Pages

Sunday, December 2, 2012

Perwakilan bangga jika anak mereka seperti Ariff Yasir ..#PAU2012




Pilihan raya umum datangnya bila-bila masa saja, menanti lampu hijau daripada ayahanda Presiden. Cuba bayangkan, tiada lagi anak-anak muda macam kami mengaji (menuntut) di luar negara. Kami kena panggil balik sebab dasar tidak lagi dipegang kerajaan UMNO dan BN yang menghantar kami.  

“Anak-anak ayahanda bonda tiba-tiba terkontang-kanting, sistem tidak lagi membantu kami untuk ke menara gading. Mana dahan untuk kami berpaut, mana pelantar untuk kami berdiri. 

Tolonglah ayahanda, tolonglah bonda untuk UMNO terus mara, untuk UMNO terus berkuasa, untuk UMNO terus memperjuangkan kepentingan dan hak kita,” katanya anak muda wakil Kelab UMNO Tokyo itu, disambut tepukan gemuruh perwakilan.

Kalau la semua pelajar Melayu  yang  berlajar di luar negara terutama yang sokong pembangkang seperti sdr Arif Yasir Zulkafli , GPB yakin kepimpinan generasi akan datang selama-lamnya akan terus pertahankan perjuangan agama, bangsa & negara bersama UMNO . Malah nama beliau juga turut disebut Presiden UMNO semasa ucapan penggulungan semalam dan ini membuktikan rayuan anak muda ini mendapat perhatian pemimpin tertinggi parti .



 “Saya merayu sangat kepada ayahanda, kepada bonda, kepada kekanda, lupakanlah segala sengketa, janganlah ada sifat tamak jawatan dan kuasa. Biar hati kita bersih, buangkan hasad dengki dan iri hati.

 “Kita rapatkan saf, betulkan barisan, bersatu dan berpadu untuk sama-sama berjuang memastikan pada pilihan raya nanti, Putrajaya masih milik kita,” katanya.


GPB yakin setiap makcik & pakcik yang menjadi ahli UMNO tentunya bangga dengan semangat anak muda yang berlajar di Tokyo 



2 comments:

  1. Org muda mcm nie naik..mmg hancur negara...
    Benda yang belum pasti..dn takde bukti dasar pun nak jadi mcm tu dah KATA ITU MACAM FAKTA...
    Hancurlah negara kalau semua pemuda-pemudi mcm Si Ariff Yasir nie.

    ReplyDelete
  2. apa yg dia ckp tu btl..dia bersemangat taknak melayu hilang di dunia..skrg ni yg pntg hak org melayu..tu pun ada lg org melayu yg tak sedar diuntung..klu takde umno, mcm mana la nasib org melayu agaknya..langsung taktau nak menghargai pengorbanan pemimpin2 yg terdahulu..

    ReplyDelete