan mengganggu siasatan yang sedang dijalankan (Dosh), mereka masih dengan siasatan mereka. Kita pun akan jalankan siasatan malah kita lebih bersifat terbuka kerana mementingkan persepsi masyarakat. Bukan senang nak kembalikan keyakinan rakyat setelah apa yang berlaku.
“Sebab itu, keputusan siasatan akan diumumkan kepada awam supaya mereka tahu apa sebenarnya berlaku sementara Dosh menjalankan siasatan dalaman dan hasil siasatannya tidak diumumkan kepada rakyat,” katanya.
Menurutnya, suruhanjaya itu dijalankan secara profesional dan bebas bagi mencari kebenaran untuk keadilan kepada keluarga mangsa.
Terdahulu, Guan Eng meminta sebuah klip video yang diambil dari rakaman sistem kamera litar tertutup (cctv)di Jalan Macalister ditayangkan untuk tontonan keluarga mangsa dan media.
Keluarga mangsa dilihat tidak dapat menahan kesedihan apabila klip video berdurasi 14 saat itu diulang tayang beberapa kali dan turut meminta salinannya untuk simpanan.
Terdahulu, seorang maut manakala sembilan lagi cedera dalam kejadian angin kencang yang melanda 21 kawasan di negeri ini.
Warga India, Jahir Sulaiman, 46, maut apabila lori yang dibawa rakan sekerjanya dihempap penebat kilat dan mengakibatkan kepalanya cedera parah manakala pemandu lori itu cedera ringan. Jahir meninggal dunia sebaik dibawa ke Hospital Pulau Pinang (HPP) untuk menerima rawatan.
Bagaimanapun, orang ramai Sabtu lalu gempar apabila pekerja pembersihan menjumpai serpihan kereta yang dipercayai jenis Honda City berwarna gelap yang terbenam di bawah konkrit yang terhempas ke jalan raya yang membentuk kawah kesan terjatuhnya penebat kilat dari Menara Umno.
Polis mengesahkan nombor casis pada serpihan kereta yang dijumpai sama dengan laporan yang dibuat isteri mangsa.
Isterinya mendakwa suaminya, seorang penjual nasi, Lim Chin Aik, 44, hilang sejak kejadian itu berlaku ketika keluar rumah untuk mengambil anaknya pulang dari sekolah
Friday, June 14, 2013
NGO MELAYU MENGAMUK , DESAK TANGKAP CALVIN GANI !
- Tiga pertubuhan bukan kerajaan (NGO) hari ini menghantar memorandum kepada Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar mendesak supaya tindakan tegas diambil terhadap individu yang menghina Nabi Muhammad SAW dan agama Islam, Calvin Gani baru-baru ini.
Tiga NGO tersebut adalah Angkatan Perpaduan Islam Sejagat Malaysia (API), Pertubuhan Kebajikan Dakwah Islamiah (Pekida) serta Permuafakatan Majlis Ayahanda-ayahanda Malaysia (Permas) menyerahkan memorandum itu kepada wakil Ibu Pejabat Polis Bukit Aman kira-kira pukul 3 petang ini.
Pengerusi API, Datuk Seri Aziz Nani berkata, memorandum tersebut antara lain menggesa Kementerian Dalam Negeri dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak lagi berlengah dan segera bertindak terhadap pihak yang cuba menimbulkan provokasi di dalam negara.
"Kenyataan yang dibuat Calvin Gani di laman sosial itu amat sensitif dan seolah-olah suatu rancangan menimbulkan suasana tegang di dalam masyarakat.
"Oleh kerana terdapat beberapa undang-undang yang secara sah diperuntukkan di dalam Perlembagaan Persekutuan, kami minta supaya individu terbabit segera ditangkap," katanya kepada pemberita. - UTUSAN ONLINE
Blogger macai Pakatan patut tanya Anwar mengapa ia dinamakan Menara UMNO !!
GPB nak tergelak bila baca blog pencacai tegar Guan Eng iaitu Anak Sungai Derhaka yang persoal mengapa bangunan milik JKP itu dinamakan Menara UMNO .
Sepatutnya dia kena tanya Anwar Ibrahim la mengapa bangunan ini dinamakan Menara UMNO sebab ketika tahun 1997 beliau menjadi Pengerusi Badan Perhubungan UMNO P.Pinang merangkap Timb Presiden UMNO .
