Pages

Tuesday, April 9, 2013

PKR fitnah Kor Risik ATM dalang serang program PR @Zahid_Hamidi #tolakPR




PKR hari ini menuduh  Kor Risik Angkatan Tentera Malaysia (ATM) diarah melatih anggota Pemuda Umno dan orang awam yang bukan ahli Umno sabotaj dan mengganggu program Pakatan Rakyat (PR).

Dalam kenyataan segera, Pemuda Umno menafikan dakwaan tersebut.

Ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR, Datuk Johari Abdul mendakwa, beberapa hari lalu beliau telah dihubungi oleh seorang lelaki yang mendakwa sebagai salah seorang orang awam yang dilatih untuk membuat huru-hara menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 terutamanya di kawasan Wilayah Persekutuan dan Lembah Klang.

Wakil rakyat Sungai Petani ini berkata, latihan tersebut turut membabitkan pemantauan terhadap kegiatan PR secara berterusan.

"Dua kumpulan yang didakwa telah dilatih oleh Kor Risik ialah Kumpulan Batas dan Warisan Malaya.

"Kini ahli kumpulan ini bertaburan di seluruh negara dan telah bersiap sedia untuk melalkukan huru-hara," dakwanya pada sidang media di ibu pejabat PKR, di sini, hari ini.

Johari , PKR menggesa Pengarah Kor Risik ATM tampil membuat penjelasan terhadap dakwaan itu.

Katanya, "... adakah benar Kor Risik mempunyai program melatih kumpulan-kumpulan tertentu bagi melakukan kerja-kerja sabotaj terhadap PR dan ahli-ahli kumpulan ini akan melakukan huru-hara jika BN serta Umno tumbang pada PRU13.

1 comment:

  1. 1. Esuk kita akan tanya Datuk Johari Abdul kenapa Sabah suruh Tian Chua balik.
    2. Lusa kita suruh Johari bawa pembaris ukur punai Anwar dan Azmin, sebab Hadi Awang ingin pengesahan sama ada foto/video Azmin dan Anwar betul atau tidak.
    3. Tulat kita suruh dia tanya Karpal kenapa bising-bising dalam parlimen pada 22 Oktober 1997, sewaktu Ahli Perlimen Jelutong mendedahkan perlakuan seks luar tabi'e Anwar dan dialah yang mendesak Kerajaan supaya membuat siasatan tuduhan liwat terhadap Anwar.
    4. Selepas tulat, kita minta Johari tidur seorang diri pada 26 Jun 2013 antara 3 petang hingga 4.30 petang di Unit 11-5-1 Desa Damansara Kondominium, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, bagi meraikan ulangtahun ke5 kejadian Liwat Agong Bangsa Melayu Abad ini. Ada tetamu istimewa akan muncul dengan membawa roti panjang French.

    ReplyDelete