Pages

Friday, January 18, 2013

Hot ! Penjelasan TMJ mengenai kehadiran anggota komando di stadium !!



Anggota tentera yang kelihatan di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Baharu ketika perlawanan bola sepak antara Johor Darul Takzim dan Kelantan dua hari lepas merupakan anggota komando Rejimen 21 Grup Gerak Khas Angkatan Tentera Malaysia (ATM). Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim menafikan mereka yang lengkap bersenjata itu merupakan anggota tentera daripada pasukan Timbalan Setia Negeri Johor (TSN).

 "Mereka (anggota Gerak Khas) berada di stadium kerana menerima arahan yang menyatakan Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar akan mencemar duli menyaksikan perlawanan itu," titah baginda pada sidang media di kediaman baginda di sini hari ini.

 Baginda bertitah kehadiran anggota Gerak Khas itu merupakan persediaan keselamatan sekiranya Sultan Johor, yang juga Kolonel Komandan GGK menyaksikan perlawanan terbabit.

 Tunku Ismail yang juga Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Johor bertitah kehadiran anggota Gerak Khas itu merupakan prosedur biasa yang telah ditetapkan dan tidak perlu dijadikan isu oleh mana-mana pihak.

 "Kita boleh tanya kepada para pegawai mereka (Grup Gerak Khas), mereka ditugaskan bersedia untuk kehadiran Sultan Johor," titah baginda.



 Media hari ini melaporkan ketidakpuasan hati penyokong pasukan Kelantan berikutan kehadiran anggota tentera lengkap bersenjata yang disangka daripada TSN pada perlawanan antara kedua-dua pasukan dua hari lepas.

 Sementara itu, Tunku Ismail juga melahirkan kekecewaan terhadap Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) yang tidak melakukan persediaan bagi mengawal keselamatan penyokong Johor yang hadir di stadium semasa perlawanan itu.

 Tindakan Kafa tidak meletakkan Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) bagi mengawal keselamatan penyokong Johor sepanjang mereka berada di stadium adalah amat dikesali, titah baginda. Tunku Ismail bertitah pihak baginda menerima banyak aduan penyokong Johor dibaling batu dan botol oleh penyokong fanatik Kelantan. "

Selain itu para pemain dan penyokong Johor terpaksa menyelinap keluar melalui pintu lain selepas lampu limpah dipadamkan dan diiringi Polis Diraja Malaysia sejauh 20 kilometer meninggalkan stadium," titah Tunku Ismail. - Bernama


** Dah nama pun pasukan termahal & elit bola sepak Malaysia ..mesti la kawalan kena elit juga ..itu pun TRW tak faham-faham lagi ..hahaha

8 comments:

  1. Xyah nak poyolah dan belit citerlah. Saksi ramai malam tu weh, no plat kete askar mlm tu 'JMF' dan sejak bile plk ATM pakai no tu. Setau aku kepala 'Z' jer

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ni lah dia masalah nya...bila dah di beri penerangan.korang x nak terima.knp...?sbb kebenaran tu pahit dan lg pahit menidakkan kata2 dan tanggapan serong

      Delete
  2. Tengok celoreng laaa.... JMF punya celoreng bukan macam tu laaaa

    ReplyDelete
  3. suka hatilah nk guna JMF utk berkawal bkn korang yg byar gaji

    ReplyDelete
  4. suka hatilah nk guna JMF utk berkawal bkn korang yg byar gaji

    ReplyDelete
  5. sultan johor je yang ade tentera sendiri,,,sultan negeri lain xde,,aku taw la aku org johor

    ReplyDelete
  6. Salam semua, kemelut bolasepak 1Msia banyak menjurus kepada kemusnahan bukan kejayaan..sudahlah FAM tidak mengikut kaedah FIFA dalam mengurus Liga Malaysia, pasukan negeri terutama yang ditadbir oleh orang politik dan orang istana pula menunjukkan taring masing-masing utk jadi juara.Inilah yang dikatakan jaguh kampung....Negara yang satu masa dulu kena titik dengan Malaysia sekarang jauh maju ke hadapan kerana mereka mengguna kaedah FIFA membangunkan sukan bolasepak manakala 1Msia masih mengamalkan sistem Feudal, kuasa politik, tidak objektif dan tidak prefessional, alahai 1Msia ku

    ReplyDelete
  7. sultan johor terpaksa guna askar upahan sebab mereka takde telo.

    ReplyDelete