UMNO P.Pinang hanya menyewa bangunan berkenaan di tingkat 6 & 7 dan tak timbul isu pun salahguna harta benda kerajaan seperti difitnah blogger macai ASD .
Nak fitnah tu jangan la sampai nampak BODOH !
GEORGE TOWN: Pemilik bangunan Menara Umno, JKP Sdn Bhd (JKP) akan mengalihkan sisa rasuk yang masih tergantung di bangunan itu hari ini bagi membolehkan kerja pembersihan jalan di kawasan bangunan itu.
Lewat petang semalam, sebuah penebat kilat sepanjang 20 meter yang terletak di atas bangunan menara itu di Jalan Macalister di sini runtuh akibat angin kencang mengakibatkan jalan rosak selain menghempap beberapa kenderaan. gambar dan video sila lihat di SINI
Ketua Pegawai Eksekutif JKP Adzmi Ariffin berkata pihaknya telah menyewa sebuah kren untuk tujuan itu dan meminta semua pihak bersabar sehingga kerja-kerja mengalih rasuk itu selesai.
Adzmi berkata bangunan 21 tingkat itu yang siap dibina pada 1997 dan dibeli daripada Amanah Capital Bhd pada 2005 itu kukuh kerana kerja penyelenggaraan dilakukan secara berkala dan menyifatkan insiden runtuhan itu sebagai bencana alam.
Bangunan itu yang menempatkan pejabat, syarikat dan kolej swasta dijadual beroperasi seperti biasa pada Isnin ini kerana bahagian yang terjejas hanyalah penebat kilat itu sahaja, katanya kepada pemberita ketika ditemui di lokasi kejadian ~ BERNAMA
Wednesday, June 12, 2013
HOT ! PENASIHAT PM AKAN DISINGKIRKAN SEBELUM PEMILIHAN UMNO !!
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkemungkinan akan menggugurkan kesemua pembantu politiknya atas prestasi mereka yang kurang memberangsangkan.
Menurut laporan The Malaysian Insider hari ini, kesemua dari mereka digugurkan daripada jawatan masing-masing kerana dikatakan ‘meletakkan kepentingan diri melebihi Perdana Menteri’.
Memetik dari kenyataan dari ‘sumber’, portal itu melaporkan bahawa langkah tersebut dibuat menjelang pemilihan Umno tahun ini. Sebelum ini, pembantu-pembantu politik PM itu telah mendapat kritikan dalam blog-blog pro Barisan Nasional (BN) kerana tewas dalam pilihan raya umum ke-13 pada 5 Mei lalu meskipun di negeri yang telah ditawan semula BN.
Antara yang disenaraikan sebagai pembantu politik yang bakal digugurkan termasuk Datuk Latt Shariman Abdullah, Datuk Shahlan Ismail, Datuk Mohd Shafei Abdullah, Datuk Mohamad Fatmi Che Salleh dan Datuk Mohamed Suffian Awang. Menurut portal itu lagi, kelima-lima mereka dilihat sebagai strategis bilik perang pilihan raya Najib dan mempunyai peluang mengembalikan kemenangan majoriti dua pertiga kepada BN.
Terdahulu, Tun Daim Zainuddin, dalam satu wawancara akhbar berbahasa Cina, China Press, membidas penasihat-penasihat PM yang menjadi salah satu faktor BN kalah teruk di dalam PRU-13. Tun Daim dalam kenyataan beliau telah mendesak Najib Razak memecat penasihat-penasihat tersebut.
Katanya BN kalah dalam pilihan raya 5 Mei kerana kesilapan strategi digunakan oleh penasihat Perdana Menteri serta pergaduhan dalaman parti.
“Betul, anda perlu tanya BN. Tetapi pada pandangan saya, ia adalah strategi salah. Seperti yang saya katakan sebelum ini, ini adalah pilihan raya Parlimen dan bukannya pilihan raya presiden,” tambah bekas menteri itu. - ASTRO AWANI -
Komen GPB
Elok dibuang je puak-puak ni ..kita perlu penasihat2 politik yang baru untuk PM bagi hadapi PRU14. Ambil yang individu yang betul-betul nak membantu PM . Blogger No 1 Pro BN seperti Dr MIM pun boleh jadi penasihat untuk PM ..
Tuesday, June 11, 2013
Lagu NEGARAKU dihina mahasiswa bangsat Pakatan !!
