Tahniah kepada UMNO Kepala Batas yang menjawab segala penipuan kerajaan Dap yang giat menyebarkan propaganda mereka di Dun Pinang Tunggal .
Ia diketuai sendiri oleh ADUN Pinang Tunggal, Datuk Roslan Saidin yang turun mejawab kempen kerajaan Dap untuk masuk ke kubu kuat Barisan Nasional (BN) dengan menyebarkan tuduhan dan maklumat yang salah bagi mengelirukan penduduk kawasan berkenaan.
Modus operandi Kerajaan Dap sekarang dilihat menyebarkan maklumat tidak tepat dengan memasang 'billboard' menyatakan mereka telah laksanakan pelbagai pembangunan termasuk meningkatkan peruntukan bagi perbelanjaan untuk orang Islam di negeri ini, sedangkan semua itu dilaksanakan oleh BN, mereka cuba mengelirukan pengundi di Dun berkenaan.
Tindakan penduduk di Dun berkenaan membantah secara aman taktik kotor Dap seperti ini wajar dilakukan di tempat-tempat lain kerana jelas Pakatan menipu rakyat dengan fakta mengelirukan ini .
Untuk menjawab fakta mengelirukan ini , beberapa sepanduk turut diapasang di tempat strategik di Pinang Tunggal bagi memberi penjelasan berhubung perkara itu.
No comments:
Post a Comment