Pages

Monday, May 20, 2013

Saksi dedah Air Asia menipu bahawa ada doktor periksa bayi !!





Dalam usaha untuk buat damage control, syarikat penerbangan tambah murah Air Asia mengatakan kejadian ibu dan anak dihalang dari menaiki penerbangan berikutan "doktor lapangan terbang bertugas yang mengisytiharkan bayi tersebut tidak sihat untuk terbang."
Bagaimanapun, wartawan TV3 Mazidul Akmar Sidik yang merupakan saksi mata kejadian tersebut berkata bayi malang 14 bulang itu hanya diperiksa oleh wanita warga Vietnam yang berpakaian seperti jururawat dan tidak boleh berbahasa Inggeris.
Menurut Mazidul, doktor perubatan berbangsa Melayu, berkebetulan penumpang penerbangan sama, memperkenalkan diri  dan memaklumkanground staff Air Asia, melalui pengamatan beliau,  Maryam  selamat untuk  diterbangkan. 
"Namun, kenyataan doktor itu  tidak diambil kira. Doktor terbabit TIDAK bertugas di lapangan terbang,  beliau berstatus  pelancong di negara asing itu, cuma cuba ingin membantu menyelesaikan  masalah timbul,"
"Melalui pengamatan saya dan keluarga Izan,  TIADA  doktor   Vietnam  membuat  pemeriksaan terhadap  Maryam  di sekitar pintu 18   lapangan terbang. Hanya jururawat  ditugaskan  mengambil bacaan suhu badan Maryam.  Ditanya oleh ahli keluarga Maryam mengenai bacaan  suhu badan bayi berusia 14 bulan terbabit,  jururawat  warga asing  itu hanya membisu.
"Jika benar status kesihatan Maryam  membahayakan penumpang lain,  bagaimanakah  bayi  itu   DIBENARKAN  oleh ground satff  Air Asia di LCCT  untuk menaiki pesawat ke Vietnam  pada 15  Mei tetapi  kemudian  dinafikan penerbangan empat hari kemudian oleh ground staff di Ho Chi Minh?"
Kisah ibu dan bayi malang yang terdampar di lapangan terbang Ho Cin Min itu menarik perhatian warga Malaysia berikutan tindakan 'lepas tangan' Air Asia.
Ramai yang setuju mengenai ikut undang-undang bayi tersebut dan ibunya tak boleh naik pesawat, tapi mereka mempersoalkan prosedur yang digunakan oleh Air Asia.
Mengapa bayi tersebut boleh menaiki pesawat dari Malaysia ke Vietnam tetapi tidak boleh balik semula ke Malaysia dan perlu tunggu lima hari?
Juga mengapa keluarga malang tersebut hanya ditinggalkan di stesen teksi lapangan terbang dengan hanya ungkapan 'sorry'.
Ikut tinjauan Agendadaily di media sosial, ramai bersungut mengenai kurangnya sikap kemanusian dikalangan staf penerbangan murah itu.
Air Asia selepas dikritik hebat di media sosial mengeluarkan satu kenyataan di facebook menyebut, tindakan itu bagi mengurangkan risiko jangkitan kepada penumpang lain.
“AirAsia mengikuti piawaian kesihatan global di mana para tetamu yang menghidapi demam campak hanya dibenarkan menaiki pesawat sekurang-kurangnya selepas 5 hari dari tarikh mula muncul ruam ditubuh. Ini perlu disokong oleh sijil perubatan atau surat pengesahan layak untuk terbang dari doktor bertauliah.
“Mengikut garis panduan yang ditetapkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), untuk mengurangkan risiko jangkitan; penumpang yang tidak sihat, terutamanya jika mereka demam, harus menangguhkan perjalanan mereka sehingga mereka sembuh. Penumpang dengan penyakit berjangkit aktif tidak dibenarkan menggunakan pengangkutan udara,”.
AirAsia bagaimanapun dalam kenyataannya menegaskan bahawa tetamu tersebut tidak dibenarkan menaiki pesawat disebabkan demam campak.
“Hal ini telah disahkan oleh doktor lapangan terbang bertugas yang mengisytiharkan bayi tersebut tidak sihat untuk terbang.
“Seterusnya, AirAsia telah membuat persediaan untuk menerbangkan kembali ibu, bayi serta 2 orang dewasa secara percuma, setelah bayi itu diisytiharkan boleh menaiki pesawat oleh doktor,” jelas kenyataan tersebut.
Untuk rekod, ibu malang serta bayi tersebut telah selamat tiba di Malaysia dengan penerbangan MAS petang Ahad.
Staff MAS telah pergi ke hotel dan membawa ibu serta anak tersebut ke hospital bagi pemeriksaan perubatan.
Hasilnya satu sijil perubatan telah dikeluarkan dan demam campak yang dihidapi oleh bayi tersebut disahkan tidak lagi berjangkit.
Berikutan itu, dengan kerjasama Tourism Malaysia, MAS dan pihak kedutaan, ibu dan bayi malang tersebut berjaya dibawa pulang tanpa sebarang masalah.-20/5/2013
UNTUK MEMBACA KRONOLOGI KEJADIAN DAN GAMBAR-GAMBAR MENARIK LAYARI BLOGBERSAMA MAZIDUL

Sumber : agenda daily

3 comments:

  1. The truth... AIR ASIA is SUCKS...

    ReplyDelete
  2. jika benar status kesihatan Maryam membahayakan penumpang lain, bagaimanakah bayi itu DIBENARKAN oleh ground satff Air Asia di LCCT untuk menaiki pesawat ke Vietnam pada 15 Mei tetapi kemudian dinafikan penerbangan empat hari kemudian oleh ground staff di Ho Chi Minh?"

    inilah soalan yang aku tanyakan pada kawan-kawan yang biasa naik kapal terbang. dorang pon tak paham macamana boleh jadi macam ni. kalau ikut tony dia kata airasia vietnam 'follow the book'. jadi airasia LCCT tak 'follow the book' la ye tak

    ReplyDelete