Bukit Aman mengesan tindakan melampau pemilik akaun Facebook dikenali sebagai Mohd Farizal dipercayai menyiarkan kata-kata penghinaan terhadap lagu kebangsaan negara, Negaraku.
Mohd Farizal dipercayai graduan Universiti Malaysia Terengganu (UMT) menyiarkan lirik lagu kebangsaan yang diubah suai menggunakan perkataan lucah, menghina dan berbaur hasutan terhadap Raja dan keadaan negara ini. “
Mohd Farizal dipercayai graduan Universiti Malaysia Terengganu (UMT) menyiarkan lirik lagu kebangsaan yang diubah suai menggunakan perkataan lucah, menghina dan berbaur hasutan terhadap Raja dan keadaan negara ini.
Kesan identiti sebenar BH difahamkan, pihak berkuasa sedang menjalankan siasatan untuk mengesan identiti sebenar pemilik akaun terbabit. Tulisan Mohd Farizal itu disiarkan semalam mendapat maklum balas negatif dan dikecam pengunjung laman berkenaan.
Akhbar pada Ahad lalu melaporkan, seorang pemegang akaun Facebook, menggunakan nama ‘Programmer Calvin Gani’ yang membuat penghinaan melampau terhadap Nabi Muhammad SAW.
Kelmarin, Kementerian Komunikasi dan Multimedia mengenal pasti dan menyerahkan siasatan terhadap dua individu yang menghina Nabi Muhammad SAW melalui Facebook.
Cetus kemarahan Dua akaun Facebook yang menggunakan nama Calvin Gani dan Rakyat Anarki mencetuskan kemarahan umat Islam di negara ini apabila memaparkan kenyataan menghina Nabi.
Minggu lalu, seorang wanita pemilik akaun Facebook berusia 32 tahun ditahan mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan selepas didapati menghina Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah pada 1 Jun lalu.
Sunday, June 9, 2013
Pampasan JKSB bernilai RM10 ribu untuk keluarga mangsa memalukan @NajibRazak
-RM10 ribu sahaja nilai pampasan permulaan dibayar untuk permulaan oleh JKSB kepada keluarga mangsa runtuhan kemalangan jambatan kedua P.Pinang
- Lebih menyedihkan , mangsa yang sebangsa dengan GPB ini meninggalkan seorang balu dan anak yang masih lagi kecil.
- Nilai projek mega ini bernilai RM4 Billion dan syarikat konsesi JKSB telah faraid kan kepada syarikat terpilih .
- Apakah adil pampasan bernilai RM10 ribu permulaan kepada keluarga mangsa berbanding kos projek mega ini yang bernilai berbillion ringgit ?
- GPB berpendapat ini bukan nilai yang sepatutnya diberikan kepada keluarga mangsa walaupun ia pampasan permulaan .
-JKSB harus ingat syarikat ini milik Kementerian Kewangan . Setiap keputusan anda adalah membawa imej kerajaan dan PM .
- Kalau rakyat terutama orang Melayu di sekitar kawasan berkenaan marah kepada kerajaan disebabkan kerana nilai RM10 ribu JKSB ini..
Jangan sampai GPB melabel JKSB cuba nak sabotaj sokongan rakyat terhadap PM .
Saturday, June 8, 2013
2 orang Cina hina YDP Agong dah kecut , serah diri kepada polis
Dua daripada empat individu yang dikehendaki kerana didakwa menghina Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah di laman Facebook baru-baru ini tampil menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi di sini petang ini.
Dua individu tersebut ialah seorang lelaki, Shuh Chien Loo, 30, dan seorang wanita, Hun Keat Wong, 33, yang hadir ke balai tersebut bersama peguam masing-masing kira-kira pukul 3 petang.
Polis turut mengesan seorang lagi yang dicari itu berada di luar negara dan akan diambil keterangan sebaik sahaja individu tersebut pulang ke tanah air manakala seorang lagi diminta tampil menyerah diri.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar dalam satu sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman mengingatkan semua pengguna media sosial supaya berhati-hati dalam mengeluarkan sebarang kenyataan dan tidak menggunakan hak kebebasan bersuara untuk menghina institusi diraja.
"Polis akan terus memantau dan tidak akan bertolak-ansur lagi sekiranya ada pihak yang sengaja menggunakan bahasa-bahasa biadab dan menghina terhadap institusi diraja dan pimpinan negara.
