Pages

Wednesday, May 29, 2013

Kalau pemimpin tak sedaq lagi peranan media sosial , terimalah padahnya di PRU14 @najibrazak




Kita semua  telah ketahui bahawa kejayaan pembangkang mengekalkan 3 buah negeri & menafikan 2/3 majoriti Parlimen yang di target BN  adalah kerana peranan Media Sosial mereka .

Serangan propaganda fitnah  mereka ala Hitler  terhadap kerajaan  terutama SPR oleh Red Bean Army memang  tersusun rapi.  Di pihak kerajaan pulak  masih lagi bergantung kepada cara konvensional iaitu menggunakan semaksimum mungkin penyebaran maklumat di media arus perdana  semasa waktu kempen pilihanraya lepas. 

Media sosial ??  Ya .. BN ada  juga menggunakan jentera cybertrooper nya  sedia ada di blog & facebook untuk menangkis serangan pembangkang  tetapi masih lagi banyak  perkara perlu diperbaiki . Malah  masih lagi ada calon/ pemimpin BN sendiri  tidak mengiktiraf peranan media sosial ini dalam kempennya .

Masih lagi belum terlambat untuk kerajaan yang diketuai Perdana Menteri  DS Najib Tun Razak untuk mengatasi  segala masalah  ini .

 Ini kerana kita masih lagi menjadi pilihan rakyat untuk mengetuai kerajaan dan gunakanlah kuasa yang ada ini  bagi mempersiapkan parti menghadapi PRU14 . 

Ingatlah barisan Pak Menteri semua   ! 

 Jentera2 media sosial pro BN ini lah aset sebenar kerajaan ..... 

Jangan harap la  kakitangan kerajaan di setiap jabatan nak menjawab segala fitnah pembangkang ini. Contohnya  isu GST yang dimainkan di media sosial  pembangkang kononnya telah diperkenalkan kerajaan selepas PRU13  , ada ke orang dari   MOF jawab di media arus perdana atau sosial ??  

Tak kan nak suruh blogger jalanan & facebooker cari kawan  nak jawab fakta ini semua ? Siapa yang ada bekerja & makan gaji  dengan kerajaan sekarang ?





*** Pecat lah segala penasihat2  memberi nasihat salah kepada kerajaan ketika PRU13 ..





1) Sudah pun diiktiraf peranannya sebagai saluran perdana oleh Institut Kajian Oksidental, UKM.

2) Bakal menjadi medium propaganda utama dalam PRU14.

3) Malangnya, perwira dalam media sosial masih lagi dipandang sebagai kumpulan sampingan oleh pihak yang menang dalam PRU13.

4) Pihak yang menang perlu memperkemaskan semula jentera dan langkah jangka panjang untuk bertempur dengan Red Bean Army dalam PRU14.

5) Kemenangan PRU14 akan ditentukan oleh media sosial. Kini jumlah pengundi muda adalah 42%, bayangkan jumlah itu sudah menjadi 70% (campuran generasi muda sekarang) pada PRU14. Sudah tentu medium persepsi dan propaganda utama adalah media sosial.

6) Usah pandang rendah dan main main dengan media sosial. Kuasanya sudah menjatuhkan kerajaan di beberapa buah negara. Berilah perhatian serius. Jagalah veteran perang media sosial PRU13. Mereka aset berguna bagi BN dalam PRU14.

7) Usah menyesal selepas segalanya berakhir pada PRU14 nanti.

Penulis agak terkilan dengan nasib blogger-blogger jalanan yang Pro UMNO/BN di Selangor yang 'berperang' siang dan malam dalam PRU ke-13 yang lepas dalam membantu jentera UMNO/BN, namun sangat menyedihkan kerana mereka dilayan macam PENGEMIS?

Kebajikan mereka langsung tidak dipedulikan oleh pemimpin tertinggi UMNO/BN Selangor? Renong-renongkan lah untuk persiapan PRU ke-14 nanti! Adakah mereka (blogger) ini akan 'letak senjata'atau berpaling tadah? Wallahuallam.
sumber

No comments:

Post a Comment