Pages

Sunday, February 24, 2013

TERKINI ! Penceroboh tentera Sulu akan berdepan tindakan polis malam ini ??




TEMPOH 48 jam yang diberikan Pasukan Keselamtan Negara bagi penceroboh untuk meninggalkan Kg Tanduo Lahad Datu akan berakhir tengah malam ini.

Penceroboh yang mendarat di Kg Tanduo malam Selasa lalu yang diketuai oleh adik kepada Sultan Jamalul Kiram III Rajah Muda Azzimudie Kiram sepatutnya telah keluar daripada kampung Tanduo pada jumaat, namun atas permintaan Menteri Luar Filipina Albert Del Rasario meminta kerajaan Malaysia melanjutkan tempoh pengusiran kumpulan penceroboh berkenaan.

Satu perkara yang membimbangkan berbagai pihak, bahawa jikalau penceroboh itu enggan juga bersetuju menginggalkan perkampungan di mana mereka berkampung, maka satu pertumpahan darah akan berlaku, walaupun pendekatan pasukan keselamatan negara mahukan penyelesaian kejadian itu berakhir dengan aman, tanpa berlakunya keadaan yang mengorbankan nyawa.






Difahamkan, laporan daripada lokasi, pasukan keselamatan negara telah bersiap sedia, hanya menunggu arahan akhir sebelum bertindak menghalau penceroboh itu.

Sementara itu, laporan daripada Manila mengatakan bahawa Sultan Jamlalul Kiram mendakwa tiada sebab penceroboh itu untuk meninggalkan Lahad Datu, keadaan ini yang membimbangkan kerajaan Filipina kerana usaha mereka memujuk pewaris Sultan Sulu itu, nampaknya mengalami kegaggalan.

Kini, tindakan mengusir penceroboh itu terletak di tangan Pasukan Keselamatan Negara, apa kah akan terus mengadakan rundingan atau mengambil tindakan ketenteraan.

Sama-sama kita tunggu kesudahannya selepas tengah malam ini. KLIK DI SINI



imbas kembali kenyataan RPK ..pemimpin tentera
 SULU dijemput Pakatan ke Sabah ..


5 comments:

  1. Semoga berbunuhan sesama Islam ini tidak terjadi, kalau jadi jugak, maka bertepuk tanganlah puak puak kafir

    ReplyDelete
  2. Saya tidak hairan jika ada pihak tertentu yang menjemput pihak tentera kesultanan sulu masuk ke Sabah. jika berlaku pertumpahan darah ini lah modal yang akan di mainkan agar rakyat Malaysia yang asal usul dari Filipina akan menentang kerajaan dan menyokong Pakatan Rakyat dan kita tahu 4 orang pengawal keselamatan pemimpin Pakatan rakyat dari Filipina.

    ReplyDelete
  3. ini cara terakhir c penyandiwara PKR coz dia tahu habis kerusinya ke sapu Umno myb parlimentnya sekali. Wal asal balik asal, apa pun terjadi di Lahad datu Umno kena tahu yg rakyat sdh senag hati dgn Umno dan BN kerana JANJI SUDAH DI TEPATI... sama2 kita pertahankan Sabah,Malaysia bumi bertuah ini. PDRM dan ATM kena tahu rakayat sabah sekali berjuang asal nama bumi kita di pijak bukan moral shja tetapi klu di benarkan angkat senjata pun kami rela...lepas kejadian ini untuk pengajaranya Kerajaan dan rakyat sabah sama2 kita hantar pulang terus org Philipina g negaranya dan buat kawalan 24jam dgn bntuan radar di sekitar Malaysia-philipina. Ini kalilah kau...

    ReplyDelete
  4. Seperti yang dirancang mungkin mereka akan buat huru hara ketika PRU13.

    Waktu itu pembangkang yang jelas akan kalah pasti akan gunakan keadaan kacau bilau sebagai modal untuk campur tangan luar.

    Tektik ini dah selalu sangat digunakan oleh pembangkang.

    Macam cerita pengundi hantu.

    ReplyDelete
  5. endak urus dgn politik

    ReplyDelete