Tak wajar rasanya blog2 macai PR menuduh Nik Aziz dimasukkan ke hospital disebabkan terkena ilmu hitam/makhluk halus dengan menuduh Rosmah .Usianya yang sudah lebih 80 tahun pastinya akan datang pelbagai penyakit.
GPB doakan beliau cepat sembuh.
BILA laman ini menyeru semua pemimpin Pakatan Rakyat mengambil serius kemungkinan wujud gangguan puaka berikutan beberapa kematian misteri individu tertentu yang rapat dengan Pakatan Rakyat, kami dipersenda dan diperkecilkan kerana kononnya terlalu percaya dengan tahyul dan perkara-perkara karut.
Antara kematian misteri tersebut ialah membabitkan mendiang P Subramaniam dan peguam DCNS, Olivier Metzner.
Sekarang bila Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat sendiri dimasukkan ke hospital secara mengejut kerana sakit perut dan masalah lain, barulah laman ini melihat ada tindakan untuk memastikan penyakit tersebut bukan disebabkan oleh gangguan dari puaka yang sedang mengganas.
Puaka yang dimaksudkan sudah tentulah jenis puaka yang dibela oleh isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansur yang sedang hebat diperkatakan sekarang ini.
Memanglah kalau diikutkan logik, pada umur 82 tahun sekarang, Nik Aziz akan selalu uzur dan sakit-sakit, itu kita faham, tapi jenis yang datang mendadak seperti ini, sudah pasti disebabkan oleh faktor luaran. Kalau masalah jantung tu kita boleh terima lagi, tapi ini masalah dalam perut.
Apatah lagi kita tahu, ada juga pemimpin politik yang hampir sebaya Nik Aziz (tapi kurang berilmu dan disayangi Tuhan) seperti bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir dan bekas Perdana Menteri Singapura, Lee Kuan Yew yang masih hidup sehingga kini.
Mereka berdua ini kelihatan cergas, segar dan masih mampu ke sana ke mari berceramah, merasmikan buku dan sebagainya, kenapa Nik Aziz yang lebih muda selalu uzur? Ini tidak boleh diterima logik sama sekali.
Kami tidak boleh menerima langsung penjelasan bahawa kemasukan Nik Aziz ke hospital kali ini adalah disebabkan oleh faktor semula jadi.
Mesti ada masalah gangguan makhluk halus.
Lagipun Nik Aziz sudah diumumkan akan kekal bertanding dan menjadi Menteri Besar Kelantan kalau Pakatan Rakyat kekal menerajui Kelantan selepas pilihanraya umum ke-13 nanti dan dengan itu, kebarangkalian beliau diganggu puaka yang dihantar Rosmah ini tidak boleh diketepikan sama sekali.
Dalam masa yang sama, rakyat Malaysia di seluruh negara wajib mengadakan upacara sembahyang hajat bagi mendoakan kesihatan dan keselamatan Nik Aziz. - Suara Pakatan Rakyat
Semoga nik aziz sehat
ReplyDeleteSemoga nik aziz sehat
ReplyDeleteKita sama-sama mendoakan agar beliau segera sembuh. Ameen
ReplyDelete