Pages

Sunday, March 17, 2013

Rakyat semakin hilang sabar dengan Tian Chua hina pasukan keselamatan #LahaDatu




Kemarahan orang ramai berhubung kenyataan biadap pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR), Tian Chua yang mempersendakan tragedi berdarah di Lahad Datu, dan memperkecilkan pengorbanan pasukan keselamatan terus memuncak.

Beratus-ratus penduduk di Kampung Jerong Surau dan beberapa kampung lain di sekitarnya keluar malam ini bagi turut menunjukkan reaksi mereka dengan membakar patungnya selain menyatakan kesal dengan sikap pemimpin pembangkang yang lain kerana cuba mempolitikkan isu itu, malah mempertahankan Tian Chua.

 Sejurus sebelum himpunan aman mengecam naib presiden parti itu diadakan, Tabung Pahlawan Wira Lahad Datu dilancarkan yang memberi peluang kepada penduduk setempat menghulur derma untuk keluarga anggota keselamatan yang terbunuh. Yang turut hadir pada majlis pelancaran itu, Pengerusi Pemantau Badan Perhubungan UMNO Negeri, Datuk Muda Mamat; Ahli Jawatankuasa Wanita UMNO bahagian, Rosni Ngah dan Pengerusi Peti Undi Jerong Surau, Nasir Mamat.

 Menurut Nasir, Tian Chua dan mereka yang mempersendakan anggota pasukan keselamatan yang berjuang mempertahankan maruah bangsa dan negara tidak boleh dilepaskan begitu sahaja kerana sesiapa yang rasional boleh menilai betapa biadapnya kenyataan seumpama itu. Katanya, sudah wujud gejala sedemikian dalam masyarakat di negara ini yang dipengaruhi oleh pemikiran mereka yang ghairah untuk berkuasa.

 "Kita tahu dalam keadaan kritikal begini ada anggota polis terkorban, tapi kita sangat dukacita masih ada yang sanggup menjadikannya modal untuk bangkitkan kebencian kepada kerajaan.

 "Apabila sampai tahap anggota keselamatan kita terkorban ketika mempertahankan negara, ada pula dianggap sandiwara, kami rasa ini tuduhan yang sangat berat," katanya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment