Pages

Monday, March 11, 2013

OPS DAULAT akhirnya berjaya tawan kubu pengganas Kg Tanduo ! #LahadDatu



Alhamdulillah akhirnya pihak musuh telah berjaya dihalau oleh pihak keselamatan kita di Kg Tanduo . Ini bermakna kubu kuat pengganas telah berjaya ditawan dalam masa seminggu OPS Daulat .

Pelbagai cabaran dan halangan ditempuhi pasukan keselamatan kita bukan hanya berdepan musuh durjana tetapi penghinaan & pertikaian  rakyat sendiri terutama macai-macai pembangkang .

Malah ada NGO2 pro pembangkang yang bertuhankan hak asasi   menyatakan tentera kita perlu   letak senjata ekoran desakan ketua pengganas Jamalul Kiram III agar  tidak ramai lagi  dipihak kita & pengganas yang terkorban dalam krisis Lahad Datu .

Tetapi kerajaan yang berdaulat Malaysia   tetap tegas dan tidak lagi mahu berkompromi lagi dengan pengganas2 ini semua.

 Itu yang dinamakan OPS DAULAT yang membawa maksud negara yang diceroboh pengganas ini adalah sebuah negara BERDAULAT yang ada RAJA .





LAHAD DATU: Selepas seminggu Operasi Daulat, polis hari ini mengumumkan Kampung Tanduo, kawasan pendaratan penceroboh militan sebulan lepas, kini bersih daripada kumpulan itu. 

 Pasukan keselamatan kini memberi tumpuan untuk membanteras penceroboh militan di kawasan Kampung Tanjung Batu dan Sungai Bilis.

 Semalam seorang penceroboh ditembak mati di Kampung Tanjung Batu menjadikan jumlah pengganas militan yang mati setakat ini ialah 54 orang manakala 97 ditahan kerana disyaki terbabit dengan pengganas militan, kata Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib. 

 Pasukan keselamatan turut menahan 122 orang kerana berada dalam zon larangan Operasi Daulat. Pada 8 Mac pasukan keselamatan melancarkan gerakan ofensif terhadap kumpulan penceroboh militan itu yang diikuti dengan operasi susulan dan penggeledahan bagi memburu mereka. 

 Bercakap pada sidang akhbar bersama Panglima Satu Divisyen Infantri Tentera Darat Mej Jen Datuk Ahmad Zaki Mokhtar di sini, Hamza berkata 22 mayat pengganas militan telah dibawa keluar dan dihantar ke hospital untuk bedah siasat. Hamza turut membenarkan wartawan mengambil gambar mayat-mayat pengganas militan itu bagi menepis dakwaan pihak tertentu yang mempersoalkan jumlah pengganas yang terbunuh. 

 Ditanya mengenai laporan akhbar berbahasa Inggeris hari ini bahawa Azzimuddie Kiram yang mengetuai pencerobohan itu, berjaya melarikan diri dalam operasi pasukan keselamatan di Semporna, Hamza dengan tegas menolak dakwaan berkenaan.

 "Kalau saya tahu dia di Semporna sudah lama saya tangkap," katanya. Beliau turut menafikan laporan bahawa pasukan keselamatan menggunakan kekerasan terhadap masyarakat pendatang dari Sulu. 

 "Saya nafikan sekeras-kerasnya. Sehingga kini tiada laporan polis diterima mengenai keganasan yang dilakukan pihak keselamatan," katanya. Beliau berkata kejadian semalam yang menyebabkan seorang lelaki cedera dan seorang remaja lelaki maut berlaku hampir dengan rumah yang menjadi sasaran pasukan keselamatan.

 "Orang kampung biasa semuanya telah dipindahkan," katanya. Sejak krisis pencerobohan lapan anggota polis terkorban dalam serangan pengganas iaitu dua di Kampung Tanduo pada 1 Mac dan enam di Semporna pada 2 Mac. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment