Pages

Friday, January 25, 2013

Hot! Baru je bertunang, Liyana Jasmay dah boleh bikin aksi peluk ??

KURANG dua minggu saja lagi, pelakon berbakat besar, Liyana Jasmay, 24, menanti detik bahagia bergelar isteri.

Memilih ahli perniagaan, Fathuddin Mazlan, 28, sebagai pasangan hidup, pelantun lagu Cinta Bersatu, ini bakal disatukan pada 2 Februari depan.

Namun, dalam keterujaan itu, pasangan ini dihimpit kontroversi menjelang hari pernikahan tidak lama lagi.

Menerusi gambar pra perkahwinan yang dirakam di Hyatt Regency Kuantan Resort, Isnin lalu, ia mengundang kontroversi apabila ramai pihak mula mengkritik tindakan pelakon dan penyanyi ini.

Gambar yang menampilkan babak romantik itu turut merakamkan aksi mesra mereka dan sekali gus mengundang rasa tidak puas hati ramai pihak kerana ianya dilihat bertentangan dengan nilai dan budaya masyarakat kita.

Zass cuba mendapatkan penjelasan daripada tuan badan, akhirnya, ibu Liyana, Datin Habsah Simpon, mengeluarkan rasa terkilan berikutan tindakan pihak tidak bertanggungjawab itu.

"Saya dan keluarga kesal dengan apa yang berlaku. Perkara sebegini sepatutnya tidak berlaku ketika ini memandangkan majlis bakal berlangsung tidak lama lagi,

"Gambar itu sepatutnya tidak boleh dipaparkan kepada umum kerana perkara ini telah dijanjikan sejak awal lagi. Ia hanyalah untuk simpanan peribadi sahaja.

"Kami kesal dengan tindakan jurugambar berkenaan. Namun, tidak perlu diperkatakan lagi kerana ianya telah berlaku dan kami akui kesilapan itu," katanya dengan nada kesal.-sinar harian-

Komen GPB

Sepatutnya tak boleh dibuat pun aksi ini  walaupun gambar yang diambil  ini hanya untuk  simpanan peribadi. ingat kalau dah dapat lesen bertunang dah boleh peluk ke ?

Published with Blogger-droid v2.0.10

No comments:

Post a Comment