Pages
▼
Saturday, December 8, 2012
Mesir contoh kerajaan dijatuhkan di jalanan yang gagal !
Mesir contoh sebuah kerajaan yang dijatuhkan melalui demontrasi jalanan/rusuhan dan kini walaupun pentadbiran baru diketuai Morsi ..masih lagi berlaku tunjuk perasaan oleh rakyat .
Sebabnya rakyat mereka ketika itu diajar pembangkang untuk merusuh & berdemontrasi jika marah kepada kerajaan . Hari ini bila majoriti rakyat Mesir dah sedar bawa Morsi lebih zalim & rakus berkuasa , dibuat pulak bantahan besar-besaran atau Tahrir 2 terhadap kerajaannya .
Percayalah , Mesir tak akan aman dan kalau ok pun perlu satu tempoh masa yang panjang .
Anwar & Pakatan mahu jadikan Malaysia seperti Mesir ...tak suka kerajaan itu ,ditumbangkan melalui rusuhan dan demontrasi ..
KAHERAH - Pasukan Pengawal Republikan Mesir mengarahkan penunjuk perasaan yang menyokong dan menentang Presiden Mohammed Morsi meninggalkan kawasan di sekitar istana presiden disini yang menjadi medan beberapa pertempuran ganas.
Pasukan tersebut yang merupakan unit elit tentera Mesir memberi masa sehingga pukul 3 petang waktu tempatan kepada penunjuk perasaan kedua-dua belah pihak untuk beredar dari kawasan itu. Kata dua semalam itu diumumkan dalam satu kenyataan rasmi yang turut mengharamkan sebarang bantahan di luar mana-mana istana presiden di negara itu.
Beberapa buah kereta kebal dan kawat berduri juga diletakkan di sekitar kawasan istana presiden di sini. Setakat ini, seramai tujuh orang terbunuh dalam pertempuran antara kumpulan penyokong dan penentang Morsi. Beberapa pegawai berkata, seramai 350 lagi cedera dalam pertempuran antara para penyokong dan penentang Morsi setakat ini.
Penentang presiden itu meminta beliau mengugurkan dekri yang memberikannya kuasa hampir mutlak dan membatalkan satu draf perlembagaan kontroversi yang akan diundi menerusi pungutan suara pada 15 Disember ini.
Draf perlembagaan tersebut menyatakan semua undang-undang dan dekri yang dikeluarkan oleh Morsi adalah muktamad dan tidak boleh dicabar di mahkamah. Morsi dipilih pengundi sebagai presiden pada pilihan raya yang diadakan pada Jun lalu. - Agensi
Lu pukul gua sampai mati. Anak cucu gua akan pukul lu balik sampai mati,macam cerita siapa dulu telur ke ayam, sampai bila bila kedua dua belah sama betul dan BODOH. itu yg PR nak?!
ReplyDeleteTak ada negara islam yang aman kecuali yang mengamalkan pluralisme iaitu rakyat bebas untuk memilih agamanya dan lepas tu jangan mempolitikkan agama!
ReplyDelete