Pages

Thursday, January 3, 2013

Terkini ! Majlis Fatwa haramkan Forum Amanat Hadi menerusi RTM !!




GPB menyambut baik tindakan Menteri KPKK , Datuk Seri Dr Rais Yatim yang membatalkan forum amanat Hadi selaras dengan kehendak Majlis Fatwa Kebangsaan.  Ini membuktikan ketegasan Majlis Fatwa dalam hal-hal berkaitan kepentingan & kemuliaan Islam .

Bayangkan forum ini diadakan , sudah semestinya berlaku pencanggahan pendapat dan sekaligus mengelirukan uamt Islam .


Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan memutuskan tidak akan melaksanakan cadangan untuk mengadakan forum bagi membincangkan Amanat Haji Hadi menerusi RTM. 

 Menterinya, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata, penyiaran amanat tersebut menyalahi fatwa yang dikeluarkan oleh Jawatankuasa Muzakarah, Majlis Fatwa Kebangsaan pada 24 Julai 2002. 

 Menurut beliau, berdasarkan fatwa itu, amanat yang disampaikan oleh Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang di Kampung Banggol Peradong, Terengganu pada 7 April 1981 adalah bercanggah dari segi ajaran Islam. Rais memberitahu, Jawatankuasa Muzakarah, Majlis Fatwa Kebangsaan turut memutuskan amanat itu bercanggah dengan kepentingan masyarakat Islam dan kemuliaan agama serta bercanggah dengan prinsip dakwah Islamiah.

 Jelasnya, fatwa berkenaan, menyebar, mengajar, mempelajari dan mengamalkan amanat tersebut selain menjual, mencetak, mengedar, membeli, atau memilikinya. 

 "Sehubungan itu, kementerian dan RTM khususnya adalah terikat dengan fatwa yang telah dibuat oleh Jawatankuasa Muzakarah, Majlis Fatwa Kebangsaan.

 "Kesimpulannya, forum berkenaan tidak dapat diadakan kecuali jika Hadi bersedia menarik balik amanatnya," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia. 

 Rais mengulas perkembangan terkini tentang penganjuran forum bagi memberi ruang kepada Hadi muncul di kaca televisyen secara langsung selama sejam bagi menerangkan keadaan sebenar berhubung amanatnya yang mengkafirkan ahli-ahli dan penyokong Umno. Menurut beliau, keputusan itu dibuat setelah mendapat pandangan daripada pelbagai pihak.

No comments:

Post a Comment