Dua pemilik blog, Papa Gomo dan King Jason ditahan polis pada Selasa kerana menyiarkan entri blog yang didakwa mengapi-apikan sentimen perkauman dan menyebarkan penipuan.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Datuk Syed Ismail Syed Azizan berkata, kedua-dua suspek ditahan pada Selasa.
"Kami tidak akan berehat sehingga mereka yang menyebarkan penipuan dan menyiarkan mesej berbaur perkauman ditahan...kami percaya lebih ramai akan ditahan dalam tempoh terdekat," katanya pada sidang media di Bukit Perdana.
Menurut Syed Ismail, kedua-dua suspek akan direman pada Rabu.
Beliau berkata, Papa Gomo, 33, ditahan di sebuah stesen minyak dekat Danau Kota manakala King Jason, 38, di Kampung Jawa, Klang.
Sementara itu, polis turut menyiarkan tweet bahawa satu laporan polis telah diterima berhubung laporan dalam akhbar Utusan Malaysia yang mengandungi elemen hasutan.
Beliau berkata, kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 4(1)(C) Akta Hasutan 1948.
Lebih kurang sehari sebelum pilihanraya ada EMEL yang tersebar macam api membara mendakwa KERAJAAN MEMBAWA BERBONDONG BONDONG PENERBANGAN dgn orang BANGLA/MYANMAR ke tah apa utk menumpaskan Pakatan Rakyat.. berderau darah menerima emel tu.. ini jelas nyata hasutan yang PALSU. Bagaimana orang tak boleh kata TIADA pengundi yang telah tertipu dengan teknik LICIK DAN KOTOR INI?
ReplyDeletePOLIS kena tangkap jugak penyebar emel tu. Lain kali nanti pembangkang buat lagi. Dengan teknologi IT canggih sekarang, guna smartphone, emel melompat terus dalam semua kocek pengundi. So, bila POLIS nak tangkap penghasut yang seumpama ini?