Pages
▼
Thursday, December 6, 2012
Pembangkang panik Malaysia perbaiki indeks rasuah ke tangga 54 !!
Presiden badan pemantau rasuah Transparency International-Malaysia (TI-M) Paul Low berkata Malaysia memperbaiki kedudukan dalam Indeks Persepsi Rasuah (CPI) pada tahun ini namun skandal politik besar menjejaskan prestasi negara.
Katanya, Malaysia mencatat 49 daripada 100 mata yang meletakkannya di tangga ke-54 daripada kesemua 176 negara yang diselidik. Malaysia mencatat kedudukan di tangga ke-60 pada tahun lalu.
“Walaupun ia bertambah baik, kedudukan kita masih tidak berapa baik... Ada di antara perkara ini (skandal rasuah berprofil tinggi) menghalang kedudukan kita daripada meningkat.
"Sepanjang pengetahuan saya, 49 (mata) tidak bagus, tapi dengan segala usaha yang dilakukan, ada sedikit peningkatan.
“Walaupun dengan semua skandal, kita lebih baik daripada kedudukan kita beberapa tahun lalu. Contohnya, kita dapat membincangkan isu rasuah dengan lebih terbuka. Suasananya berbeza," katanya.
** Bila kerajaan Malaysia serius menangani gejala rasuah dan berjaya meletakkan Malaysia di tangga 54 daripada 176 buah negara .. pencacai2 pembangkang panas telinga la kerana sebelum ini rasuah lah antara isu yang dibalun mereka kepada kerajaan .
No comments:
Post a Comment