Akhbar The Star tidak lagi dapat menyembunyikan kecenderungannya kepada pihak yang disokongnya sekalipun terpaksa memijak fraternity kewartawanan (persahabatan kewartawanan) apabila secara terang-terangan menyalahkan hanya Utusan Malaysia sebagai perkauman kerana tajuknya Apa lagi Cina Mahu?
Dengan meletakkan keratan akhbar Utusan Malaysia di atas rencananya tanpa menyebutkan dalam tulisannya bertajuk Win Them Over, Dont Blame Them di akhbar itu 8 Mei, Ketua Pengarangnya, Datuk Seri Wong Chun Wai jelas menuju kritikannya kepada Utusan Malaysia.
Lebih jelas lagi apabila beliau menyebutkan - “Tidak perlu mesej yang mengugut dan laporan yang berbau perkauman menerusi pentas media sosial atau tradisi. Ia bukan sesuatu yang sihat bagi negara apabila akhbar aliran perdana Bahasa Malaysia condong kepada perkauman dalam edisinya semalam."
SinChew Rasis |
Wong tidak bersikap adil dan seimbang sebaliknya bias dan prejudis kerana beliau tidak menunjuk kepada akhbar-akhbar Cina yang telah sekian lama menyiarkan rencana berita dan sebagainya yang bertentangan dengan dasar-dasar Perlembagaan Malaysia malah bersifat menghasut sekian lama. (Jika Wong mahu keratannya boleh saya berikan).
Malah sewajarnya Wong mengambil perhatian berat apabila hal ini telah disebutkan oleh Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak sendiri yang bertanya bagaimana pula dengan akhbar Bahasa Cina? Sebagai Ketua Pengarang bagi sebuah akhbar Inggeris yang dibaca oleh semua kaum, Wong sewajarnya berfikiran nasional dan tidak terkongkong oleh kecenderungan kepada rasismenya
Apa yang dilakukan oleh Wong adalah tidak beretika kerana mengkritik sebuah akhbar lain yang tidak sama dasar dengannya sedangkan Utusan Malaysia dalam penyiaran-penyiaran berita atau rencana mengenai perasaan marah pembaca terhadap berita dan rencana yang tersiar The Star mengenai perkara-pekara yang menyentuh perasaan mereka, tidak pernah menyebutkan namanya tetapi sebaliknya hanya menyebutkan sebuah akhbar Inggeris.
Sebaliknya, The Star yang begitu cenderung kepada pembangkang sebelum tsunami 2008, sering menyebutkan Utusan Malaysia bila dikritik oleh masyarakat Cina. (Jika Wong mahu saya boleh berikan).
Perlu disebutkan buku 13 Mei yang ditulis oleh seorang pensyarah, bekas anggota DAP diperkenal oleh The Star dengan mulanya menyiarkan suatu berita berasaskan SMS mengatakan buku itu diharamkan dan kemudiannya bertanya dengan Kementerian Dalam Negeri sama ada benar atau tidak. Penafian mengenainya dibesarkan dengan tujuan untuk mempromosikan buku ini yang berpunca dari berita rekaan SMS.
Bagaimanapun setelah Presiden MCA, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek mengambil tanggungjawab pengawasan terhadap The Star selepas tsunami 2008 akhbar ini nampak agak terkawal walaupun bebas.
Kebijaksanaan The Star dalam menyembunyikan tangannya untuk membela akhbar akhbar-akhbar Cina tidak dapat dinafikan.
Umpamanya apabila Perdana Menteri memberikan gambaran dalam satu sidang akhbar kelmarin bahawa tidak sahaja Utusan Malaysia yang salah tetapi juga akhbar Cina, The Star menyiarkan kenyataan Lim Kit Siang DAP to back move to charge Chinese papers playing racial sentimen.
Perlu disebutkan di dalam sidang akhbar kelmarin Datuk Seri Najib apabila diasak dengan pertanyaan bertubi-tubi oleh seorang wartawan mengenai laporan muka depan akhbar Utusan Malaysia" Apa Lagi orang Cina mahu? telah menjawab - “Awak salahkan Utusan, bagaimana pula akhbar berbahasa Cina. Adakah anda kata sesetengah orang memperkatakan benda yang betul setiap masa."
Para wartawan bertepuk mengiakan kata-kata Perdana Menteri. Kenapakah ini tidak difikirkan dan dipertimbangkan oleh Wong ketika menulis rencana untuk mewaraskan hukumannya terhadap Utusan Malaysia. Apakah beliau tidak rasis dalam memberikan hukuman ini?
Sehari sebelum rencana mengkritik Utusan Malaysia itu disiarkan Wong meneriakkan rencananya dengan tajuk Dont ignore the Chinese voice? Apakah selama ini kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib tidak mempedulikan suara orang Cina? Tajuk rencana ini lebih memberi kesan mendalam daripada isinya.
Tajuk ini memperkuatkan lagi anggapan serong orang Cina terhadap kerajaan. Apakah The Star tidak menjeritkan sesuatu yang menyakitkan hati orang Melayu? Apakah lagi suara Orang Cina yang tidak dengar oleh Kerajaan. Malaysian Malaysia?
TAN SRI ZAINUDIN MAIDIN ialah Karyawan Tamu Institut Pemikiran Tun Dr. Mahathir, Universiti Utara Malaysia.
China banyak malu la sekarang. China ingat diorang pandai. China ingat dia tak boleh kena tipu. Tokong dia bolela dia tipu...
ReplyDeleteBCL!!!!BCL!!!!!BCL!!!!!
ABC!!!!ABC!!!!!ABC!!!!!
Terima kasih kerana telah UBAH
Usah Beri Anwar Harapan
Banyak yang tak kenal dengan siWong yang kuat sifat racist nya. Dia lebih memihak kepada pembangkang dari BN. Itulah yang bestnya dengan cina racist ni,kalau melayu cakap pasal cina - melayu racist tapi kalau cina cakap pasal melayu itu dikira demokrasi. Teruskan sokongan anda dengan melangan akbar The Star
ReplyDeleteboikot The Star
ReplyDelete