"Kita akan menggunakan semua undang-undang sedia ada dan terbaharu seorang lagi dikesan melakukan perbuatan yang sama diminta menyerah diri untuk membantu siasatan," katanya tanpa menyatakan identiti individu terlibat.
Difahamkan, individu terbaharu itu merupakan seorang blogger yang memuat naik komen menghina Yang di-Pertuan Agong di dalam Twitternya baru-baru ini.
Sementara itu, kedua-dua pemilik akaun yang tampil menyerahkan diri hari ini turut diambil keterangan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) di IPD berkenaan.
Akhbar semalam melaporkan polis meminta empat pemilik akaun Facebook iaitu Weennee Tan, Chien Loo, Keat Wong dan Carol Tay menyerah diri untuk membantu siasatan kerana memuat naik komen yang didakwa mempunyai unsur menghina Yang di-Pertuan Agong.
Pada Selasa lalu, pemilik akaun Facebook yang menggunakan nama Melissa Gooi telah ditahan di Taman Nirwana, Ampang, dan disiasat mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 dan Seksyen 233, Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 selepas mengeluarkan kenyataan menghina Yang di-Pertuan Agong.
Bagaimanapun, individu itu telah dibebaskan dengan jaminan polis selepas keterangannya diambil.
Friday, June 7, 2013
Pemilihan parti pun menipu , Guan Eng tak perlu menyibuk tentang BN - Tunku Aziz
Tindakan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berterusan menuduh UMNO sebagai parti perkauman dilihat melucukan kerana DAP sendiri terbukti mengamalkan gaya politik cauvinis melampau sehingga meresahkan orang Melayu di negara ini.
Bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim berkata, Guan Eng perlu bertanya kepada diri sendiri berhubung sumbangan partinya dalam menjamin keharmonian rakyat pelbagai kaum seperti yang berjaya dilakukan Barisan Nasional (BN) sejak lima dekad lalu.
"DAP dakwa mereka memperjuangkan politik berbilang kaum tetapi itu cakap-cakap kosong dan retorik semata-mata, kalau kita tengok parti ini, bukan parti untuk kaum selain Cina. Tanyalah ahli-ahli parti yang telah keluar dari DAP, orang Cina pun kata parti itu sangat perkauman.
"Meskipun UMNO mewakili masyarakat Melayu, Cina diwakili MCA manakala India MIC, penyatuan menerusi BN berkesan sebagai satu ramuan yang dapat menyatukan hati seluruh rakyat Malaysia, tidak seperti DAP dan pembangkang lain," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Beliau mengulas kenyataan Guan Eng melalui artikel yang disiarkan di laman webnya diwww.limguaneng.com baru-baru ini.
Artikel itu menyebut keengganan UMNO menjadi parti tunggal yang inklusif atau berbilang kaum menunjukkan parti tersebut berterusan mahu memecah-belahkan rakyat negara ini mengikut kaum demi memelihara kekuasaan mereka.
Semalam, Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata, tuduhan Guan Eng itu dilihat bertujuan menutup imej sebenar DAP.
Mengulas lanjut, Tunku Aziz menegaskan, Guan Eng tidak perlu runsing terhadap UMNO atau BN sama ada ingin menjadi parti tunggal atau sebaliknya, tetapi perlu menumpukan kepada masalah dalaman DAP yang kian memuncak.
Beliau berkata, Setiausaha Agung DAP itu seharusnya memberi perhatian kepada pemilihan Jawatankuasa Kerja Pusat (CEC) dan bantahan ahli parti cauvinis itu terhadap kepimpinannya.
"Guan Eng tidak mempunyai kelayakan mengeluarkan sebarang pendapat berhubung parti lain kerana masalah dalaman DAP pun dia tidak mampu menyelesaikan, jadi kenapa dia tuding jari," katanya.
Dalam pada itu, bekas Pengerusi DAP Cawangan Sungai Pelek, Tan Tuan Tat berkata, memang menjadi tabiat bagi Ahli Parlimen Bagan itu untuk memulakan sesuatu isu dan bertindak 'lepas tangan' apabila perkara tersebut mendatangkan kontroversi terhadap karier politiknya.
Sambil merujuk kepada isu penggunaan kalimah Allah katanya, Guan Eng tiba-tiba 'lesap' daripada perhatian umum setelah isu tersebut menjadi polemik yang serius dalam kalangan umat Islam.
