Pages

Saturday, June 8, 2013

2 orang Cina hina YDP Agong dah kecut , serah diri kepada polis




Dua daripada empat individu yang dikehendaki kerana didakwa menghina Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah di laman Facebook baru-baru ini tampil menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi di sini petang ini.


Dua individu tersebut ialah seorang lelaki, Shuh Chien Loo, 30, dan seorang wanita, Hun Keat Wong, 33, yang hadir ke balai tersebut bersama peguam masing-masing kira-kira pukul 3 petang.


Polis turut mengesan seorang lagi yang dicari itu berada di luar negara dan akan diambil keterangan sebaik sahaja individu tersebut pulang ke tanah air manakala seorang lagi diminta tampil menyerah diri.


Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar dalam satu sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman mengingatkan semua pengguna media sosial supaya berhati-hati dalam mengeluarkan sebarang kenyataan dan tidak menggunakan hak kebebasan bersuara untuk menghina institusi diraja.


"Polis akan terus memantau dan tidak akan bertolak-ansur lagi sekiranya ada pihak yang sengaja menggunakan bahasa-bahasa biadab dan menghina terhadap institusi diraja dan pimpinan negara.


"Kita akan menggunakan semua undang-undang sedia ada dan terbaharu seorang lagi dikesan melakukan perbuatan yang sama diminta menyerah diri untuk membantu siasatan," katanya tanpa menyatakan identiti individu terlibat.


Difahamkan, individu terbaharu itu merupakan seorang blogger yang memuat naik komen menghina Yang di-Pertuan Agong di dalam Twitternya baru-baru ini.
Sementara itu, kedua-dua pemilik akaun yang tampil menyerahkan diri hari ini turut diambil keterangan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) di IPD berkenaan.


Akhbar semalam melaporkan polis meminta empat pemilik akaun Facebook iaitu Weennee Tan, Chien Loo, Keat Wong dan Carol Tay menyerah diri untuk membantu siasatan kerana memuat naik komen yang didakwa mempunyai unsur menghina Yang di-Pertuan Agong.


Pada Selasa lalu, pemilik akaun Facebook yang menggunakan nama Melissa Gooi telah ditahan di Taman Nirwana, Ampang, dan disiasat mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 dan Seksyen 233, Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 selepas mengeluarkan kenyataan menghina Yang di-Pertuan Agong.


Bagaimanapun, individu itu telah dibebaskan dengan jaminan polis selepas keterangannya diambil.

5 comments:

  1. Dah dibebaskan, terus bebas?
    Jangan kes terus senyap aja, kasi ajar banyak2 dengan orang macam ini, tak sedar diuntung.

    ReplyDelete
  2. Malaysia namapak lemah, Penjenayah boleh keluar negara apa bila selepaskan lakukan jenayah, jika singapura, Tak bayar kompaun Buang puntong Rokok semasa nak keluar singapore kat imigresen kita telah di tahan, Tengok bertapa canggihnya sistem meka, itu bawa kes kecil , kat sini buatvapa pun noleh terbang kemana mana, sebab itu sistem malaysia yg memalukan

    ReplyDelete
  3. KENA AMBIK TINDAKAN LA..JGN LEPAS MCM TU JE..KALAU TAKDE TINDAKAN,BANGSAT2 TU AKAN BUAT LG..DIORANG TAK TAKUT SBB TAKDE TINDAKAN TEGAS..

    ReplyDelete
  4. namapaknya golongon elit & atasan umno gagal menjalankan tanggungjawab nya kepada agama bangsa dan negara... walaupun org melayu telah mengundi untuk umno, tapi mereka masih tidak mampu membawa agenda bumiputera.. inilah sokongan yang membawa rebah..

    lebih baik najib beri laluan kepada orang yang lebih bertanggungjawab untuk agenda memperkasakan melayu bumiputera....

    jika umno penah melawan penjajah british dahulu , mengapa kita perlu tunduk kepada pemimpin atasan yang takut kehilangan pangkat dan sokongan.. kerana mereka kita akan hilang segala gala nya... lebih baik rebah satu dari rebah semuanya...

    ketua polis negara yang baru lebih bijak dalam menjalankan tanggungjawab nya berbanding pemimpin atasan umno yang lain..

    ReplyDelete
  5. Tak lama senyap begitu saja la..
    Kalau setakat hina agng apa saja bagi mereka.
    Hina agama islam pun boleh bebas sebebasnya setakat hina agong, apa sangat la bro.
    Undang2 hanya memperbodohkan orang melayu saja.
    Pemimpin melayu makan taik BABI!
    PM berambus kau dari mewakili Melayu.
    Bagi dgn orang lain.
    Kau cakap lain buat lain.
    Arwah bapa kau di kenang hingga akhir hayat.
    Kau akan di kutuk hingga akhir hayat kalau berterusan begini.
    Makin hari makin benci aku dgn kau.

    ReplyDelete