Pages
▼
Wednesday, January 9, 2013
Polis P.Pinang guna K9 buru banduan lari ...
Operasi memburu tujuh tahanan yang melarikan diri selepas merampas van polis di Lebuhraya Lingkaran Luar Butterworth pada Isnin kini diperluas ke sempadan negeri Kedah. Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata pihaknya juga menambah bilangan anggota polis yang terlibat dengan usaha itu kepada 220 orang berbanding 120, Isnin.
Polis Pulau Pinang juga mendapatkan bantuan Pasukan Gerakan Am dan Unit Udara Bukit Aman bagi menjejaki tahanan terbabit, katanya kepada pemberita, di sini, Selasa. Menurut Abdul Rahim, bilangan anggota polis juga akan ditambah dari semasa ke semasa bagi melicinkan operasi.
Tujuh penjenayah berkenaan adalah antara sembilan tahanan yang meloloskan diri dengan merampas van polis yang dinaiki mereka ketika dalam perjalanan dari Penjara Pulau Pinang ke mahkamah di Butterworth, pukul 9 pagi Isnin.
Kumpulan tahanan itu juga bertindak memukul empat polis pengiring sebelum menolak mereka keluar dari van tersebut. Dua tahanan berjaya diberkas semula berhampiran van itu yang ditinggalkan di Kampung Padang Chempedak, kira-kira 20 kilometer dari tempat kejadian. - BERNAMA
No comments:
Post a Comment