"Dalam hal parti tunggal ini, saya menghormati pendirian UMNO yang sentiasa terbuka untuk menganjurkan perbincangan berbanding DAP apabila sentiasa dipimpin Guan Eng dalam segala urusan membuat keputusan,"
DAP parti yang memecahkan perpaduan kaum di Malaysia - Tun M
- Perpecahan kaum yang semakin serius kini adalah disebabkan sikap DAP yang menolak 'semangat perkongsian' antara kaum khususnya melibatkan Melayu, Cina dan India, kata Tun Dr. Mahathir Mohamad.
Menurut bekas Perdana Menteri, hal itu kerana DAP mahukan orang Cina yang telah mendominasi ekonomi, menunjukkan penguasaan seterusnya iaitu dalam bidang politik di negara ini.
Malah jelasnya, perkara itu dikuatkan lagi menerusi keputusan Pilihan Raya Umum Ke-13 apabila DAP memainkan sentimen perkauman untuk menarik sokongan pengundi Cina daripada Barisan Nasional (BN) dengan menggambarkan MCA sebagai 'pak turut' UMNO.
"Walaupun DAP mendakwa sebuah parti pelbagai kaum, secara faktanya ia adalah parti orang Cina dengan anggota dan pemimpin utamanya adalah orang Cina. Apabila mereka mengadakan pemilihan Jawatankuasa Kerja Pusat (CEC) baru-baru ini, selain Karpal Singh, semua anggota yang dipilih adalah orang Cina.
"Kebencian terhadap orang Melayu telah dimulakan melalui slogan Malaysian Malaysia dengan gambaran bahawa orang bukan Melayu telah didiskriminasi atau dianggap rakyat kelas kedua," katanya seperti dipetik dalam blognya,http://chedet.cc hari ini.
Dr. Mahathir memberitahu, penyokong meritokrasi dan puak ekstremis Cina dalam DAP turut mendakwa kerajaan BN telah melakukan diskriminasi dengan mengutamakan orang Melayu dalam banyak perkara.
"Untuk itu setiap kali polisi kerajaan seperti Dasar Ekonomi Baharu (DEB) dipertahankan, orang yang mempertahankannya sama ada dalam kerajaan atau pertubuhan bukan kerajaan (NGO) akan dilabel sebagai rasis," ujarnya.
Jelas beliau, jika lebih banyak bukti diperlukan mengenai peranan puak rasis Cina dalam pilihan raya umum lalu, demonstrasi menuduh BN menipu ketika pilihan raya walaupun dianjurkan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim serta Parti Keadilan Rakyat (PKR), kebanyakannya dihadiri oleh orang Cina terutama golongan muda kaum itu.
"Sama ada di dalam mahupun di luar negara, golongan muda Cina memakai baju hitam. Kurangnya rasa hormat terhadap bendera Malaysia ditunjukkan belia Cina di Taiwan dengan menterbalikkan bendera.
"Protes-protes ini kelihatan bersifat urusan orang Cina manakala Pas dilihat seakan tidak menyokong," tegasnya.
Katanya, pakatan pembangkang bukanlah satu bentuk gabungan sebenar tetapi hanyalah 'pakatan pilihan raya' untuk menentang BN.
"Pakatan itu jelas memberi untung kepada cauvinis Cina dalam DAP sementara Pas, parti yang mempunyai paling ramai Melayu dalam pakatan pembangkang mendapat untung yang kecil," tambahnya.
Thursday, June 6, 2013
HOT ! LAGI SEEKOR RED BEAN ARMY HINA KUASA YDP AGONG !!
Monday, June 3, 2013
HOT ! SIAPA ANWAR UNTUK PERTIKAI TITAH YDP Agong ??
Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini berkata, titah yang di-Pertuan Agong yang menggesa rakyat di negara ini menerima keputusan Pilihan Raya 2013 disediakan Jabatan Perdana Menteri (JPM), dan Pakatan Rakyat (PR) jelasnya bersedia menerangkan pendirian mereka berhubung protes menolak keputusan pilihan raya 5 Mei lalu.
Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah menitahkan pada Sabtu, semua pihak, tanpa mengira kaum dan kepercayaan, menyokong usaha Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk membaik pulih semula persefahaman kebangsaan.
