BUKIT MERTAJAM - Kira-kira 150 penumpang
terkandas apabila kepala kereta api Ekspres Sinaran Utara yang dalam perjalanan ke Kuala Lumpur terbakar berdekatan Kampung Baru di sini hari ini.
Dalam kejadian kira-kira jam 2.30 petang itu, kebakaran berlaku di bahagian enjin kereta api yang menarik sembilan gerabak berlepas dari stesen Butterworth pada jam 2 petang.
Difahamkan, tidak ada sebarang kecederaan yang dilaporkan setakat ini.
Difahamkan, tidak ada sebarang kecederaan yang dilaporkan setakat ini.
Pegawai Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Bukit Mertajam, Rejab Ahmad dipetik Bernama berkata, berkata pihaknya menerima panggilan pada 2.25 petang dan sebuah jentera bersama enam anggota tiba di tempat kejadian lima minit kemudian.
"Ketika pihak bomba sampai, kelihatan kepulan asap tebal di bahagian hadapan yang menempatkan enjin kereta api dan kita berjaya mengawal api pada 2.47 petang sebelum ia dipadamkan sepenuhnya 36 minit kemudian," katanya.
Pemeriksaan awal mendapati kebakaran itu dipercayai bermula di bahagian enjin kereta api yang disebabkan kebocoran tangki diesel.
"Bagaimanapun, siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian. Tiada penumpang yang cedera dalam kejadian itu,"
katanya.
katanya.
Salah seorang penumpang, Tan Way Soon, 21, seorang pelajar berkata, kejadian itu menyebabkan dia terlepas makan besar bersama keluarganya di Tapah, Perak sempena Tahun Baharu Cina esok.
"Saya baru nak tidur dan tiba-tiba kereta api berhenti agak lama di pertengahan perjalanan sebelum dimaklumkan lokomotifnya terbakar dan kereta api tergelincir.
"Saya harap dapat segera balik ke Tapah kerana esok nak sambut Tahun Baru Cina dan kami sedang menunggu pihak pengurusan KTMB untuk mengendalikan jadual perjalanan supaya masing-masing dapat sampai ke destinasi dengan selamat," katanya.
Seorang lagi penumpang Fauzi Mohd Noor, 50, yang merupakan orang kurang upaya (OKU) berkata beliau mendengar bunyi geselan yang kuat dan jeritan orang ramai ketika kejadian berlaku.
"Isteri saya (Robiah Awang) beritahu yang dia ternampak asap tebal dan kami beramai-ramai turun menyelamatkan diri sejurus kereta api berhenti. Sejak naik kereta api saya memang sudah tidak sedap hati dan menjangkakan ada sesuatu yang kurang baik akan berlaku namun tidak terlintas di fikiran kejadian seumpama ini akan terjadi," katanya.
Sementara itu, Penyelaras Barisan Nasional Parlimen Bukit Mertajam Lau Chiek Tuan berkata, beliau sendiri menghubungi Menteri Pengangkutan Datuk Seri Kong Cho Ha bagi memaklumkan kejadian itu
bukan enjin keretapi la, enjin generator
ReplyDelete