Pages

Wednesday, January 2, 2013

Tadika KEMAS berjaya tarik minat budak Cina ini bertudung !!




Saya tertarik untuk memakai tudung apabila melihat rakan yang bertudung kelihatan cantik, sopan serta tidak perlu mendandan rambut yang pasti mengambil masa lama,” kata Lee Jing Hwa, 7, yang mencuri tumpuan apabila memakai tudung ketika mendaftar sebagai pelajar tahun satu di Sekolah Kebangsaan Kampung Tengah, Manir, di sini, semalam.

Jing Hwa, satu-satunya pelajar berketurunan Cina di sekolah itu, hadir ke sekolah dengan berbaju kurung dan kelihatan tidak kekok memakai tudung seperti pelajar perempuan Islam.

Bapanya, Lee Chee Peng, 50, berkata, anak perempuannya itu mula memakai tudung sejak berusia lima tahun ketika belajar di Tadika Kemas berhampiran rumahnya di Taman Sri Manir.

Menurutnya, walaupun ada tadika Cina dekat rumahnya, dia memilih menghantar anaknya itu ke Tadika Kemas bagi membolehkannya bergaul dengan kanak-kanak Melayu.

“Saya mahu dia mengalami persekitaran berbeza dan bercampur dengan rakan dari bangsa lain memandangkan negara kita berbilang kaum.

“Guru di tadika tidak memaksanya memakai tudung, malah membenarkan dia memakai gaun, tetapi dia lebih suka pakai baju kurung dan bertudung kerana baginya nampak lebih comel,” katanya yang tidak kisah dengan penampilan anak kelima daripada enam beradik itu.


Menurutnya, semua anaknya belajar di sekolah kebangsaan supaya mereka menguasai bahasa kebangsaan menerusi pergaulan dengan rakan Melayu.

“Bagi mempelajari bahasa Cina, saya menghantar mereka ke kelas tambahan.

“Sebelum ini, ramai rakan termasuk keluarga mempertikaikan keputusan saya menghantar anak ke sekolah kebangsaan, tetapi akhirnya mereka faham dan kagum kerana semua anak saya termasuk Jing Hwa dapat bercakap bahasa Melayu dan Cina dengan baik,” katanya.


Komen GPB 

Terharu sungguh GPB bila membaca berita ini ... ini yang puak-puak chauvinis DAP cukup takut hantar anak mereka ke sekolah kebangsaan kerana bimbang takut anak mereka jadi Melayu .

Di P.Pinang ..Contohnya yang  tinggal di Penanti , mereka lebih rela hantar anak untuk  bersekolah di  pekan  Bukit  Mertajam yang majoriti budak Cina  walhal  sekolah kebangsaan  lebih dekat .

Memang GPB respect la bapa nya kerana lebih suka hantar anak perempuan ke tabika KEMAS  agar bercampur dengan anak Melayu .  Kesannya budak ini bila besar akan lebih faham budaya dan agama yang kawan-kawanya berketurunan Melayu .

Baru lah tak terjadi isu perkauman , menghina agama  di facebook seperti sekarang ..

*** Siapa kata tabika KEMAS tak terapkan  Islam ..budak Cina pun suka pakai tudung bila berlajar situ ..



No comments:

Post a Comment