“Kita tahu sistem Perlembagaan di negara ini, ucapan Yang di-Pertuan Agong dibuat Jabatan Perdana Menteri, kemudian disahkan oleh perdana menteri, seterusnya dihantar oleh Pejabat Perdana Menteri untuk pertimbangan Agong,” kata Anwar (gambar) kepada pemberita ketika sidang media di Ibu Pejabat PKR di sini.
Menurut Anwar lagi, PR juga bersedia menulis warkah bagi menjelaskan tindakan mereka kepada Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah serta menerangkan penipuan dan kecurangan yang berlaku dalam Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
“Kalau perlu kita boleh tulis warkah kepada Yang di-Pertuan Agong, menerangkan kecurangan dan keterlaluan dalam sikap SPR, serta kemuki bukti penipuan yang nyata.
“Kami menghargai kenyataan oleh Agong, namun ucapan itu disiapkan kerajaan,” katanya.
Dalam titahnya, Seri Paduka mahu agar prinsip-prinsip seperti demokrasi berparlimen yang sihat dan matang, Raja Berpelembagaan sebagai teras kestabilan nasional, menghormati falsafah Persekutuan, meraikan kepelbagaian, menjunjung keluhuran Perlembagaan dan memuliakan kedaulatan undang-undang dijadikan teras panduan kepada proses itu.
KOMEN GPB
Anwar sendiri cakap ucapan itu dibuat JPM dan dihantar untik pertimbangan YDP Agong ... jadi kalau Tuanku dah perkenan selepas membaca ucapan ini ..
Jadi siapa Anwar untuk pertikai titah YDP Agong ? Atau dia mahu jadi penderhaka ?
Pemuda Umno desak SKMM bertindak cepat terhadap individu hina YDP Agong @khairykj
Pergerakan Pemuda Umno mahu Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bertindak cepat dan tegas terhadap individu yang menghina Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah menerusi laman sosial Facebook.
Ketuanya Khairy Jamaluddin berkata perbuatan menyalahgunakan kebebasan untuk menulis dalam media sosial itu tidak boleh dikompromi dan tindakan perlu dikenakan kerana ia melampaui batas.
"Pemuda Umno memandang serius beberapa 'posting' yang telah dibuat dalam media sosial terutama dalam Facebook. Yang terkini adalah 'posting' dalam Facebook iaitu kenyataan-kenyataan yang menghina kedudukan Yang di-Pertuan Agong.
"Walaupun saya selaku Ketua Pemuda Umno menyokong kebebasan bersuara tetapi ada batasnya dan sikap bertanggungjawab," katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan ke Kompleks Belia dan Sukan Negeri Johor, Larkin, di sini, hari ini.
Khairy yang juga Menteri Belia dan Sukan berkata pihaknya sudah cuba mendidik dan berhubung dengan pengamal media sosial sejak dahulu lagi, namun, masih terdapat di kalangan mereka yang tetap berdegil dengan terus mengeluarkan kenyataan tidak bertanggungjawab.
Beliau berkata keamanan negara dapat dikekalkan sekiranya undang-undang sedia ada di bawah SKMM dapat dikuatkuasakan tanpa rasa takut.
"Kita (Pemuda Umno) sudah melakukan banyak cara untuk mendidik mereka, cuba berhubung tetapi apabila mereka masih lagi degil dan keluarkan kenyataan yang jelas berbaur hasutan, maka SKMM mesti bertindak," katanya. - Bernam
TERKINI ! 6 LAPORAN POLIS TERHADAP WANITA CINA HINA YDP AGONG
Polis Kuala Lumpur menerima enam laporan berkaitan tindakan seorang pemilik akaun Facebook yang didakwa menghina Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah. Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur SAC Datuk Amar Singh Ishar Singh berkata semua laporan itu dibuat di Balai Polis Dang wangi oleh individu yang mewakili enam pertubuhan bukan kerajaan (NGO).
"Wakil-wakil NGO ini telah membaca laman Facebook atas akaun nama seorang wanita yang telah mengeluarkan komen menghina Yang di-Pertuan Agong dan berkecenderungan menghasut," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau berkata kes disiasat mengikut Seksyen 4 (1) (b) Akta Hasutan 1948. Sehubungan itu Amar Singh menasihatkan orang ramai agar menghormati undang-undang negara demi memelihara keharmonian sejagat dan berkata polis tidak akan teragak-agak mengambil tindakan sewajarnya ke atas mana-mana pihak yang cuba mengganggu-gugat keselamatan negara.